Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

28 March 2015

Jodoh

Bila cakap pasal jodoh, mesti dalam otak aku hanya, 'Jodoh tu rahsia Allah.' Tak ada orang pun yang tahu siapa jodoh kita. So, fight for your jodoh.. bhahaaa

Credit :-


Hmm, adalah dalam minggu lepas, aku buka facebook yang dah lama tak buka tu.. Aku mmg malas nak buka fb, kalau nak tahu.. hehee.. Dan aku jumpa satu status dari kwan aku.. Kawan sekolah rendah sebenarnya..

Dye ada post satu gambar sekali.. Dan aku terkejut gegiler lepas baca dan tengok gambar tu.. Gambar dia dengan,, suami dia.. Ya, yang buat aku terkejut, bila dia tayang gambar dia yang tengah pregnant tu dgan suami dia dalam fb. Dan sampai skarang aku still tertanya-tanya, bila dia kahwin? Seriusly aku tak tahu.. Tak ada jemput aku pun! *okeh, terkilan sikit kat situ

Dan bila aku beritahu adik aku, lagilah aku terkejut sebab dia tahu yang kawan aq tu dah lama kahwin.. Katanya, tahun lepas! Dan katanya lagi, suami kawan aku tu, abang sedara kepada kawan adik aku.

And adalah dalam beberapa hari sebelum ni, aku buka lagi fb dan dpat tahu dye dah bersalin, anak lelaki. Alhamdulillah untuk itu.

Speechless.. Still aku tak sangka, kawan aku masa sekolah rendah, yang dulu-dulu sama-sama lalui zaman sengal-sengal, suka buat onar dalam kelas, selalu ponteng assembly, dah kahwin sekarang. Dah ada anak lagi..

Tapi tu lah kan, jodoh tu rahsia Allah.. Kita tak tahu bila kita akan kahwin.. Mungkin jap lagi ada orang dtang meminang.. hahaa..

But papepun, masih blum terlambat untuk aku ucapkan selamat pengantin lama kat dia, dan congrat bab berjaya dgan suksesnya lahirkan baby comel tu.. Walaupun, yeah mcam aku bgitahu tadi, even agak sikit terkilan sebab dia langsung tak jemput aku dtang wedding dia.. 

hmm..

Okeh, tu je nak kasitahu.. hahakk,,  bye~

LIEBSTER AWARD by Xennov

Assalamualaikum..

Aku baru buka blog and dapat notifi di Cbox from Xennov pasal liebster award ni.. Frst agak blur jap.. Menatang ape pula liebster ni.. hahaa.. and bile baca dari blog lain pasal liebster award ni, aku macam,, "ohhh.. macam ni rupanya caranya.." Tapi sampai laa ni, aku still tak tahu apa maknanya liebster ni dan bila ia ditubuhkan.. hohoo

So, ini lah.. 

 




1. Jenama telefon anda.

  Err,, public phone ada jenama ke? Bhahaa.. ~ Jenama telefon skarang, Samsung je.. Tak mampu lagi nak pakai Iphone.. huhuu

 2. Baki top up dalam telefon sekarang.

      RM 0.14 (cehh.. letak RM tu macam banyak sangat aje kredit.. bhahaa)
       
3. Berapa sim kad dalam telefon anda sekarang.
        ada dua, tapi yg lagi satu tu dah tak boleh pakai bab malas nak topup, and still tak buang lagi.. Sayang katanya.. kakakaa
4. Ada simpan gambar seseorang untuk diushar dalam diam? Hahaha.
        er err.. kenapa msti ada soalan yang sebegini? hahaa..         buat masa ni tak ada lagi.. takk tahulah akan datang.. hehee
 So, finish.. nasib baik soalan senang.. Even dah berpeluh-peluh dahi jawab soklan yg last tu.. muehee , Nasib!

Question :
1) Suka makan maggie?
2) Kenapa maggie kerinting?
3) Pernah dengar soalan nombor dua tu? Kat mana? *Hahaa
4) Prefer maggie atau spagethi? Atau,,
5) Sepatah berkata-kata sebelum sudahkan soalan ni?

Taggggzss' :
http://budakpeliksstory.blogspot.com
http://thestoryofyayalife.blogspot.com
http://ana-mizu.blogspot.com
http://studentkecik.blogspot.com

4 March 2015

Result?

Assalamualaikum..

Hmm, lama gak aku ta on blog ni.. nothing change.. huhuu

Semalam, yeah 3/3 hari yang menggabrakan. hahaa.. Batch 1997 mesti dah dupdapdupdap malam sebelum haritu. Sama mcam aku jugak.. Sampai tak boleh nak tidur nakk bayangkan macam mana result SPM. Macam-macam dok fikir macam mana keputusan aku. Baik atau ke laut. And atlast, aku redha aje. Yang bagi rezeki semua tu Allah. Siapa kita nak tentukan. Lagipun, if aku failed pun, itu tak menjamin yg masa depan aku gelap.

