Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

1 June 2015

Dengar Lagu

Hai gaisss, Assalamualaikum,

Pernah tengok keadaan yang macam ni,?

Credit

Mesti pernah, bukan? Atau kauorang yang buat? Hahaa.. Eh kalau macam tu, sama lorh dengan aku.

Selalu aku buat. Nak buat omwork (cerita tahun lepas), layan laptop, tengok tv, tidur and etc.

And selalu juga aku kena baling dengan surat khabar, dengan pen, buku, majalah, ada yang sampai aku kena cuit sampai TERmelatah, kena maki pun ada gak, bila orang panggil saat-saat aku buat macam tu, tapi aku tak dengar.

Mana tak nye, dah kalau buka volume super high, mana nak dengar. Iya dakk?

31 May 2015

Sodeh~

Assalamualaikum,



Sekarang ni, semua batch 97 tengah duk kalut nak buat persiapan untuk sambung belajar. Tak kisahlah dapat ipta ataupun ipts. Janji minat dan keinginan kau nak belajar tu hado. Dan samalah juga macam aku. Tengah buat persiapan juga. Persiapan air mata nak menangis karang.. hohoo

Adalah dalam, hari Khamis lepas tak silaplah. Aku ada WhatsApp ex-classmate aku tanya diaorang dapat belajar kat mana. Alhamdulillah, ada yang bagi feedback dan ada juga yang tak bagi langsung. Tahu seen aje. Sakit hati mak!

Yang buat aku rasa sodeh kat sini sebenarnya,

Tak dinafikan, dalam setiap kelas pasti ada sebahagian yang pandai, kurang pandai, dan tak pandai.

Aku? Okaylah, bukan nak membangga diri atau apa, aku ni adalah juga tergolong dalam best student dalam kelas. Dalam kelas okeh! Hahaakk! Tapi tapi.. Aku tak suka bergaul dengan budak yang best student gak. Aku mesti berkwan dgan budak yang lower ni. Lower yang ada keinginan untuk berjaya. Selalunya kalau ada grup presentation, memang cikgu selalu letak aku kat situ pun. huhuu

Sebab, budak pepandai ni semua berlagak giler babeng!

Okay, sambung balik part yang buat aku sodeh tadi tu..

Sedih sebab, bila aku WhatsApp mereka-mereka semua, ada yang tak nak sambung belajar! Sebab diaorang dah kerja, dah merasa pegang duit bebanyak, sebab tu tak mau sambung belajar.

Dan kebanyakkannya, budak pandai-pandai tu.

Katanya mereka,

1) Aku dah tak ada minat nak belajarlah.
2) Aku malas dowh nak belajar. Kerja lagi elok kot.
3) Mak aku tinggal seorang kat sinilah, aku kesian.
4) Aku tak nak berhutang dgan ptptn!
and so on..

Sedih kan? Ayat budakk pandai tu..

Serius, bila diaorang balas macam tu, aku rasa.. Entahlah. Tak tahu nak rasa apa. Rasa kesian pun ada. Ada yang dapat kat UIA, tapi tak nak pergi. Serius rasa sedih.

Aku yang tak dapat upu and poli ni, dapat masuk ipts je, rasa nak menangis tengok diaorang tu. Kalaulah tawaran tu boleh sesenang bagi kat orang lain, mesti aku dah minta tawaran pi UIA tu dari diaorang. Serius!

Dan, budak yang terkojol ni ajelah yang pi sambung belajar. Aku tumpang gembira dengan mereka. Ada keinginan untuk majukan diri. Tak nak buang masa dengan sijil SPM yang mungkin bila-bila masa aje akan dihapuskan, tak laku kalau nak dibanding dengan Diploma dan Ijazah.

Okay, yang paling sedih sebenarnya.. Kenapa aku seorang aje terdampar kat KL? Haih. Kawan aku yang paling dekat pun, dapat kat Bandar Penawar, Kota Tinggi. Tak menjengah keluar Johor langsung! Jeles mak!

