Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

11 April 2016

Edward Cullen

Assalamualaikum annyeong.




Well, aku bukanlah nak bercerita pasal jejaka bernama Edward Cullen dalam ni, tapi bagi sesiapa yang tahu, dekat rumah famili aku ada membela dua ekor kucing. Yang paling fames mestilah Ed.

Seperti yang aku pernah cerita dalam entri ini, Ed lah antara kucing paling lama bersama kita orang. Dari dia kecil sampailah dia besar dah sekarang. Entah dah berapa banyak dia buntingkan kucing betina pun aku tak tahulah~

Here the sad story,

Aku dapat berita dari famili aku yang Ed dah lama tak balik rumah. Aku tak tahu berapa lama, tapi kalau dia manusia, dah boleh buat report mengenai kehilangan dia.

Dan tadi aku baru dapat cerita baru, yang abang, mama, dan kedua orang adik aku, bermimpikan Ed malam tadi. Dalam mimpi mereka, ada yang cakap, dia orang mimpi suara Ed slow gila, sayu macam tulah. Dan ada pula beritahu, yang Ed tak ada suara. Tapi keempat-empat mimpi itu lebih menjurus pada suara Ed.

Dan aku tak tahulah kenapa aku dengan ayah je tak bermimpikan Ed. Malam tadi aku tidur dengan aman dan damai kot.

Ada juga adik aku cakap, instinct dia kuat mengatakan yang Ed dah mati.

Bila dengar je instinct dia cakap macam tu, aku terus rasa, sedih mungkin. Sempatlah juga aku berendam air mati tadi. Sob sobs

Weh, dia kucing pertama yang aku berani pegang. Yang aku berani timang macam anak sendiri. Kucing yang layan je kalau aku marah dia. Kucing yang watlek je kalau aku selfie dengan dia.

Ed. Dia tak pernah berak dalam rumah. Berak dan kencing mesti kat luar. Tak pernah mencemarkan rumah dengan najis dia. Tapi dia suka selongkar tong sampah. Suka selongkar tudung saji atas meja. Sampai kalau mama goreng ayam atau ikan, mesti mama akan letak bangku kecil atas tudung saji tu biar Ed tak boleh tarik tudung saji tu.

Kalau dia lapar, dia akan mengiau. Kalau dia dahaga pula, dia akan pergi bilik air sendiri untuk minum air. Well, itulah Ed.

Tapi dia pemalas. Kalau ada tikus ke lalu, dia pandang je weh. Lepastu kalau ada lipas depan mata dia, dia kuis je weh. Tak bunuh langsung. Tapi dia cepat react dengan cicak. Aku tak tahulah apa masalah Ed dengan cicak. Asal nampak cicak dekat dinding, dia dah bersuara.

Aku rasa musuh ketat dia cicak tau.

Lepastu, kalau ada memana kucing luar masuk rumah, Ed mesti gaduh dengan kucing tu. Macam dia ada persaingan kalau kucing tu datang rumah -  dia jeleslah senang cakap.

Dan, dia jenis yang tak melekat dekat rumah. Balik rumah bila hujan atau bila lapar je. Mungkin dia tahu, kalau dia balik rumah, habislah kena gomol dengan manusia dalam rumah tu.

Haih sedihnya, kali terakhir aku jumpa, aku marah Ed masa aku balik Johor selesaikan Mara bulan lepas. Dah lama dah kot. Dan tup tup, dapat tahu yang Ed dah tak ada.

Gais, mohon bersimpati atas kehilangan Ed.



1 comment:

  1. Manalah Ed pergi agaknya? Huhu. Bila kita dah sayang binatang peliharaan, memang anggap macam ahli keluarga sendiri kan. Hope Ed baik2 je di luar sana.

    ReplyDelete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...