Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

13 September 2015

Cinta Beralih Arah

Assalamualaikum,

Peace be upon you all.




Peh peh tajuk, nasib tak kena gelak dengan housemate pasal tajuk ni. Haih,

Ok, maksud cinta beralih arah di sini, adalah,

Here we go.

Dunia kini, cukup sinonim ayat, "Perempuan dengan shopping berpisah tiada". Am I right?

Dan semestinya, aku juga tidak terkecuali. Duduk jauh dari famili ni buatkan aku sedar, yang aku semakin 'gila' shopping online. Sebab terlalu malas dan terlalu padat sangat kelas sehinggakan aku rasa, semester 1 ni hanya buku menjadi peneman hidup aku.

Tapi nasiblah hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, Running Man menyelamatkan aku dari dibelenggu buku-buku itu. Heh!

Serius talk lah kan, bulan ni saja bajet aku dah 'lari' sebab 'terpedaya' dengan barang online di internet yang sangat banyak. Rambang mata weh. Boleh gila aku sekejap. Satu pembaziran yang.. yeah, aku tak peduli.

Ape de hal? Roommate aku banyak maggie. Cilok dia punya sudahlah.

Dan aku suka beli barang online di nile.com. Disebabkan harganya yang tersangatlah murah dibandingkan dengan yang lain. Tak dinafikan, kualiti barangnya pun sangat baik.

Tapi,

Semenjak aku diperkenalkan dengan theonemall.com oleh seseorang, aku terus. Wow! Daebak! Awesome! Harganya lagilah murah. Dan inilah kali pertama aku mendengar online shopping itu.

Dan semestinya, aku pasti akan membeli-belah disitu. Tapi bukan sekarang. Agak-agaklah kan, bulan depan ada lagi kot. Tunggu duit Mara. Heh!

So, anyone with me?

7 September 2015

Fact #1

Untuk pertama kalinya aku memilih keperluan melebihi kehendak. mungkin orang akan berkata dan mengutuk akan pilihanku, tapi aku tidak peduli. kerana kini baru ku mengerti betapa sukarnya mahu memperoleh nilai walau hanya satu sen. Tuhan, ampunkan aku atas segala kekhilafanku sebelum ni.



Sent from Samsung Mobile

5 September 2015

Song I Like The Most

Assalamualaikum hai,,

Saat entry ini ditulis, aku tengah menunggu waktu untuk hujan turun.. Mueheee.. Aku tak tahu untuk apa aku menunggu hujan turun, sebab nak tengok bumi dibasahi dengan rahmat Allah mungkin.

Dan..

Bercerita mengenai lagu. Pelbagai genre lagu yang ada dalam dunia ni. Bermacam-macam dan pelbagai.

Mungkin ada yang minat rock, ada yang minat jiwang karat dan ada juga yang minat jazz.. Ohh maaf lah. Aku tak berapa arif mengenai genre lagu ni. Sebab selalunya, aku main bedal aje nyanyi lagu.

Hiks.

Jadi, antara lagu yang aku minat sekali adalah...

Sebenarnya, for most, aku memang minat gegiler dengan Siti Nurhaliza. Seriusly, semua lagu beliau aku hafal dan tahu. Sampaikan, bila dengar radio, muzik permulaan pun aku dah tahu tuh lagu apa. Kalau lagu beliau lahh..

Tapi entah mengapa, kalau bab lagu selain melayu, aku minat lagu ni..




Yeah,, Leaving On A Jet Plane, John Denver. Aku mula minat lagu ini selepas aku membaca sebuah novel karya Faziela yang bertajuk, Si Mangkuk Tingkat. Sebuah novel yang sangat seronok bagi aku. Jalan cerita yang santai dan menarik.

Dan mungkin aku suka novel tu sebab lelaki watak utama merupakan seorang pilot! Yeah,, aku suka pilot. Dan aku mesti akan amaze memana lelaki yang berkelayakan seorang pilot.

Ohkay, bye.