Last but not least, all the best for your future and good luck!

Sekian~

28 May 2015

Perpisahan



Setiap manusia
Tak kira jantina
Lelaki atau wanita
Miskin atau kaya
Satu atau dua
Pasti akan merasa
Makna perpisahan.

Dicelah-celah dunia
Disudut-sudut bahagia
Pasti akan hadir sesuatu yang bernama
Perpisahan.

Saatnya perpisahan itu muncul tiba
Hanya air mata yang menemani
Senyuman kelat pasti mengiringi
Masa pula seakan lambat berlari.

Perpisahan pasti akan datang
Tidak kira kita sedia ataupun tidak
Datangnya tanpa dipinta
Membawa sekeping hati yang bahagia.

Berkunjungnya perpisahan
Kadangkala jadikan kita lemah tak berdaya
Kadangkala jadikan kita kuat terus bersemangat.

Tapi sedarlah
Perpisahan itu
Mengajar kita
Sesuatu yang datang
Pasti akan pergi.


By,

Miss Oren
(10.20 pm | 28-Mei-15)

1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88

Assalamualaikum,

Aku bosan dan tak tahu nak tulis apa, jadi aku pun gatal nak join segmen ni.. Sementara mata memerhati apa yang ditaip si tangan kesayangan, maka terhasillah entri ini.



*klik banner untuk join.

# Blogger dari Malaysia saje yang boleh sertai. ..Yang luaq negara tu, mohon pergi jauh-jauh!

# Tarikh tutup penyertaan adalah 27 June 2015 jam 11.59 pm.

# Hadiah yang ditawarkan akan diberitahu pada 28 June 2015, dan hanya 5 yang bertuah akan terpilih.

# Jadi, jom join!

Sekian~

25 May 2015

Count Down

Assalamualaikum,
Count down apa?

Count down yang sangat menyedihkan. Ehh jap! Count down dalam melayu apa eh? Aha, Mr. Google Translate can help!

Aku sekarang ni tengah mengira detik-detik perpisahan aku dengan famili. Huarghhh.. Nak menangis. Serius.



Sebelum ni, aku tak pernah berpisah dengan famili. Aku bukan pelajar sekolah asrama yang kena tinggal di asrama. Aku hanya seorang pelajar sekolah harian biasa aje. Sepanjang lapan belas tahun yang masih belum cukup 18 ni, aku tak pernah duduk jauh dengan famili. Setakat pergi kem dua hari tiga malam tu, bolehlah.

So boleh imagine kan macam mana kehidupan aku? Masih duduk di bawah celah ketiak Mama and Ayah. Hmm..

Alkisahnya, aku nak pergi sambung belajar bulan 6 ni. Satu hari saja aku sempat berpuasa kat sini sebelum tiga tahun yang akan datang aku akan berpuasa di sana. Huarghhh! Nak menangis lagi.

Serius, masa isi permohonan sambung belajar tu, semangat punyalah berkobar-kobar. Sampai tak tidur malam duk pikir pasal permohonan tu. Langsung tak fikir macam mana hidup aku tanpa keluarga nanti. Langsung tak fikir yang aku akan tinggalkan keluarga.

Gulp!

Bila dah lengkapkan semua dokumen, dah mula nak beli barang, masa tu lah baru rasa kehilangan dan perpisahan tu tiba-tiba muncul. Masa tu lah nak menangis. Huhuu..

Aku bukan tak suka, cuma rasa berat hati nak tinggalkan keluarga. Tiga tahun kot! Dah lah jauh. Err err, KL tu jauh ke? Hahaa

Tapi ada kebaikannya juga, duduk belajar jauh-jauh ni sebenarnya nak ajar kita berdikari. Jangan bergantung harap sangat dengan keluarga. Nak dedahkan kita dengan dunia luar yang penuh pancaroba. Perghh ayat!

So, Miss Oren, selamat mengira detik-detik perpisahan! And good luck for your future.