Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

3 April 2016

Housemate

Assalamualaikum annyeong.




Kolej aku ni, peraturan dia kena tinggal di asrama untuk setahun bersamaan dengan dua semester. Tapi kalau rumah dekat dengan kolej, tak payah duduk asrama pun tak apa. Dan peraturan untuk menginap di asrama tak berapa strict sangat.

Bulan Ramadhan tahun lepas, mulanya hari kemasukan kami batch Julai 2015. Kita orang tak mengenali sesiapa. Hanya seorang diri membawa tubuh mendaftar di kolej awal pagi. Selesai daftar, check-in hostel. Masing-masing dapat rumah yang ditetapkan pihak kolej.

Aku orang kedua yang masuk rumah ni. And I got the master bedroom. Memang taklah aku nak pilih katil tingkat atas kan? Aku gayat you know. Kang jatuh tergolek masa tidur, buat naya je.

Malamnya merupakan malam yang sangat awkward bagi aku, bagi kami sepuluh manusia yang menghuni rumah tu. Masing-masing tidak mengenali. Hanya senyuman sebagai salam pengenalan.

Waktu berbuka puasa pun suasana rumah senyap. Hanya menghabiskan sisa-sisa makanan. Dan buat hal sendiri.

Tapi keadaan tak lama, makin lama, kitaorang dah boleh sesuaikan diri dengan yang lain. Terus je tittle family tu wujud. Terasa macam ada ikatan antara satu dengan yang lain. Magiskah ini?

Lol,

Daripada 10 orang tinggal hanya sembilan orang je dalam masa dua minggu, - sebab lagi seorang tu dia tarik diri, atau lebih tepat, dia berhenti kolej sebab dia rasa dia tak boleh bawa course yang dia dapat - merangkap roommate aku.

Selepastu, lagi seorang pula berhenti kolej. Tinggallah lapan orang je dalam rumah ni. Dia berhenti sebab dia sakit dan tak dapat nak teruskan pengajian. - satu course, satu kelas dan satu rumah dengan aku.

Empat bulan kemudian, masuk lagi seorang manusia mengisi kekosongan rumah ni. Dia pindah rumah sebenarnya. Sebab dia cakap, rumah yang dia duduk tu tak ada feel. Macam neraka je sebab terlalu bising sampai dia rasa tak ada life duduk sana. Jadi dia berpindah ke rumah kami - juga merangkap roommate aku.

Kemudian, lagi seorang pula keluar dari rumah. Katanya rumahnya sangat dekat dengan kolej, dan rasa membazir dia bayar yuran asrama kalau dia selalu balik rumah. And we totally okay with that. As long as, we still meet at college.

Dan tinggallah lapan orang je sampailah sekarang.

Gaduh baik gaduh baik dah jadi habit housemate aku. And I'm stay still neutral. Kalau ada antara housemate yang bergaduh, aku tak berpihak pada sesiapa pun. Aku berkawan dengan semua orang. Baikkan aku? huhuhuuu

Kauorang punya lawak, kauorang punya ketawa, kauorang punya marah, kauorang punya penat semuanya aku hafal. Everything in my doraemon pocket. Oh ya, kauorang punya baik hati, kauorang punya dengki, kauorang punya kejam, semuanyalah aku tahu. Every single thing.

Suara sumbang kauorang bila menyanyi, kegilaan kauorang bila something good happen. Haih, everythinglah.

Aku akan ingat manusia pertama yang tegur aku. Aku akan ingat manusia mana yang kejutkan aku sahur. Yang ingatkan aku solat. Yang masakkan untuk aku. Yang ajar aku. Yang selalu angkatkan baju aku dekat ampaian kalau hujan turun. Yang selalu WhatsApp aku. Yang selalu kacau aku. Yang selalu ingatkan aku jangan skipped meal. Yang selalu tolong belikan aku makanan. Yang selalu tanya, "Where are you, baby?".

Dan aku akan ingat juga manusia mana yang tahu kewujudan blog aku ni. Lol, geram betul aku.

And now,...

Masa kita bersama dah nak hampir tamat. Waktu setahun yang diberikan akan tiba di penghujungnya kurang dua bulan je lagi. Oh tak, sebulan lebih je lagi.

How time flies.

Lepas ni, masuk je sem tiga nanti, kita mungkin dah tak duduk serumah macam sekarang. And I really hope, our bonding will last forever.

My mom always said, "Kita bertemu untuk berpisah."

P/s: Kalau kau orang bukan housemate aku, mohon jangan baca.

1 comment:

  1. saya bukan housemate awak, tapi dah baca pulak. hehe. nice one :) Moga persahabatan kekal selamanya..

    ReplyDelete

Everyone growing up by making a mistake.