People Come and Go

Assalamualaikum hai,

Peace be upon you all..



Adalah dalam satu jam yang lepas, dengan berat hati, aku bersama housemate yang lain terpaksa melepaskan kepergian lagi seorang kawan kitaorang.

Jumlah yang tinggal dalam rumah ni, sepuluh orang. Hari terakhir orientasi, ada seorang housemate aku yang berhenti kolej dan masuk politeknik yang berdekatan dengan rumahnya di Perak.

Lepastu katil kawan aku tu kosong sehinggalah dua bulan lepas, ada seorang dari bilik lain bertukar bilik ke bilik aku. Jadi jumlah semua genap semula sepuluh orang.

Dan tadi, jumlah orang dalam rumah ni berkurangan kembali menjadi sembilan orang. Huhuu.. Sedih.

Kawan aku tu, Anis namanya. Dia terpaksa extend study sebab masalah kesihatan. Ada sakit paru-paru katanya. Dan ianya tersangatlah rugi untuk extend study masa sekarang. Iyalah, lagi dua bulan kitaorang dah nak habis sem 1 weh. Tersangatlah rugi.

Dan nanti kalau dia masuk belajar semula, dia kena ulang balik sem 1 yang memenatkan ini. huh..

Anis sama course dengan aku. Dan makin berkurang lagilah kawan aku.

Serius, rasa berat hati nak berpisah dengan dia. Nasib lah aku tak teriak tadi. Heh,

3 September 2015

Air Max

Assalamualaikum haii,,

Peace be upon you.



Adalah dalam, empat bulan lepas, sebulan sebelum aku mendaftar di tempat aku belajar sekarang, Ayah Kesayangan Hamba ada hadiahkan sepasang kasut air max. Tersangat sangat sangat lawa ohkay. Sampaikan kasut tu terletak di tangga pertama carta kasut-kasut aku mengalahkan stiletto aku yang lain. Ahaks,

Masa orientasi aku guna kasut tuh untuk kali kedua. Kali pertama aku guna masa aku berjalan-jalan pusing satu Johor seorang diri buat kali terakhir kononnya.

Dan, dalam tiga ke lima minggu aku mulakan pelajaran aku di sini, aku tak guna pun lagi air max tuh sehinggalah awal bulan lepas, aku tergerak hati nak guna. Mungkin sebab aku baru sedar kewujudan air max tuh lepas salah seorang housemate aku mengemas rumah masa tu dan dia kasitahu yang air max aku tuh tersangatlah lawanya pun.

Adalah baru seminggu, tiga empat kali je aku guna, lepastuh minggu seterusnya, hari Selasa tak salah. Aku nak guna balik air max tuh. Then aku buka locker yang kitaorang satu rumah simpan kasut berjemaah nak cari air max tuh.

Tapi malangnya,

Setelah diselongkar atas sampailah bawah locker. Siap masuk dalam bilik lagi, cari bawah katil, cari segenap rumah.

Tetap jugak tak jumpa.

Sampaikan aku rasa nak menjerit saja masa tuh. Nak beritahu betapa penting dan sayangnya aku pada pemberian hadiah dari ayah aku tu.

Gila lah..

Sakai sungguh si pencuri air max.

Aku tak syak housemate aku yang ambil, sebab ada kasut roommate aku pun hilang jugak. Tapi aku ada syak seseorang dari bilik sebelah.

Aku hanya syak sajalah. Belum tentu tepat lagi. Kang timbul fitnah, saja tambah dosa lah tuh.

Tapi yang aku terkilan kan, 

Kenapa mesti air max aku yang dia curi? Kenapa tidak air max yang lain? Aku tengok begitu banyak air max jiran sebelah. Lagi lawa dari aku punya pun ada. Kenapa mesti aku? Kenapa?

Itu sajalah hadiah dari Ayah aku yang aku ada weh..

p/s : Kepada Pencuri Air Max, agak-agak lah nak ambil air max aku, takkan dengan stoking busuk aku pun kau nak cilok sekali??!