Well, tak bermakna cuti mid-sem aku tak ada assignment. Haih, jaranglah lecturer tak bagi kerja masa cuti. Suka bebenor mengganggu cuti student tau lecturer ni. Kita orang pun nak bercuti juga apa.
Sepanjang seminggu bercuti ni, kerja aku hanya makan,
Assignment memang aku tak pandang dah. Apatah lagi nak pandang laptop. Tengok je laptop, mesti teringat assignment. Sudahnya, aku simpan laptop bebetul jauh dalam almari. Biar dia tersadai sendiri. Kah!
Tapi bila ingat tarikh nak balik asrama semakin tiba, aku jadi insaf sikit. Sikit je lah. Masa tu lah baru teringat assignment. Bersama dengan keinsafan di dada dan sedikit kerajinan dalam diri, aku pun bukalah laptop. Tujuan, nak siapkan assignment dan nak edit powerpoint sikit. Minggu depan presentation oi! Gemuruh di jiwa,
Tapi kan, bila dah datang mood rajin aku nak siapkan kerjalah memacam godaan mendatang. Ayah ajak main bowlinglah. Mama ajak keluarlah. Adik ajak tengok wayanglah. Kucing nak beranaklah. Jong Ki ajak tengok Descendants of The Sun lah. Haih,
Tapi seriuslah, Jong Ki sangat kacak bersama uniform army nya. Melting kita tau,
Sudahnya, kerja ke mana aku ke mana.
Well said, hidup di dunia ni memang penuh dengan godaan. Dan entahlah, aku harap aku dapat siapkan kerja aku sebelum aku balik KL Ahad ni. Oh, I'm homesick!
P/s: Dekat asrama tak ada astro, macam mana nak tengok Jong Ki ni? Maigod!
Salam Cik,
ReplyDeleteSaya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review
laman web kami. Kami sangat hargai jika Cik boleh review laman web kami.
Cik boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.
Terima Kasih.
Syahmi
syahmiruhaizat@gmail.com