Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

5 November 2015

Eye Contact

Hai assalamualaikum,





Bila nak cakap dengan seseorang kan, kita mesti-wajib-diharuskan memandang mata orang yang tengah bercakap dengan kita, tujuan sebab nak tahu orang tu jujur-ikhlas ataupun tidak berborak dengan kita.

Tapi kalau orang tu tak nak pandang mata kita ataupun kita tak pandang mata mereka bila berbicara, itu menunjukkan yang kita tak selesa berbual dengan dia dan rasa macam nak cecepat tamatkan perbualan tuh. Ataupun vice versa.

Tapi,,

Itu pendapat dunia kini. Dan bukan pendapat aku,

Sebab cara aku, aku tak suka pandang mata orang bila bercakap. Selalunya kan, kalau tengah bercakap dengan orang, aku hanya akan pandang wajah orang tu bila dia pandang tempat lain. Dan bila dia pandang aku, aku akan secepat mungkin pandang tempat lain. Ataupun kalau orang tu pandang dan cakap dengan aku, aku akan buat-buat belek benda lain, pandang telefon atau buat apa-apa sajalah, asalkan aku tak perlu memandang mata orang tuh.

Yeah, aku tahu walaupun tindakan aku tu, sedikit kurang ajar. Tapi seriusly, aku rasa tak selesa kalau sambil bercakap, kami bertentang mata.

Eheh, bukan sebab takut, 'dari mata turun ke hati'. Tak! Sebab, aku memang tak selesa dan tak suka.

Dan sebab paling dominan sekali,

Zaman sekarang kan, orang nak santau, nak aniayai kita, tatap mata orang pun dah boleh. Kan?? Jadi, itulah sebabnya aku tak berani dan tak suka pandang mata orang waima mata cikgu dan my mama sendiri.

Eheh, pemikiran jenis apa je lah kan aku ni?

Tapi itulah aku. Aku tak suka! Nak buat macam mana? Kan kan??

Anyone with me?



Sent from Samsung Mobile

2 comments:

  1. wah, sy pun sama. bila bercakap akan pandang kat lain cam tengok jerawat dia ke hakhakhak XD. sebab x selesa betul. *tak tahulah orang tu perasan ke tak*

    ReplyDelete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...