Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

2 February 2016

Demam Campak

Assalamualaikum annyeong.



Lol, lama gilos tak buka blog. Sempatlah aku nampak beberapa sarang lebah bersarang dalam ni. K.

Beberapa minggu lepas, ada roommate aku dah mula puasa ganti. Bila aku tanya kenapa puasa ganti awal sangat? Baru bulan Januari. Dan jawapan dia,

"Aku kena puasa ganti 20 hari dowh."

"Pehal pula?"

"Sebab masa puasa tu aku kena demam campak."

And I was like, heh. Pehal lambat sangat dia kena demam campak? Dah besau-besau macam ni baru nak kena? Bulan puasa pulak tuh.

Dan setahu aku, setiap manusia akan kena demam campak sekali dalam hidup. Mana yang kena dua kali tu, mesti masa kali pertama kena, demam campak tu keluar tak habis. Dan penawarnya, minum air kelapa. Atau tak pun, sapu kulit pisang dekat kulit.

Tapi itu cerita roommate aku lah. Kena masa puasa. Padan muka dah kena ganti puasa. *gelak jahat* Dua puluh hari pulak tu.

Cerita aku pula kena demam campak, masa aku tadika, tahun 2003. Tak silap akulah, aku kena tahun 2003. Lost sudah. Lost ke loss? Lantaklah.

Dan paling sedih, aku kena bebetul masa raya pertama. K boleh gelak.

Serius lah. Bebetul masuk raya pertama, dah nampak bintik-bintik dekat badan. Dan Mama aku sahkan yang tu demam campak. Dan di saat Ayah, Abang dengan adik aku balik beraya dekat Kedah, kampung Ayah, aku kena duduk dengan Mama dekat Perak, kampung Mama aku.

Sedih dowh. Raya pertama dah tak beraya bersama. Heh, Semua pasal aku.

Tapi part paling best, bila orang kampung datang rumah nak beraya, lepastu nampak aku berbintik-bintik ni, orang kasi duit raya banyak sikit. Huhuhuu, tu je kot kelebihan dia.

Tapi aku tak suka kalau Mama suruh minum air kelapa atau masa Mama nak sapukan kulit pisang dekat aku. Jujur, aku tak suka air kelapa.

So gais, ada pengalaman demam campak ke?

2 comments:

  1. sy kena demam campak masa tingkatan 2, doktor bagi cuti 2 minggu, best~ tapi, lepas dah pergi sekolah tu, satu mende pun tak paham apa yang cikgu ajar T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa.. bertabahlah. 2 minggu tu, mesti banyak benda tertinggal en.. huhuhuu

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...