Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

16 November 2015

Advantage and Disadvantage

Assalamualaikum hai,

Credit

Selama hampir enam bulan aku duduk di asrama ni kan, err, hostel lah aku panggil. Sebab kalau panggil asrama ni macam menyeramkan pulak. Entah kenapa, setiap kali kalau orang cakap asrama, mesti aku akan terbayang segala jembalang hantu syaitan dalam kepala. Uish,

Ohkay, hostel. Moden sikit dengar, kah!

Kalini tak nak cerita pasal kisah seram di hostel, sebab aku pun mengalami juga benda-benda macam tuh, cuma, tak nak ingat aje. Nanti makin aku takut adalah,

Cuma nak cerita, kebaikan dan keburukan duduk di hostel. Haa,

Kebaikannya,

1) Dapat berdikari
     - yeah, dapat berdikari. Kena buat semua benda sendiri tanpa bantuan ahli keluarga terutama sekali Mama. Huhuu, Duduk kat hostel ni sebenarnya mengajar aku supaya bangkit sendiri bila jatuh tersungkur.

2) Dapat mengubah diri ke arah kebaikan
     - hoi, serious talk. Masa duduk dekat rumah kan, aku punyalah malas nak solat, tak payah cerita lah. Selagi Mama tak cakap waktu Asar nak habis dah, selagi tulah aku menghadap laptop layan Running Man. Serius weh. Tak tipu ni,
     Tapi bila duduk hostel kan, entah kenapa, aku punya rajin nak solat mengalahkan housemate yang lain. Bilal baru je nak dekatkan mulut dekat mikrofon nak laungkan azan, aku dah berdiri siap-siap pakai telekung nak angkat takbir. Haih, tapi itulah kenyataannya.

3) Pandai serba-serbi.
     - Yeah, pandai segalanya. Pandai bersihkan bilik. Pandai bersihkan tempat tidur. Pandai bersihkan tempat belajar. Pandai memekak dengan housemate (sebab kalau kat rumah, memang kena makan penyapulah kalau terpekik terlolong). Pandai bersihkan rumah. Pandai basuh baju. Pandai bahagikan masa. Dan aku rasa, pandai yang paling dominan adalah, pandai perhabiskan duit mama dengan ayah. Hmmm,

Tamat mengenai kebaikan, sebab hanya setakat tu saja yang aku dapat fikirkannya.

Ohkay, sambung kepada Keburukannya,

1) Meregangkan hubungan dengan keluarga
     - Pernah sekali bila aku punyalah eksaited nak balik raya haji tak silap, seminggu sebelum tarik balik tu aku dah kemas barang semua. Dan bila aku tanya salah seorang housemate aku yang memang dari kecil dah belajar hidup di hostel, diaorang akan cakap, mereka tak punya rasa eksaited nak balik rumah. Sebab diaorang rasa, rumah tu macam dah tak punya apa-apa nilai bagi mereka. 

Yeah, house where the heart live. Lol, aku tak sure ayat tuh betul atau tak!

Dan, aku tak tahu kenapa, aku hanya jumpa satu disadvantage saja. Hoilah,

Dan masih memikirkan keburukan yang seterusnya, mungkin.

Eh tapikan, ini hanya pendapat aku tau. Lain orangkan lain pendapat. Tak gitu?

Okaylah, aku tak tahu nak merepek apa lagi. So, sekian saja. Running Man pun nak start dah ni, bye~

No comments:

Post a Comment

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...