Dan tibalah semalam,, bila nampak cikgu, aku dah rasa lain macam. Takut hampakan harapan cikgu satu hal. Cukuplah aku dah selalu kecewakan cikgu and buat cikgu marah masa sekolah dulu sebab selalu tak siap homework dia.. Hmm,,

Dan sehinggalah.. Cikgu kelas aku cakap kat aku, "tahniah!" Frst aku macam blur, tapi bila tengok result sendiri, aku dah rasa macam aku sekarang ni ada kat awang-awangan.. bhahaa.. Alhamdulillah.. Terus telefon mama kasitahu result aku. Senyum sampai telinga ajelah aku satu hari tu. Again, alhamdulillah.

And sampai part cari cikgu, nak say thanks and whatsoever.

Tapi tu lah, nak gembira sangat pun tak boleh juga sebab ade satu subjekk yg buat aku spoil. Gegiler spoil weyh.. Yang lain semua dah okay.. Smpaikan aku tetanya-tanya sendiri, "BM aku still kene bagi perhatian ke?" Aih,, boleh pula subjek BM aku dapat B+.. Memang spoil giler.

Spoil menyepoil pon (hmm, BM aku mmg teroks.. bhahaa) kat satu subjek tu ajelah. Yang lain, semuanya ++.. hahaa.. Alhamdulillah sekali lagi..

Sorry cikgu, saya dah hampa dan kecewakan cikgu.

Wassalam~~

17 February 2015

Pengalaman Ambil Lesen Kereta

Assalamualaikum..




Bila search kat Mr. Google, ramai juga yang buat pengalaman sendiri masa ambil lesen memandu.. Jadi, aku pun nak buat jugalah pengalaman pasal ni.. *mood menyibuk* hahaha..

Aku punya birthday hujung tahun, jadi nak kena tunggu hujung tahunlah baru boleh apply lesen.. Lepas hari jadi aku tahun lepas, abang dengan mama aku pergi satu JB ni sebab nak cari pusat memandu.. Ada tiga tempat dia orang pergi, tapi satu tempat aje yang terpilih.. cewahh.. hahaa.. serius, masa mula-mula nak apply pusat memandu, macam-macam masalah.. Macam, belum takdir aku lagi nak belajar memandu.. Tapi atlast, alhamdulillah. Dapat juga. Tak jauh dan tak juga dekat dengan rumah..

Bermulalah pada 22/12, aku start KPP 01.. Alah, yang kena kursus 6 jam setengah tu.. Gerak jam lapan, habis 4.30 pm.. Mase aku apply memandu ni, memang aku sorang aje. Ada juga ajak kawan, tapi dia orang banyak yang cakap nak kerja dulu.. Kumpul duit sendiri baru apply belajar memandu.. Dan dia orang cakap juga, aku untung sebab semua perbelanjaan parent yang support.

Dan oh ya, memang teramat bosan ya kursus tu.. Macam nak tidur aje.. Mentang mentang time tu hujan. Aih.

Habis aje kursus 6 jam tu, aku terus booking Test Computer. Empat hari lepas kursus, aku test komputer. Sebab aku memang nak habiskan cepat memandu ni.. Senang nak gerak pi mana-mana tanpa bantuan Pak Cik Bas dan Teksi. hehehe..

Dan alhamdulillah, aku lulus! Yehaaa... Markah aku, 48/50. Aku memang fed-up gila dengan Sistem Kejara. Banyak sangat nak kena hafal. Dah lah aku ni jenis yang tak suka menghafal. Aih, itu yang salah dua benda kat situ.. Tapi apa-apa pun, aku dah lulus apa.. Buat apa nak kenang lagi.. hahaha

Dan dapat Lesen L.. Terus booking kelas belajar iaitu, KPP 02 & 03.. Memandu di litar dan jalan raya.. Sekarang guna sistem baru. Pasal enjin, bonet, pintu, road tax dan semuanya berkaitan kereta tu kena ambil tahu. Kalau tak, kamu akan gagal!

