Assalamualaikum haii,
Dapat whatsApp dari adik aku petang tadi mengatakan yang Mama tersayang aku sakit. Gastrik. Dan sangat teruk.
By the moments I received that WhatsApp, aku rasa speechless. Terkejut? Sikitlah tak terkejut beruk macam sebelum ni sebab Mama aku semenjak awal tahun ni memang selalu kena gastrik.
Dan sekarang baru aku tahu betapa perlunya aku saat-saat macam ni di rumah. Ya lah, sebelum aku diterima belajar di kolej ni, kerja aku selepas SPM hanya hantar dan ambil adik aku dari sekolah. Setiap hari.
Ehh tak, tak setiap harilah kan kalau ada beberapa hari yang aku skip sebab nak melayan korea. Hahaaks.
Okay sambung,
Dan bila Mama aku sakit macam ni, selalunya akan jadi giliran aku untuk ambil adik-adik aku dari sekolah. Tapi tadi,..
..aku tertanya-tanya, siapa yang ambil adik-adik dari sekolah? Ayah? Ayah kerja. Abang? Abang mestilah dekat IKM dia. Dan segala kesimpulan tuh menunjuk pada My Mom.
Serius rasa kesian and sedikit sedih bila Mama yang tengah sakit tu ambil adik aku dari sekolah. Nak teriak boleh dakk?
Ohh Mama, semoga Allah panjangkan umur Mama dan sihatkan kesihatan Mama. I love you.
No comments:
Post a Comment
Everyone growing up by making a mistake.