Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

15 August 2015

Tanggungjawab

Assalamualaikum hai,

Manusia selalu bertanya pada aku,

"Adik-adik kau, setiap tahun dapat aje jawatan pengawas tu. Kau? Takkan nak jadi pelajar biasa je?"

And I was like,....? Heh! Sukati akulah nak jadi apa pun! Yang kau menyibuk jaga tepi kain sekolah aku tuh apsal?

Seriusly lah kan, manusia sekarang memang suka ada jawatan. Diaorang rasa diorang hebat bila dapat jawatan tuh. Rasa bangga bila jawatan diorang tu adalah jawatan yang paling tinggi.

Tapi diorang tak tahu, jawatan tu sebenarnya tanggungjawab. Tanggungjawab tu pula amanah. Dan amanah tu, pasti akan ditanya di akhirat nanti.

Aku pun pernah jugalah pegang jawatan walaupun hanya sebagai Penolong Ketua Tingkatan! Tiga tahun berturut-turut aku pegang jawatan tuh. Tapi masa tingkatan lima, aku letak jawatan sebab aku tak sanggup.

Tak sanggup nak pikul amanah tu. Sebab, aku sendiri bengkok, aku sendiri tak lurus. Terasa seolah-olah, bahu kiri aku makin ke bawah. Senget.

Selalunyalahkan, apa yang aku tahu, jawatan yang kau pegang tuh, markah bagi jawatan tu akan membantu markah kokorikulum. Kalau jawatan tu tinggi, maka tinggilah juga markah koko kauorang. If I'm not mistaken lah.

Dan, aku rasa tak best, bila kau tak jalankan tanggungjawab kau tapi markah kau dapat. Rasa seolah-olah kau tak amanah. Tahukan apa hukum tak amanah?

Jadi, moral of story, jalankan tanggungjawab walaupun tanggungjawab tu teramatlah berat bagi kau. Sebab, tanggungjawab tu amanah. Dan amanah tuh, pasti akan dipersoalkan di akhirat nanti. Dan semoga bahu kanan makin senget dengan pahala dari bahu kiri yang senget dengan dosa.

Sekian, wassalam~

2 comments:

  1. dulu masa sekolah saya malas nak ada jawatan, tapi dah dipilih, kena jugak lah amik..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu.. asal amanah sudahlah hehee

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...