Assalamualaikum
annyeong,
Lol, pahal lama
sangat tak update blog ni? Haih, last aku keep in touch pada 27-Jun-2016.
Sebulanlah jugak en. Harini, di pagi yang indah dan nyaman ni saya datang
dengan banyak giler story nak diceritakan. So bersedialah untuk menadah mata untuk
membaca ya.
Hmm, mata
membaca? Sound weird, I guess. Kah!
Okaylah, entah
kenapa kan aku rasa bila semester baru dah bermula ni kan, atau pun waktu aku
di asramalah antara waktu yang banyak aku luangkan menghadap laptop. And
ofcourse blog. Tapi bila duduk dekat rumah cuti sem, masa itulah nak sibuk
manjang.
Mama suruh
tolonglah. Ambil adik sekolahlah. Tengok TV lah. Membongkanglah. Ayah ajak
jenjalanlah. Dan banyak lagilah. Sampaikan nak jeling laptop pun rasa tak
sempat. Kehkehkeh.
Seperti yang
semua tahu, awal bulan hari tu, umat Islam menyambut bulan Syawal. So here,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Salam 1-10-1437.
Raya aku tahun ni
best gegiler weh. Yelah, tahun lepaskan kami sekeluarga tak beraya disebabkan
musibah yang menimpa kami sekeluarga beberapa hari sebelum hari raya. Jadi
tahun ni kitorang balun kumpul duit raya bebanyak. Sekali dengan abang aku
berharap sangat dapat duit raya kalau beraya rumah orang.
Dan tahun ni,
kitaorang sefamili beraya rumah kawan-kawan ayah dengan mama je. But it okay,
what. Lagi banyak duit raya yang kami dapat. Sehari dah mencecah Rm100++ weh.
Kah! Sound like a kid. Hahaa,
Disebabkan raya
jatuh pada hari Rabu, jadi cuti raya tahun ni sedikit pendek berbanding dari
tahun lepas. Tapi cuti raya aku tahun ni panjang. Aku mula cuti sem dari
sebelum puasa sampailah hujung bulan 7. Lama enn,
Tahun ni satu
famili guna warna merah hitam. Ramai cakap lawa. Tetiba pula rasa bangga sebab aku
dengan adik aku yang pilih warna tu. Huhuhuu. I’m so bad on choosing the right
colour, but demmit. Tiba-tiba pula boleh mengena. Luck tahun ni mungkin.
So, kami beraya
di Kedah sampai raya ketiga rasanya. Dan tahu tak, first raya dah tak ada air
dekat satu kampung aku. Lawak gila. Siap ada orang buat banner letak dekat
pagar sekolah yang berdekatan menunjukkan protes sebab ketiadaan air di pagi
raya. Mana pernah pagi raya tak ada air. Itulah kali pertama terjadi.
Rasa tak seronok
langsung bila air tadahan yang kami ambil dari rumah mak cik saudara di Jitra
kena berkongsi dengan sepupu-sepapat yang lain seramai lebih 20 orang tu. Tapi
nasib baiklah pagi-pagi dekat sana sejuk gila. Jadi nak mandi lama-lama pun duk
fikir banyak kali. Huhuhu.
Hari raya pertama
berjalan dengan baiknya. Raya kedua pun masih beraya lagi. Ahh, sampai ke hari
inilah aku masih beraya. Rayakan sebulan.
Lepastu raya
ketiga, Jumaat kami bergerak pula ke Perak, kampung mama saya. Juga masih
beraya.
Kemudian raya
keempat kami bergerak pula ke Fraser’s Hill. Sebenarnya rancangan nak pergi
Fraser’s Hill ni tak ada dalam perancangan raya pun. Tapi dah alang-alang on
the way nak balik JB terjumpa signboard Fraser’s Hill, so why not kalau kita
singgah sana.
Ohh, famili aku
ni jenis yang suka berjalan. Asal rasa nak pergi, pergi ajelah. Tak perlu nak
rancang awal-awal lepastu tak jadi. Tahu tak macam mana rasa penyiksaan
berharap tu?
