Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

6 March 2016

Kucing

Assalamualaikum annyeong.

Credit given to:-

Dekat rumah aku ni ada seekor kucing jantan yang diberi nama, Ed. Asal usul nama tu dari Edward Cullen aku rasa. Kah!

Dah bertahun jugak kucing tu 'berumah' disini. Dari sekecil-kecil kucing sampailah dia jadi sebesar-besar kucing.

Dan oh, dialah kucing pertama yang aku berani sentuh. Sebab aku memang takut gila dengan makhluk bernama kucing ni.. huhuhuu

Ada dalam, tahun lepas ataupun awal tahun, tak silap akulah. Masa tu dah malam, Ed balik rumah bersama seluruh badan dia yang kebasahan. Yeah, ada orang bernama manusia yang simbah dia dengan air sampai dia basah.

Gila, bukan?

Dan malam tadi, terjadi sekali lagi benda tu. Tapi yang ni lagi kejam. Manusia yang aku tak tahulah siapa, bukan simbah Ed dengan air tapi dengan gam!

Yeah, gam!

Masa abang nak masukkan kereta, dan Ed datang sambil geselkan badan dia dekat kaki abang. Masa tu abang rasa yang bulu Ed melekit gila. Bila bawa masuk rumah, nah. Banyak gila gam dekat badan dia.

Sedih doh tengok Ed semalam.

Dan Ayah dengan Mama terus sapukan minyak masak dekat seluruh badan dia. Dan hilang. Lepastu mandikan dia.

Abang cakap tu macam gam paip. Entahlah,

Walaupun aku tak suka kucing, tapi aku kesian gila tengok Ed kena macam tu.

Tapi aku lagi-lagi-lagi bertambah kesian dengan manusia yang macam tu. Yang sanggup buat haiwan macam tu.

Haih,

6 comments:

  1. gila ke apaa orang yang buat mcm tu dekat kucing , sedihnya ..
    kalau dekt sini pon ada je manusia yg lagi kejam kdg2 umpan kucing makan tapi letak racun , smapai tahap yg teruk simbah dgn air panas .. ya allah durjananya mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol, apa salah kucing-kucing tu? haih

      Delete
  2. sedihnya kucing diperlakukan sebegitu. Kejam orang yang buat camtu pada binatang yang tiada akal. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan,, sangat kejam. dia pun makhluk Allah juga.

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...