Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

3 April 2016

Tuisyen

Assalamualaikum annyeong.



Masa form 5 dua tahun lepas, lol dah lama rupanya aku tinggalkan zaman sekolah ni. Patutlah rindu dia lain macam. Kah!

Memang setiap kali ada peperiksaan besar macam UPSR, PMR/PT3 & SPM mama dengan ayah mesti hantar anak-anak dia pergi tuisyen. Masa tuisyen untuk SPM, aku ambil subjek Math dengan Science je. Entahlah, memang selalunya kalau tuisyen aku akan ambil dua subjek tu je.

Dan aku mula suka dengan subjek matematik dari tuisyen. Mula dari situ sampai sekarang, aku suka gegiler dengan math. Kalau science pula, memang aku suka dari sekolah rendah.

Masa tuisyen science kan, cikgu yang ajar aku tu cikgu lelaki tau. Nama dia either Fariz atau Faiz, something like that lah. Aku tak ingat sangat. Bukan tak ingat, sebenarnya aku tak pernah tahu pun nama-nama cikgu tuisyen aku. Tahu nama dia pun bila classmate aku duk sebut-sebut nama cikgu tuisyen tu.

Dan seriuslah, cikgu tuisyen Science aku handsome bak hang wehhhh. Sangat handsome. Sampaikan aku rasa bersemangat gila setiap kali nak pergi kelas dia setiap hari Isnin malam.

Rasa macam tak nak skipped kelas dia langsung. Aha, aku memang tak pernah skipped kelas tuisyen okeh. Nanti kena pelangkung dengan mama, naya je.

Aku pernah juga buat kerja gila, masa dia tengah mengajar, aku senyap-senyap ambil gambar dia curi-curi. Lepastu aku update insta masa tu jugak. Kah! Tapi tak pastilah samada gambar tu still ada lagi dekat insta aku ataupun tak.

Lepastu kan, semua yang dia ajar kan, macam masuk tau dalam kepala otak ni. Tuh pasal SPM Science aku A. Huhuhuuu

Tapi itulah, sekejap je dia dapat ajar aku. Dalam bulan lapan macam tu, dia cakap dia nak berhenti mengajar tuisyen sebab dia kena pindah ke KL, tak silap.

Lepastu adalah dalam beberapa bulan sebelumnya, ada seorang classmate aku, lelaki. Dia tanya cikgu tu, "Cikgu bila nak kahwin?"

Lepastu cikgu tu senyum, makin buat aku cair wehh.. Hahahaaa, dia cakap, "Insya-Allah dalam bulan sepuluh nanti."

Tahu tak, masa tu hati aku berkecai gila weh.

Tapi tu cerita dulu lah.. Hahaa, nak tergelak ingat semua tu. Entah ke mana entah cikgu tu berada sekarang.

Haih, tahu mama aku pasal ni, habislah.

2 comments:

  1. Mungkin mama awak baca blog awak secara diam diam. Hihi :p

    Siqah pun ada crush kat cikgu lelaki. Dia ajar Math. Memang seronoklah belajar subjek kegemaran bersama cikgu kegemaran :D Tak sabar setiap kali ada kelas Math. Hahaha! Mengimbau kenangan sangat :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. weh janganlah sampai mama baca diam-diam..

      hahaaa kan kan, rasa bersemangat je setiap kali kelas cikgu tu. Rasa macam nak lelama je kalau kelas dia.

      Kah!

      Delete

Everyone growing up by making a mistake.