Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

25 April 2016

Bersalahnya Rasa...

Assalamualaikum annyeong,


Hasil carian imej untuk rasa bersalah

Masa kelas account tadi, pukul 2 pm. Kita orang satu kelas kena tunggu about 5 minute untuk tunggu kelas kita orang kosong sepenuhnya barulah kami sekelas boleh masuk. Senang cerita, sebelum pukul 2 pm tu, kelas tu ada senior guna untuk kelas mereka.

Bila dah masuk, dah duduk tempat memasing, aku terpandang kanan aku, dan aku nampak satu wajah yang unfamiliar dalam kelas aku. Tetiba je nampak muka asing dalam kelas tu. Lepastu aku pun cakaplah dekat kawan aku, "Aih, dah nak habis sem baru nampak muka dalam kelas ke?" Sebab masa tu aku ingatkan yang dia pelajar repeat kelas, maksudnya, untuk subjek account sem 2 dia gagal yang tidak membolehkan dia ambil account untuk sem 3.

Lepastukan, a few second later, kita orang satu kelas nampak yang senior tu dah lain macam tau. Badan dia menggigil giler. Rupanya masa tu dia kena sawan. Ohh, dia lelaki. Senior aku setahun.

Dan tahu tak macam mana rasa berdosa dan bersalahnya aku pada senior tu sebab mengutuk dia tadi.

Dan-dan tamat je aku kutuk dia, dia terus diserang sawan, sampai jatuh lantai weh. In fact, masa aku tengah kutuk dia tu, aku perasan juga yang dia tunduk pandang meja je. Tak tahu pula yang masa tu dia tengah tahan dari diserang sawan tu.

Huarghhhhh!! Macam mana nak minta maaf ni? Dah lah tak kenal dia langsung.

No comments:

Post a Comment

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...