Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

13 February 2016

Sebab Dah Lama Tak Bawa Kereta Manual

Assalamualaikum annyeong.

Sumber Encik Google


Fuh tajuk.

Masa belajar memandu tahun lepas, aku bawa manual. Katanya Mama, senang kalau ambil manual. Boleh bawa auto dan boleh bawa manual. Sebab dekat rumah pun, ada kedua-dua kereta yang guna auto dan manual.

Tapi lepas je aku dapat lesen P, terus kereta manual dekat rumah aku tak pandang pun. Eksen giler aku. Kalau nak bawa, memang auto je lah jadi peneman. Bila Mama tanya kenapa tak bawa manual, alasan aku, alasan paling dominan lah yang selalu aku guna pun kalau orang lain tanya juga; Takut kereta mati tengah jalan.

Yeah, pengguna baru mesti majoriti yang tak suka manual en? Huhuhuu

Dan disebalik kegembiraan aku menjelajah Pantai Timur, terselit sebuah sengsara. Okay, nanti aku cerita pasal kesengsaraan tu.

Dan tadi, buat kali pertamanya selepas hampir setahun setelah memegang lesen P, aku memandu kereta manual.

Harini Sabtu, Ayah kerja, Mama pergi Masjid Senai sebab ada sedara nak menikah, Abang pula hantar kereta auto pergi bengkel sebab kereta tu ada rosak sikit. Dan tinggallah aku dengan kereta manual dekat rumah. Adik aku yang first ada latihan silat, yang lagi sorang pula ada Qiraati (mengaji).

Dan Mama arahkan aku ambil kedua adik aku tu dengan kereta manual. Fuh!

Banyak kalilah juga aku doa biar kereta tak mati tetengah jalan. Nak kena ingat step lagi nak drive sebab dah lama gilos tak drive manual. Tapi alhamdulillah, selamat juga sampai tempat adik aku.

Dan nak buat aku tergelak dengan diri sendiri, bila dah sampai sekolah adik aku, baru aku sedar yang gear 2 dekat bawah bukan dekat atas. Patutlah tersengguk-sengguk je kereta setiap kali aku nak masuk gear 2.

Tak sedar yang tu gear 3. Heh,

Dan aku sempat melepaskan nafas lega bila dah masuk simpang nak masuk rumah. Dalam hati cakap, kau nak mati dekat sini, matilah. Tak banyak sangat kereta. Dah nak dekat dengan rumah pun..

And guess what, bebetul dia mati masa nak masuk parking. Gila!

Heh, kena praktikkan lagi bawa manual selalu aku ni. 

3 comments:

  1. fifie dah lupa acanner nak drive keter manual! sadiss x.. T_T syik bawak kete auto smpai lupa kete manual... seyes sadis.. hueh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa kan.. selalu bawa auto sampai lupa manual. huhuhuu

      Delete
  2. Aku dulu failed sikit bawak kereta manual. Rasa takut mati tengah jalan n org hon tu biasa la, Baru2 lagi kan...tapi bila dah terpaksa jugak pakai kete manual, lama2 jadi ok dan boleh jadi best sebab boleh main tukar2 gear.

    Btw, aku test jpj failed kot kali pertama, n aku rasa aku pandai bwk manual ni byk mak aku yg ajar dulu. Masa latihan memandu tu x masuk sgt apa yg instructor tu ajar. Hahahaha...

    Skrg mak aku pulak yg x reti bawak manual sbb lama sgt x bawak. Padahal dia yg ajar aku dulu. Pelik kan? Haha..

    ReplyDelete

Everyone growing up by making a mistake.