Assalamualaikum,
Sekarang ni, semua batch 97 tengah duk kalut nak buat persiapan untuk sambung belajar. Tak kisahlah dapat ipta ataupun ipts. Janji minat dan keinginan kau nak belajar tu hado. Dan samalah juga macam aku. Tengah buat persiapan juga. Persiapan air mata nak menangis karang.. hohoo
Adalah dalam, hari Khamis lepas tak silaplah. Aku ada WhatsApp ex-classmate aku tanya diaorang dapat belajar kat mana. Alhamdulillah, ada yang bagi feedback dan ada juga yang tak bagi langsung. Tahu seen aje. Sakit hati mak!
Yang buat aku rasa sodeh kat sini sebenarnya,
Tak dinafikan, dalam setiap kelas pasti ada sebahagian yang pandai, kurang pandai, dan tak pandai.
Aku? Okaylah, bukan nak membangga diri atau apa, aku ni adalah juga tergolong dalam best student dalam kelas. Dalam kelas okeh! Hahaakk! Tapi tapi.. Aku tak suka bergaul dengan budak yang best student gak. Aku mesti berkwan dgan budak yang lower ni. Lower yang ada keinginan untuk berjaya. Selalunya kalau ada grup presentation, memang cikgu selalu letak aku kat situ pun. huhuu
Sebab, budak pepandai ni semua berlagak giler babeng!
Okay, sambung balik part yang buat aku sodeh tadi tu..
Sedih sebab, bila aku WhatsApp mereka-mereka semua, ada yang tak nak sambung belajar! Sebab diaorang dah kerja, dah merasa pegang duit bebanyak, sebab tu tak mau sambung belajar.
Dan kebanyakkannya, budak pandai-pandai tu.
Katanya mereka,
1) Aku dah tak ada minat nak belajarlah.
2) Aku malas dowh nak belajar. Kerja lagi elok kot.
3) Mak aku tinggal seorang kat sinilah, aku kesian.
4) Aku tak nak berhutang dgan ptptn!
and so on..
Sedih kan? Ayat budakk pandai tu..
Serius, bila diaorang balas macam tu, aku rasa.. Entahlah. Tak tahu nak rasa apa. Rasa kesian pun ada. Ada yang dapat kat UIA, tapi tak nak pergi. Serius rasa sedih.
Aku yang tak dapat upu and poli ni, dapat masuk ipts je, rasa nak menangis tengok diaorang tu. Kalaulah tawaran tu boleh sesenang bagi kat orang lain, mesti aku dah minta tawaran pi UIA tu dari diaorang. Serius!
Dan, budak yang terkojol ni ajelah yang pi sambung belajar. Aku tumpang gembira dengan mereka. Ada keinginan untuk majukan diri. Tak nak buang masa dengan sijil SPM yang mungkin bila-bila masa aje akan dihapuskan, tak laku kalau nak dibanding dengan Diploma dan Ijazah.
Okay, yang paling sedih sebenarnya.. Kenapa aku seorang aje terdampar kat KL? Haih. Kawan aku yang paling dekat pun, dapat kat Bandar Penawar, Kota Tinggi. Tak menjengah keluar Johor langsung! Jeles mak!
Last but not least, all the best for your future and good luck!
Sekian~
No comments:
Post a Comment
Everyone growing up by making a mistake.