Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

5 September 2015

People Come and Go

Assalamualaikum hai,

Peace be upon you all..



Adalah dalam satu jam yang lepas, dengan berat hati, aku bersama housemate yang lain terpaksa melepaskan kepergian lagi seorang kawan kitaorang.

Jumlah yang tinggal dalam rumah ni, sepuluh orang. Hari terakhir orientasi, ada seorang housemate aku yang berhenti kolej dan masuk politeknik yang berdekatan dengan rumahnya di Perak.

Lepastu katil kawan aku tu kosong sehinggalah dua bulan lepas, ada seorang dari bilik lain bertukar bilik ke bilik aku. Jadi jumlah semua genap semula sepuluh orang.

Dan tadi, jumlah orang dalam rumah ni berkurangan kembali menjadi sembilan orang. Huhuu.. Sedih.

Kawan aku tu, Anis namanya. Dia terpaksa extend study sebab masalah kesihatan. Ada sakit paru-paru katanya. Dan ianya tersangatlah rugi untuk extend study masa sekarang. Iyalah, lagi dua bulan kitaorang dah nak habis sem 1 weh. Tersangatlah rugi.

Dan nanti kalau dia masuk belajar semula, dia kena ulang balik sem 1 yang memenatkan ini. huh..

Anis sama course dengan aku. Dan makin berkurang lagilah kawan aku.

Serius, rasa berat hati nak berpisah dengan dia. Nasib lah aku tak teriak tadi. Heh,

No comments:

Post a Comment

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...