Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

16 August 2015

Perancangan Allah

Assalamualaikum hai,

Semua manusia ada impian dan masa depan masing-masing. Samada dia yang rancang sendiri ataupun hanya menjadi, follow the flow. Kan?

Tapi percayalah, sehebat mana kamu merancang, perancangan Allah S.W.T adalah yang terbaik. He know the best.

Macam aku, mula dari tingkatan 3, aku rancang masa depan aku nak jadi seorang doktor. Sebab aku memang minat hal-hal berkaitan doktor. Aku belajar punyalah baik, result PMR aku pun memang cemerlang giler, tapi nak buat macam mana en. Dah Allah tetapkan yang aku hidup bukan untuk jadi doktor, memang tak masuklah aku dalam aliran Sains Tulen.

Dan, cita-cita doktor tu terpaksa aku matikan setakat itu. Berangan-angan sajelah. Tak pun, cari suami doktor nanti! Hiks.

Dan masuk tingkatan empat dan lima, cita-cita aku nak jadi Peguam, Business Woman dan juga Interior Designer. Dan macam masa PMR sebelum ni, aku belajarlah rajin-rajin sekalipun, dah Allah cakap yang itu bukan jalan aku. Memang bukanlah.

Dan sekarang, Diploma aku ambik kursus yang sangat jauh menyimpang dari apa yang aku impi masa zaman sekolah sebelum ni.

Accounting & Finance weh..

Sangat jauh.

Aku dahlah tak suka dengan subject Math ni. Boleh pulak dapat course tuh.

Tapi aku percaya, Allah dah tetapkan yang ini adalah jalan aku. Samada aku nak teruskan berjuang atau hanya sekadar berhenti tengah jalan.

4 comments:

  1. apa pn..walaupun kita x suka..tp kita kne niat kita buat ssuatu tu sb Allah..inshaa Allah, Allah akan tlg..

    ReplyDelete
  2. kisah kita hampir serupa huhu dulu sy tak suka bljr sejarah, tp skrg ni bakal graduate sebagai guru sejarah dan geografi. Allah tahu apa yg terbaik utk kita InshaAllah, dan kata2 Nurul Husna di atas sgt betul :) moga kita dpt lakukan yg terbaik ya miss oren he he

    ReplyDelete

Everyone growing up by making a mistake.