Assalamualaikum annyeong,
I love you,
You love me,
We are happy family
With a great big hug and a kiss from me to you,
Won't you say you love me too.
Aku ni jenis manusia yang susah nak meluahkan apa yang aku rasa melalui perkataan. Tapi lebih suka meluahkan melalui tulisan. Who with me?
Tadi, salah seorang roommate aku dia ada event untuk course dia - event Feed the Homeless. Dan dia balik lambat. Sampai sekarang pun dia masih belum balik. Dan dia pun ada cakap gak yang dia akan balik lambat hari ni.
Well, sunyi sebenarnya bila tiada seorang dalam bilik ni. Rasa, kehilangan mungkin. Kah! Masa dia ada bukan main mengutuk lagi. Dah tak ada baru nak fe-feeling kehilangan pulak kan..
Dan tadi juga, dia call roommate aku - katil sebelah. Dan selepas dah habis on the phone tu, si budak katil sebelah bagitau aku, "Weh, Ieka cakap I love you kat hang."
Aku terus gelak. Gelak yang berdekah. Tapi still mencari di manakah lawaknya. HuHuhuu
Entahlah, tak boleh dan tak tahu macam mana nak balas love you dia tu.
Yea, mungkin akan ada orang yang cakap, "Alah, balas ajelah. Just say it, i love you too. Simple."
Tapi itulah, susah betul nak keluar ayat tu dari mulut aku.
Mama dengan ayah cakap I love you pun aku dah terkial-kial, terkebil-kebil, apatah lagi kawan sendiri.
Macam mana tu?
No comments:
Post a Comment
Everyone growing up by making a mistake.