Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

10 July 2015

Phone Bootloop

Assalamualaikum,

Mood yang sangat tak brapa baik sekarang ni. Haish,

Yeah, phone bootloop. Dah banyak kali senanye phone aku jadi macam tu. Dia akan stuck kat logo je. Contoh,



hah macam tu lah..

Sangat fed-up okeh!

Dan setiap kali itulah kena hantar kat kedai. Saat tu baru aku rasa betapa bernilainya duit aku. Sayang weh.. Mama-Ayah kasi buat belanja seharian tapi habis kat telefon tu. Macam nak sepak aje dari tingkat empat asrama aku ni. Ehlaa

Mengikut apa yang diceritakan Encik Google, katanya sebab terjadinya bootloop ni adalah kerana aku install aplication yang tak sesuai dengan phone. Lebih kurang macam tu lah ayat dia, aku pun tak ingat stricly sangat.

Tapi sampai sekarang aku tak tahu aplikasi yang mana yang tak sesuai dengan phone. Aku bukannya download benda-benda yang pelik pun. Just download PhotoGrid, Instagram, mini Quran and Food Panda je wehh.. WhatsApp dengan Wechat memang dah ada dalam phone. Lepastu, games memang aku tak download.

Sebab tu aku langsung tak faham, aplikasi apa yang tak sesuai.

Haih..

Dugaan bulan Ramadhan, mungkin. Agaknyalah..

Nak kasitahu Mama, konon-konon mintak ihsan suruh masukkan duit dalam bank, memang aku rasa adalah keputusan yang tak bagus. Sebab apa, sebab sekarang ni, Mama dengan Ayah dah habis beribu-riban ringgit Malaysia untuk pendaftaran aku kat sini. Dengan study abang aku lagi. Sangat perlukan banyak duit. Tambah-tambah nak raya ni. Lagilah aku rasa kasihan pada mereka.

Ohh, memang aku tak raya dengan telefonlah nampaknya. But its okay, public phone berlambak i guess even banyak yang dah rosak.

Heh.

So, ada sesiapa ke yang nak donate phone dia bagi aku? SS10 pun aku terima. Hahakkks~

Bye~

No comments:

Post a Comment

Everyone growing up by making a mistake.