Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

16 March 2016

Tips untuk Presentation

Assalamualaikum annyeong..



Sebut je ayat presentation, mesti aku akan nervous. Tak tahulah kenapa. Kalau dalam sehari tu ada dua presentation, mesti dua kalilah aku akan rasa nervous tu. Haih,

Dan aku lebih dari pasti, setiap orang takkan lari daripada presentation. Dari zaman sekolah sampailah kau dah kerja, mesti akan terlibat dengan namanya presentation ni. Tak kisahlah kau presentation pakai kertas mahjong ke ataupun guna slide powerpoint, asalkan namanya kau kena present depan orang.

Aku tak adalah pakar sangat nak present ni, tapi aku tetap nak curahkan juga beberapa undang-undang ataupun dalam bahasa marhaen rules untuk presentation.

First thing first, dari segi pemakaian. Sepanjang hidup ni, tak pernah lagi aku present seorang diri. Mesti sekurang-kurangnya akan ada seorang dua bersama dengan aku berdiri di hadapan untuk mengupas tajuk yang diberi. Selalunya, kitaorang akan seragam. Maksud seragam bukan pergi kedai beli baju yang sama lepastu guna untuk present. Bukan, bukan.

Tapi kitaorang akan seragam antara dari segi jenis baju ataupun warna baju. Tapi selalunya seragam warnalah. Kalau decide nak guna warna royal blue, so satu group akan guna royal blue. Atau tak pun, kalau ada lelaki dalam group, selalunya kitaorang akan decide, perempuan pakai baju warna biru dan tudung hitam, manakala lelaki akan pakai baju warna hitam. Something like that lah.

Ohh, unamious tu penting ohkay.

Then, dari segi slideshow kauorang. Dalam satu slide please, jangan kau semakkan dengan tulisan sangat. Dah nama pun slideshow en, ayat simple-simple sudah. Audiens yang baca pun mengantuk kot. Ambil isi penting sudah. Lepastu, penerangan dan contoh dia baru kau terang guna mulut.

Third, letak video dalam slide. Kebanyakan manusia yang present mesti takkan letak video dalam slide. Dah lama dah aku perhati benda ni. 0.005 peratus je kot yang aku nampak suka letak video.

Eh, tapi video yang berkaitanlah. Jangan kau present tajuk lain kau letak video tajuk lain. Memang lecturer pun tak segan-segan nak tolak markah.. Huhuu

Fourth, ada sesi Q&A. Di penghujung slide kauorang, mesti selitkan sedikit sesi soal dan jawab. Serius, yang ni ada markah. Atau tak pun, sebelum kau present, kau sediakan soalan lepastu kau kawtim lah dengan classmate kau suruh dorang tanya soalan yang kau sediakan tu.

Kalau tak nak, sedialah terima soalan yang diluar kotak fikiran.

Weh aku pernah tahun lepas, aku dengan groupmate aku disoal dengan soalan yang memang aku tak tahu jawapan dia. Dan-dan tu lah kitaorang kena buka google masa tu jugak nak cari jawapan. Serius, tak tipu.

Then, slide mesti menarik, tertarik, ditarik dan entahlah. Slide memang kena gempak lah aku rasa.

Sixth, handout. Pastikan sebelum presentation berlangsung, kauorang dah print handout dan serahkan pada seluruh kelas termasuk si pengajar alias si pemberi markah di belakang kelas tu. Itulah paling banyak markah.

Ah, pedulikan duit yang kauorang kena korbankan. Asalkan markah masyuk. Kalau tak pun, lepas habis kelas, kauorang mintaklah dorang duit kertas tu. Tu pun nak kena ajar ke? Haih,

Oh, masa pembentangan tu, pastikan suara jelas sampai kelas sebelah boleh dengar. Kalau tak tahu malu, pergilah present dekat dewan lepastu pakai microphone. Habis citer. Itu kalau lecturer cakap tak jelas jugak, memang next class kau kena berjemaah bawa korek telinga bagi lecturer.

Thus, speak fluently. Jangan tersasul. Jangan nervous sangat. Cakap pun jangan macam kena kejar anjing, bapak laju gila. Hoi!

Last but not least, sebelum present tu, kauorang bawa satu beg plastik. Lepastu suruh classmate kauorang letak dorang punya phone dalam tu termasuk si lecturer sekali, biar dorang tak main phone masa kauorang presentation.

Ehh jap, lampu pon jangan tutup semua. Nanti dah habis present kau akan nampak air liur classmate kau lepas buka je lampu tu semula.

Entahlah, aku tak tahulah samada tips aku ni bermanfaat atau pun tidak. Mana yang elok tu kauorang boleh jadikan pedoman untuk masa depan yang cerah, gemilang, terbilang dan cemerlang.

P/s: Semua lecturer aku tak suka di bodek setiap kali kitaorang bagi ayat semanis madu masa start present. Aku pun tak tahulah kenapa dengan mereka.

Huhuhuuu.

5 comments:

  1. sesi Q&A tu yg probs dkt sya selalunya.... huhu..dan2 blur bila org tnya

    ReplyDelete
  2. tq for the tips. bulan 4 ni kena present kerja kursus. huhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure... ohh chaiyok then. good luck

      Delete
  3. nice tips =)
    salam kenal.
    Rafie #247

    ReplyDelete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...