Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

9 April 2016

Can't imagine it

Assalamualaikum hai,



Aku pernah sekali tu, dalam mood tengah busy nak berangan, jadi aku pun beranganlah. Tapi beranganan aku kali ni agak lain macam sikit, agak terpesong dari apa yang aku selalu angankan.

Yeah, selalunya, mesti akan berangan nak dekan setiap sem. Lepastu berangan nak kahwin dengan orang kaya yang hakikatnya, orang kaya tu pun tak nak dengan aku. Shame~

Lamunan aku kali ni, entah macam mana, aku boleh terbayangkan;

Satu hari yang sangat happening dalam hidup. Sangat bahagia, ceria dan gembira. Lepastu dapat mesej, mengatakan yang "Mama dah tak ada."

Dandan tu jugalah air mata nak mengalir walaupun hakikatnya perkara tu tak berlaku pun. Ianya sesuatu yang, entahlah. Susah nak explain. Hanya mampu dirasai dengan hati.

Semenjak belajar ni, dapat jumpa Mama, jumpa Ayah dengan famili pun sebulan sekali je. And I bless Allah, sebab sekurangnya Allah bagi juga aku masa untuk jumpa dengan mereka, walau hanya sebulan sekali.

Sebulan sekali pun dah dikira cukup walaupun aku rasa nak jumpa mama dengan mereka semua setiap hari macam sebelum sambung belajar ni.

Dan aku tak dapat bayangkan macam mana kalau andaikata apa yang aku lamunankan tu akan terjadi-walau sebenarnya, perkara tu akan terjadi juga satu hari nanti. Mati itu pasti, bukan?

God, macam mana hidup aku lepas tak ada Mama? Lepas tak ada Ayah? Macam mana aku nak survive dengan hidup? Seriuslah tak dapat nak bayangkan. Sedangkan kalau Mama dengan Ayah balik kampung dan tinggalkan kita orang berempat dekat rumah pun, dah rasa kehilangan yang sangat besar.

Seriuslah, macam mana nak hidup tanpa dia orang? Sedangkan nak basuh baju pun kita orang gaduh kalau mama dengan ayah balik kampung. Bukan gaduh yang siapa nak basuh baju. Tapi gaduh sebab tak nak basuh baju.

Jenis pemalas memasing. Yeah, admit it.

Huh,

Tuhan, panjangkan umur mereka. Sekurangnya, biarlah sampai kami berjaya dalam hidup.

Background lagu : Bila Cinta ost Lagenda Budak Setan

No comments:

Post a Comment

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...