Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

24 July 2015

Musibah di Hari Raya :'(

Assalamualaikum hai,

Seronok raya? Duit raya dapat banyak tak? Baju raya cantik? Anak tuan rumah yang kau beraya tu handsome tak? (eh?)

Hahaa..

Alhamdulillahlah kalau segala pertanyaan aku diatas kome semua jawab dengan hati yang senang. hehee

Raya tahun ni bagi aku antara raya yang paling tak seronok. Sangat tak seronok sebenarnya.

Kenapa?

Sebab raya ni, banyak betul musibah yang menimpa keluarga aku. Guess what, for the first time in forever, duit raya aku untuk raya pertama dapat seringgit aje weh. Sedih. Raya pertama raya-raya yang sebelumnya, duit raya pasti menjangkau puluhan ringgit.

Tak. Bukan sebab usia aku dah menjangkau lapan belas tahun atau orang cakap dah besar. Bukan sama sekali. Sebab selalunya, kalau beraya dengan kawan-kawan Mama atau Ayah, pasti mereka akan kasi juga duit raya walaupun hanya satu ringgit Malaysia without GST!

Hehee..

Dan raya tahun nilah buat kali pertamanya, musibah sebegini besar menimpa keluarga aku. Sampai kami semua tak boleh beraya dengan bersungguhnya di pagi raya. Sedih? Sangat sedih.

Tapi apa boleh buat, mungkin Allah turunkan musibah seperti itu kerana Dia nak gantikan musibah yang lagi besar yang Dia dah tetapkan sebelumnya. Kan?


Tapi apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Maafkan segala salah silap aku dari hujung tudung sampai hujung selipar, samada yang langsung atau yang tidak langsung. :|

No comments:

Post a Comment

Everyone growing up by making a mistake.