Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

11 August 2016

First Wishlist, complete!

Assalamualaikum annyeong,




Well, semua orang ada impian masing-masing. Tidak terkecuali diri aku ni. Impian aku tak adalah se-daebak orang lain yang nak pi Korea jenjalan kan. Impian aku biasa-biasa je en.

Memang semenjak dulu lagi aku simpan impian nak naik kapal terbang.

Yeah, orang lain selalu gelak bila aku cakap impian aku nak naik flight. Well, aku bukan sesaja je nak buat impian macam tu, kawan-kawan.

Sebabnya, aku tak boleh pergi tempat yang terlalu tinggi. Yang pressure dia tersangat rendah sampai buat aku masuk hospital. Huhuhuu,

weh aku pernah naik cable car dekat Langkawi, menangis weh sebab tempat tu tinggi sangat. Pressure terlalu rendah. Oksigen pun hidup segan mati tak mahu. Sampaikan aku masuk hospital hari tu juga. Sedih bukan? Datang Langkawi nak bercuti, aku datang Langkawi  cari penyakit.

Okey, dapat naik kapal terbang ni pun sebab aku kena daftar masuk semester baru bulan lepas. 21-Julai-2016. Sebabkan masa yang diberi untuk hari pendaftaran tu sampai pukul 3.00 pm je, jadi aku rasa takkan sempat nak naik bas dari JB ke KL yang makan masa hampir 4 jam tu.

Jadi, jalan terbaik, naik pengangkutan udara. Bukan belon udara yep.

Seriously, bila dah booking tiket tu, rasa nak melompat semua ada. Seronok, gembira, semuanyalah. Impian jadi kenyataan kan? Siapa tak suka?




Flight kitorang (Ohh, aku pergi dengan abang aku) pukul 8.50 am, tapi ayah dengan mama hantar kitorang lepas subuh. Dalam 6 pagi tu kitaorang dah terpacak dekat airport. Bila tengok kaunter MAS buka pukul 7.30 pagi, terus rasa macam, tak bestnya nak kena tunggu. Tambah, hari tu tengah hujan. Dan dah alang-alang perut berbunyi, singgahlah McD yang berdekatan. Meredah hujanlah juga.

Dah ambik boarding pass, terus masuk waiting lounge. Masa tengah beratur untuk pemeriksaan kastam tu, sempatlah aku singgah kedai serbaneka dalam tu. Semata-mata nak beli chewing gum.




Lama juga kitorang tunggu dalam waiting lounge tu. Sampai sempatlah tengok matahari terbit. Kapal terbang sampai dekat tempat kitorang menunggu pukul 9.00 am macam tu. Masa tengok kapal terbang dah sampai tu, rasa nak senyum aje weh.

Lepastu masuk dalam kapal terbang, lagilah aku tersenyum bila disapa pramugari yang tidak kurang cantiknya. Ohh weh, ada steward handsome bak hangg.. Melting saya.

Kapal terbang yang kitorang naik tu Boeing 737-800. Dan kapal terbang gerak pukul 9.20 pagi.

Sebelum kapal terbang tu bergerak ke landasan, dah dua biji chewing gum aku telan. Lagilah bila dia dah press minyak kuat-kuat sebelum berlepas. Memang bergelen-gelen chewing gum aku telan.




Here, motif aku telan chewing gum tu nak biar air liur aku banyak dalam mulut. So that, pressure dalam badan aku tak berkurang kalau air liur dalam mulut banyak. Sekaligus boleh buat telinga tak berdengung dan tak buat telinga sakit.


Dia cakap nak bagi makanan ringan..
hmm bebetul ringan ni nampaknya. kah!



Kitorang sampai KLIA dalam pukul 9.50 am. Rasa macam nak naik lagi je weh. Sempatlah aku ambil gambar kapal terbang tu dari luar, tu pun separuh. Hahaha







Dan oh, masa tengah cari KL Transit tu kan, sempatlah juga kitorang tersesat dalam KLIA yang gila besar tu. Kah!

Serius seronok gila sebab impian aku tercapai.

Tapi nak seronok sangat pun tak boleh jugak.

"Jangan seronok sangat nanti kau menangis." - Ayat tu buatkan satu hari aku bertukar muram.

Hari yang dijangka seronok sampai bila-bila rupanya tidak berpanjangan. Esoknya, hari yang muram tiba.

Nak tahu apa ceritanya kena stay tunedlah.

Ceh ceh, bajet drama pepetang pulak. Tapi betullah, jari aku dah penat taip ni. Esok ada kelas lagi. Huhuhuu, so till then. babai dan assalamualaikum.

2 comments:

  1. Seronok baca pengalaman orang. Saya everytime nak take off tu memang berzikir tak henti sebab saya fobia naik flight xD
    Apa2 pun keselamatan dan kesihatan kita terserah kepada Allah..

    P/s; baru tau tips nak kekalkan pressure dalam badan.. Selama ni taktau. Nak try jugak la nnti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. fobia naik flight? huhuu tak pelah, setiap orang ada fobianya tersendiri. And yup, semuanya berserahlah pada Allah. He know everything.

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...