Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

12 August 2016

Mati Itu Pasti

Assalamualaikum annyeong,

Seperti yang aku beritahu semalam, setiap kebahagiaan pasti tercalit rasa kesedihan.

Sambung yang semalam punya,

Juga pada hari yang sama, 21 Julai 2016, lepas dah siap daftar untuk sem 3, aku dengan abang pun buatlah keputusan untuk nak ke Times Square. Tapi memang dari dalam kapal terbang lagi abang cakap nak tengok wayang. Jadi sebab aku rasa tiket movie dekat TS lagi murah, jadi aku decide nak bawa dia pergi sana je.

Sampai TS, kitorang pergilah beli tiket wayang dulu. Kitorang tengok The Purge. Seriusly, cerita dia best sangat. Okay tak okaylah. Lepastu kitorang pergi makan dekat Food Court. Masa tengah makan tu lah, mama telefon dia cakap, mungkin mama dengan famili akan naik KL, sebab nak melawat kakak ipar mama yang terlantar sakit dekat Hospital Kuala Lumpur.

Lepastu, aku dengan abang dah rasa lain macam. Mama cakap dorang bertolak lepas Isyak macam tu. Lagilah buat aku rasa nak pitam. Weh, lepas Isyak baru bertolak, dah lah makan masa 4 jam, memang pukul 1 pagilah mereka sampai KL macam tu.

Dah tu kitorang nak buat apa sampai pukul 1 tu?

Jadi lepas tengok The Purge, habis dalam pukul 4 macam tu. Abang cakap tengok wayang lagilah, jom. Nak habiskan masa yang banyak gila nak tunggu pukul 1 pagi. Then, kitorang tengoklah Skiptrace pulak. Yang ni cerita dia lagilah daebak. Banyak gila aku gelak. Habis cerita tu pukul 6.

Lepastu kitorang makan Boat Noodles pulak. Yeah, nak buang masa kan. Jadi terpaksalah buat benda yang tak berfaedah dalam TS tu. Kemudian kami jalan-jalan TS. Puaslah juga kitorang pusing. Bolehlah hafal dekat mana Theme Park dia. Huhuhuu

Dalam pukul 8 tu, ingat nak pergi Jalan TAR, tapi aku terlupa gila nak kena turun dekat mana. Maklumlah, dah dua bulan aku tak naik monorel dengan train. Jalan train sekarang pun dah berubah. Lepastu lambat gila..

Jadi aku pun main turun ajelah. Kitorang turun dekat Medan Tuanku. Tengah brjalan-jalan dekat situ, ayah telefon, dia cakap mungkin dorang lambat, dan suruh kitorang cari hotel untuk menginap malam tu. Jadi, dengan tak mandi tu, kitorang pun berjalanlah kaki mencari. Bayangkan, dari Subuh kitorang berjalan kaki non-stop sampai nak dekat pukul 10 malam.

Pukul 11 baru jumpa hotel. Jauhlah juga kitorang berjalan. Sampai kaki dah tak rasa kaki.

Kemudian esoknya, lepas check-out, kitorang bergerak ke HKL.






Nak dijadikan cerita, kakak ipar mama aku ni dah lama dah kena kanser. Kanser saraf. Doktor tak boleh nak stagekan dia di tahap yang ke berapa sebab saraf tu hidup di tisu organ tubuh badan dia. So it's complicated. Masa kitorang sampai tu, dia memang dah 50-50. Doktor cakap lagi, just terima saja apa-apa keadaan yang mungkin berlaku.

Anak dia cakap, minggu lepas dia okay aje. Boleh lagi berjalan. Raya itu hari pun dia boleh lagi makan lemang apa semua. Sihat wal-afiat lagi. Cuma dua tiga hari kebelakangan ni, dia tetiba drop. Terlantar atas katil. Aku tengok pun kesian gila.

Rawatan kemoterapi pun dah tak boleh nak bantu dia.

Dalam pukul 2 petang tu, ada seorang anak kakak ipar mama aku ni sampai dari Perak. Memang dah lama dia tunggu kedatangan anak sulungnya, sebab terikat dengan kerja. Dan kedatangan anak sulungnya itu, buatkan mak cik aku terkejut. Sebab macam aku cakap tadi, dia dah lama tunggu kedatangan anak dia.

Jadi hari tu, cukuplah semua anak menantu cucu berkumpul bersama-sama. Ohh suami dia, bapak saudara aku, dah lama meninggal.

Dan aku hampir mengalirkan air mata, bila dia cakap, dia nak jumpa semua anak menantu dia. Dengan suara tersekat-sekat tu.

Lamalah juga kami sekeluarga melawat dia. Dari jam 12.30 sampai pukul 5 petang. Kemudian, kami bergerak pulang ke Johor. Sampai sana dalam pukul 12 tengah malam lebih kurang.

Masa dah pukul 1 lebih tu, sebelum tidur, it's normal sebelum tidur kena tengok telefon kan? Dah macam habit manusia dah. Buka je Facebook aku terkejut bila dapat berita;-





Innalillah. Terkejut sangat terkejut. Sampai aku terus kejutkan mama dengan ayah yang dah tidur cakap, "Mak We dah meninggal."

Mama aku lagi terkejut kot. Sebab bangun-bangun je dapat tahu kakak ipar dia dah meninggal.

Weh, baru siang tadi jumpa dia, malam tu dia dah meninggal. Sedih sangat.

Dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita akan kembali,

Al-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

2 comments:

  1. Innalillahwainnaillaihirojiun. salam takziah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. -terima qada' dan qadar yang ditetapkan-

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...