Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

3 September 2015

Air Max

Assalamualaikum haii,,

Peace be upon you.



Adalah dalam, empat bulan lepas, sebulan sebelum aku mendaftar di tempat aku belajar sekarang, Ayah Kesayangan Hamba ada hadiahkan sepasang kasut air max. Tersangat sangat sangat lawa ohkay. Sampaikan kasut tu terletak di tangga pertama carta kasut-kasut aku mengalahkan stiletto aku yang lain. Ahaks,

Masa orientasi aku guna kasut tuh untuk kali kedua. Kali pertama aku guna masa aku berjalan-jalan pusing satu Johor seorang diri buat kali terakhir kononnya.

Dan, dalam tiga ke lima minggu aku mulakan pelajaran aku di sini, aku tak guna pun lagi air max tuh sehinggalah awal bulan lepas, aku tergerak hati nak guna. Mungkin sebab aku baru sedar kewujudan air max tuh lepas salah seorang housemate aku mengemas rumah masa tu dan dia kasitahu yang air max aku tuh tersangatlah lawanya pun.

Adalah baru seminggu, tiga empat kali je aku guna, lepastuh minggu seterusnya, hari Selasa tak salah. Aku nak guna balik air max tuh. Then aku buka locker yang kitaorang satu rumah simpan kasut berjemaah nak cari air max tuh.

Tapi malangnya,

Setelah diselongkar atas sampailah bawah locker. Siap masuk dalam bilik lagi, cari bawah katil, cari segenap rumah.

Tetap jugak tak jumpa.

Sampaikan aku rasa nak menjerit saja masa tuh. Nak beritahu betapa penting dan sayangnya aku pada pemberian hadiah dari ayah aku tu.

Gila lah..

Sakai sungguh si pencuri air max.

Aku tak syak housemate aku yang ambil, sebab ada kasut roommate aku pun hilang jugak. Tapi aku ada syak seseorang dari bilik sebelah.

Aku hanya syak sajalah. Belum tentu tepat lagi. Kang timbul fitnah, saja tambah dosa lah tuh.

Tapi yang aku terkilan kan, 

Kenapa mesti air max aku yang dia curi? Kenapa tidak air max yang lain? Aku tengok begitu banyak air max jiran sebelah. Lagi lawa dari aku punya pun ada. Kenapa mesti aku? Kenapa?

Itu sajalah hadiah dari Ayah aku yang aku ada weh..

p/s : Kepada Pencuri Air Max, agak-agak lah nak ambil air max aku, takkan dengan stoking busuk aku pun kau nak cilok sekali??!

2 comments:

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...