15 jam setengah aku belajar KPP 02 & 03.. Aku dapat cikgu lelaki.. And sampai sekarang aku still tak tahu apa nama dia.. kah! Entahlah, sebab aku tak suka tahu nama orang! Dan hari terakhir aku belajar, aku memang belajar kat jalan raya bebetul.. Tak semua orang dapat macam aku.. *tiba-tiba nakk rasa perasan sendiri.. hehehe*

Mana orang JB mesti tahu Highway Pasir Gudang kat mana, Taman Sutera dengan Taman Perling.. Aku punya pusat memandu di Sutera. Dan bayangkanlah, di hari terakhir aku belajar memandu selama tiga jam setengah, aku kena bawa ke Highway Pasir Gudang sebab kereta yang aku belajar tu, gas dia dah nak habis. Bayangkanlah macam mana dengan lori banyak.. Kereta, bas, motor keliling.. Gerun jugalah aku masa tu. Tapi bila ada cikgu kat sebelah, bolehlah hilang gerun sikit.. hehee.

Dah siap semua, booking QTI pula.. Hari yang sama aku last belajar, petang tu aku terus ambil QTI.. Bila ingat pasal QTI yang buat aku bengang ni.. Aih, pasal cikgu QTI tulah, first time aku kena marah semenjak kali pertama aku menapak kat pusat memandu tu.. Aih, menyentan giler! Dia marah aku sebab aku tak bagi dia lesen L aku.. Nak bagi macam mana, lesen L pun aku tak pegang..

Then, aku tanya dia bebaik kot nak ambil kat mana lesen L aku.. Dia punya jawab, perghh.. Macam aku ni musuh nombor satu dia aje kan.. Dia boleh dengan meninggikan suaranya cakap, suruh aku cari sendiri! Apakyer ahh.. Kalau cakap bebaik tak apalah lagi.. Ini cakap, macam nak tengking aku.. Terkecil terus hati aku. Nak menangis rasa. Suruh aku cari kot.. Kat mana? Tandas? Last-last aku pergi main kaunter tanya pasal lesen L dan nasib baik akak tu baik tolong carikan. Terima kasih kak!

Dan sekarang baru aku tahu, yang selama ni, masa memandu aku Lesen L tak ada dengan aku langsung.. Sampai kat highway Kempas aku bawa, lesen aku tak ada! Memang gila.. Kena tahan polis, bikin naya aje kan..

Tapi thanks jugalah kat cikgu QTI tu.. Sebab dia dah sedarkan aku, yang lain kali kalau nak memandu, pastikan lesen bersama.. Aih.

Dah tu, booking pula untuk test JPJ.. Aku dapat, seminggu selepasnya.. Which mean, semalam!

Semalam, aku memang tak boleh nak tidur. Punya takut nak test.. Pastu sampai pusat memandu dalam pukul lapan.  Lepastu dia susun ikut nombor. Nasib baik aku punya, sesi pertama.. Dah tu, dia suruh test bahagian 1, which mean, kena periksa enjin, bonet dengan keseluruhan kereta.. Sebelum nak buat tu, aku dah hafal dah setiap benda yang ada dalam enjin kereta.. Tapi bila sampai turn aku, aku punya gabra.. Haih, apa yang aq baca semua melayang.. Pakai main hentam aje aku cakap..

Dan oh ya, satu hari tu aku punya takut nak test, sampai sarapan pun aku mkan satu sudu aje.. Then bila dah nervous macam ni, mulalah aku sakit perut bagai.. Menggigil badan ni pun satu hal..

Dan bila nama aku kena panggil nak test kat trek, aku cool down jap walaupun dalam hati dah rasa takut balik.. Ingat balik pesan mama, suruh selawat bebanyak.. Dan, yes! Trek aku lulus.. Bukit yang aku takut pun, aku lulus.

Then kena duduk balik sebelum JPJ panggil nak test kat jalan raya pula.. Dapat pula JPJ nye lelaki, lagilah aku gabra.. haha.. Dan macam tak percaya, aku lulus! Yeahh, walaupun aku kena sekali amaran mandatori.. Tak bagi signal bila nak belok.. Ha, kan dah kena.. Sebab aku mmg malas giler nak bagi signal bila nak belok.. Aiyaa

Dan yeahh, macam aku cakap tadi.. Aku lulus! Dah boleh bawa kereta.. Dah boleh jenjalan cari suami.. Eh? Gatai! hahakks..

P/s : Mungkin penykit gabra aku ni akan datang balik bila nak ambil result SPM lagi dua minggu dari sekkarang.. Aih.


Boleh baca entri ini untuk sambungan.

6 February 2015

GIVEAWAY BIRTHDAY WE ALLS

*klik banner untuk join.


# Disebabkan aku bosan, aku join.. aih.. Tak bosan, aku tak join. eh? hahaa
# Don't worry, semua dapat hadiah. Tak terkecuali..
# Berlangsung dari 1 OKTOBER 2014 sampai 30 SEPTEMBER 2015.. muehee


# Tarikh lahir aku, 01-December- tahun lembu.. hehee