Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

31 March 2016

Cara Tegur Orang

Asalamualaikum annyeong.

Hmm, korang ada cara tak macam mana nak tegur orang?

Heh, tetiba je nak mintak tips tegur orang dari orang lain kan?

Macam ni, nak dijadikan cerita, esok grup aku kena submit report untuk statistics. Tapi report grup aku masih sifar. Kosong tak buat apa-apa pun lagi.

Serious talk.

Presentation dah lepas haritu, tapi yang ni kena submit report pulak.

Dan punca berlakunya situasi ini disebabkan seorang yang bergelar manusia yang tak buat apa-apa, maksud dia jadi sleeping partner.

Sleeping partner yang bebetul sleep tahap keluar air liur basi.

Dan kejadian ni buatkan groupmates aku yang lain sangat menyentan dengan dia sampai tahap tak nak jadi gruopmates dengan dia untuk assignment yang akan datang.

Weh bayangkan, aku sama group dengan dia dua subjek wehh. Dan dua-dua subjek tu lah aku kena hadap sifat sleeping partner too much dia tu.

Haih haih,

Nak tegur, tapi tu lah masalahnya. Aku ni jenis yang tak reti nak tegur orang cara lembut. Atau dalam erti kata lain, aku memang tak tahu macam mana nak tegur dia dengan sifat dia macam tu.

Tak sampai hatilah, senang cakap.

Takut hati dia terguris dengan teguran aku satu hal, takut kang kalau dia bermasam muka dengan aku lagi tambah satu hal.

Dan aku tak nak minta maaf dengan dia pasal hal tu yang memang bukan salah aku hundred percent.

Dan lagi dua orang groupmates aku pun merasa hal yang sama.

Tak nak hubungan classmates jadi lain, sebab kami jadi classmates hanya untuk satu sem je.

Tak best lah kan kalau macam tu. Mama aku pun cakap, duduk jauh-jauh dari famili, jaga hubungan dengan semua orang. Sebab kau kat sana, tak ada orang boleh tolong kalau jadi apa-apa.

Entahlah gais,




Sent from Samsung Mobile

No comments:

Post a Comment

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...