Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

31 August 2015

Pesan Guru

Assalamualaikum, peace be upon you.


Tahun lepas, masa tingkatan 5, aku ada seorang cikgu, yang masa awal tahun, dia tersangatlah garang sampaikan classmate aku kalau boleh selalu doa yang dia tak masuk kelas on that day!

Sangat garang

dan

tersangat sangat sangat garang.

Tapi disebabkan seseorang yang ber'hati mulia', dia buat repot pada Pengetua mengenai cikgu tersebut dan dengan sekelip mata, cikgu tu berubah.

Perubahan yang sangat membahagiakan dan mengembirakan rakyat sekolah.

Cikgu tu, bukan lagi digelar cikgu garang dan paling dibenci, tapi cikgu yang baik, yang selalu tersenyum dan mengembirakan pelajarnya termasuklah aku. Muehehee..

Tapi betullah, tak kenal maka tak cinta.

Mungkin sebab kitaorang masih belum kenal cikgu penolong kanan hal ehwal murid itu, kitaorang anggap yang dia garang.

Ohkay, cikgu tu ajar aku subjek Perdagangan. Antara subjek yang paling aku suka selepas subjek Kesusasteraan Melayu.

Dan cikgu tu juga antara cikgu yang selalu bagi pesanan untuk setiap muridnya.

Dan antara pesanannya yang paling aku ingat, yang tersemat sentiasa dalam otak adalah,

"Jangan bercinta masa sekolah. Nak bercinta, biar masa dah belajar nanti. Masa tuh, nak bercinta ke apa, buatlah, janji jangan lupakan pelajaran."

Aku tak tahu kenapa pesanan yang itu yang paling aku ingat sampailah sekarang.

Tambahnya, "Tapi kalau nak bercinta, cari yang umur jaraknya lima ke sepuluh tahun. Sebab apa? Sebab, boleh menjamin masa depan kauorang macam mana. Bagi perempuanlah."

Kalau bagi lelaki, aku lupa dia pesan apa. Hehee

Ohkay, tetiba rasa macam.. Macam.. Nak bercinta pulak! Hiks

2 comments:

  1. Sama laa macam Cikgu Sejarah KTC. Dia selalu pesan, kalau boleh... Kalau boleh laa... Pompuan jangan kawen dengan pasangan sama umur. Cariklah yang lebih tua sikit. Lebih matang and banyak pengalaman. Sebab lelaki lambat matang daripada pompuan.. :)

    Kalau dah jodoh tak kemana...

    Apa apa pun, all da best study tuu. Ingat pesan cikgu okeyyy ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yow.. pesan cikgu yang mana satu tuh? hikss

      Delete

Everyone growing up by making a mistake.