Kita orang naik
Fraser’s Hill dalam pukul 8.00 pm. Dan masa tengah isi minyak sebelum naik
Bukit Fraser tu kan, ayah aku tanyalah dengan seorang pak gad dekat Petronas ni
tau. Lepastu pak gad tu beritahu, “Kalau naik Bukit Fraser selepas pukul 10.00
pm, kalau ada orang berhenti tepi jalan minta tumpang, hiraukan aje.” Masuk
kereta, adik aku pun ceritalah pasal benda tu. Akulah yang paling takut kot.
Hahaha
Tapi serius,
jalan nak pi Fraser’s Hill tersangatlah seram. Antara jalan paling mencabar
yang aku pernah nampak daripada jalan dekat Beruas, Perak. Triller gila jalan
dia. Bengkang-bengkok macam Cameron Highland, tapi lagi mencabar. Walaupun
bukan aku yang drive, aku duduk belakang pun dah rasa keseramannya.
Sampai adik
perempuan aku munah-muntah weh sebab jalan yang terlalu belok-belok. Kita orang
sampai Fraser’s Hill dalam pukul 9 lebihlah. Aku pun tak ingat. Masa dah sampai
atas tu kan, tengah minum, abang aku cerita, sebab dia yang drive naik atas.
Dia cakap,
“Jalan dia kan
macam semua sama je tau. Lepastu dah start rasa yang jalan ni jalan yang sama
masa kita naik tadi. Tembok dengan pokok yang ada pun macam semua sama. Tak ada
yang berubah. Lepastu, bila dah belok kan, tak sempat nak habiskan stereng
pusing, dah belok lagi. Memang tangan kena pantas gila ah.”
Aku yang dengar
pun dah seram. Lepastukan, jalan dia gelap gila weh. Pula tu, hanya kereta kami
je yang lalu. Ada kereta dari arah bertentangan pula, lebih kurang 20 minit
kemudian baru ada kereta. Gila seram.
Tapi
alhamdulillah, kami selamat sampai. Mungkin sebab dari awal perjalanan, mama
aku dah buka ayat al-Quran dari telefon. Ayah pula buka Waze. Jadi rasa macam
jalan tu betullah. Walaupun jalan yang sama dari permulaan sampai akhir, tetap
jalan yang sama nak naik atas.
Dah sampai tu,
ramai gila weh orang atas tu. Sejuk dia lagi sejuk dari Genting Highland.
Sempatlah aku menggigil. Huhuhuu,
Lepas tu cari
hotel nak tidur. Tak perlu dah nak booking hotel awal-awal sebab dekat situ
banyak gila hotel. Just tinggal pilih aje nak yang murah atau mahal. Kita orang
dapat hotel betul-betul atas bukit. So hotel tu memang tak disediakan air-cond
sebab suhu keadaan luar yang sememangnya sejuk tahap nak mampus. Tidur sampai
berselubung selimutlah juga.
Esok paginya kita
orang jalan-jalan di sekitar Fraser’s Hill tu. Paling seronok bila dapat beri
ikan makan. Macam-macam jenis ikan ada. Sampai ikan keli pun ada. Pula tu,
besar-besar belaka semuanya. Banyak jugalah tempat kitaorang lawat. Macam nak
tinggal dekat situ pun ada jugak.
Lepas dah ambil
gambar apa semua, kita orang check-out tengahari tu. Balik JB sebab adik-adik
hari Isnin dah sekolah. Ikutkan hari Ahad, tapi sebab Johor diberi cuti hari
Ahad, so berjalanlah lagi kami. On the way balik JB tu, singgah pula rumah pak
cik saudara dekat Melaka. Malamlah jugak kitaorang sampai rumah.
So gais, Fraser’s
Hill soooo daebak! Rugi kalau tak pergi. Tapi pergilah waktu siang-siang ye.
Strawberi dia masam. |
Last but least,
sekali lagi nak ucap, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Salam
1-10-1437. Duit raya jangan lupa bagi.
I've never been there, Fraser's Hill. InshaAllah someday hehe
ReplyDeletehaa insya-Allah u'll be there someday. Fraser's Hill best kot.
Delete