Assalamualaikum annyeong.
Sempena dengan cuti perayaan Tahun Baru Cina yang baru je lepas beberapa hari yang lalu, dan juga waktu cuti sekolah selama seminggu ni, mesti ada yang pergi bercuti kan? Tapi lagi banyak duduk rumah makan tidur je kot aku rasa. Sebab selalunya aku macam itulah. Huhuu,
Selalunya, setiap CNY mesti aku akan balik kampung. Selalunya macam tu lah. Tapi kali ni, aku tak jejak kampung, tapi sebaliknya, aku jejak negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia. Boleh dikatakan selalulah juga aku pergi Pahang. Dan antara tiga negeri di Pantai Timur tu, Pahang je lah yang aku jejak.
Kalini, tiga-tiga negeri di Pantai Timur aku jejak.
Jejak pun sebab ada Abang Saudara aku kahwin dengan orang Kelantan. Jadi, memang ke Kelantanlah CNY kitaorang kali ni. Sebab dah alang-alang sampai Kelantan, apa salahnya menapak sehari dua di Terengganu dengan Pahang kan.
Jadi, dalam tujuh haribulan, minggu lepas, kitaorang gerak ke Kelantan dalam pukul 1.30 pagi. Tambah tolak darab bahagi, adalah dalam lapan buah kereta ke Kelantan. Dah macam keretapi bila atas jalan. Dan sepanjang perjalanan dari JB aku yang drive.
Konon nak rasa macam mana Ayah selalu drive dari JB ke Kedah yang makan masa lapan jam seorang diri. Sebab Mama kalau waktu malam memang takkan drive sebab rabun. Jadi memang Ayah sorang jelah yang drive.
Tapi aku tak boleh juga nak rasa apa yang Ayah rasa. Memandu sorang-sorang. Tak ada driver ganti. - Mula pukul 1.30 pg, pukul 9 lebih macam tu aku dah mengantuk tahap gaban. Serius lah, mengantuk gila. Terkebil-kebil biji mata pandang jalan raya. Lepastu, tukar dengan Mama pula. Mama drive sampai Kelantan.
Esok paginya, Abang sedara aku dah selamat nikah dengan isteri dia. Jauh gila dia cari isteri. Sampai Kelantan kau. Heh,
Petang tu, kitaorang jalan-jalan Kelantan. Yelah, tak pernah sampai sana en. Sekali dah sampai, apa salahnya kalau jelajah terus. Sekurangnya, kalau orang tanya, kita dah pernah pergi. Kan?
Petang tu, berbekalkan waze kitaorang ke Pantai Cahaya Bulan. Jauhlah juga dari homestay yang kitaorang duduk tu. Hampir satu jam lebih baru sampai PCB. Itupun dah Maghrib baru sampai. Lepas tu, kitaorang pergi Wakaf Che Yeh. Sebab jalan yang teramat jammed, jadi kitaorang tak turun singgah pun. Just jalan tengok-tengok naik kereta je. Lagipun masa tu tengah hujan. Huhuhuu
Sampai rumah dah pukul 1 pagi. Homestay kitaorang ada dua bilik. Tapi ada satu bilik tu, besar gila. Besar macam ruang tamu, lebih kurang lah. Dan mana yang anak dara, mak dara dengan budak-budak semua tidur dalam bilik tu. Yang lain, tidur dalam bilik lagi satu. Ada yang tidur dekat ruang tamu dan, ada juga yang tidur dekat ruang tamu belakang. Memang packed gila satu rumah dengan manusia yang memenuhi lapan buah kereta tu.
Dan oh, bilik yang besar gila bapa tuh, ada lebih kurang dua puluh plug. Dan keadaan tu, sangat menggembirakan kitaorang sebab tak payah berebut-rebut memasing nak charge phone. Sangatlah heaven weyh. Homestay tu dekat Tanah Merah. Bebetul sebelah Kolej Vokasional Tanah Merah.
Esoknya, kitaorang pergi Rantau Panjang. Shopping gila sakan. Barang pun murah. Tak adalah mahal macam dekat JB. Huhuhuu, dan kitaorang sempat makan aiskrim kelapa dekat sana. K,
Lepastu kitaorang balik homestay ambil semua beg dan nak chow dari Kelantan. Then, kitaorang pergi Rantau Abang, Terengganu. Tapi dalam tengah perjalanan tu, terjumpa Pantai Batu Buruk, jadi singgahlah dekat sana dulu. Ambil gambar segala. Dan bergerak ke Rantau Abang.
Sampai dekat Rantau Abang, yeah as you know, laut sekarang ombak dia tersangatlah kuat. Dan peratus untuk kau ditarik ombak dan mati sangat tinggi. Jadi kitaorang berkelah dekat sana makan tembikai. Hukhuk.
Dah malam, bincang nak cari homestay, dan jumpa dekat Gong Badak. Bila ingat homestay yang ni, buat aku bahagia benau tau. Sebab, homestay dia tersangatlah besar. Rumah dua tingkat. Ada aircond. Empat bilik tidur. Dua bilik air. Sangatlah besar, besar, besar dan besar.
Tidur situ satu malam. Esok paginya, disebabkan haritu merupakan hari jadi Ayah aku, jadi aku dengan sedara-sedara yang lain planned nak sambut birthday. Jadi pagi-pagi tu, kitaorang keluar cari kedai kek, dan nasib baik kedai kek tersangatlah dekat dengan homestay kitaorang. Jadi tong-tong sorang sikit duit, dan belilah kek. Kitaorang siap beli lilin yang magic lagi, yang kalau tiup takkan padam melainkan rendam dalam air baru terpadam dengan jayanya.
In The Making |
Dan terkena dengan Ayah, dia tiup sampai nak terkeluar ayaq liur, tak terpadam pun api tuh. Heh, dia fed-up sampai cabut lilin terus padamkan.
Check-out homestay dan jenjalan Terengganu. Kitaorang singgah Taman Tamadun Islam. Singgah semua benda yang ada dekat dalam tuh.
Sempatlah solat Jamak Qasar dekat Masjid Kristal. Lepas dah penat, kitaorang makan tengahari dekat situ. Bukan beli makanan dekat situ, tapi makanan tengahari tu kitaorang siap masak dari homestay.
Dan tetengah makan tu enn, tengah seronok makan sambil bergelak-ketawa, boleh pulak hujan turun. Kalau hujan renyai-renyai tak apalah jugak, ni sekaligus hah kau hujan lebat turun. Kelam-kabut semua masuk makan dalam kereta. Aku punya sambal dah tak macam sambal dah weh. Sambal bercampur dengan air hujan. Rasa lain macam giler.
Tapi sweet apa suasana macam tu. Bila ingat balik nak tergelak.
Lepastu bergerak ke Pahang pulak. Sampai Pahang dah malam. Terus cari tempat nak tidur. Dan kitaorang dapat tempat tidur dekat Swiss-Garden Resort Residences Kuantan

Lagi besau tempat tidur dia. Tapi sebab terlalu ramai sangat orang dalam satu rumah, jadi tempat jadi sempit sikit. Tapi peduli apa, asal boleh tidur. Dengar manusia-manusia sebelah aku tidur berdengkur pun dah rasa bahagia walau dalam hati panas gila. Mengganggu orang tidur dengan lena je tau.
Yeah, best walaupun sempit sebab, tak selalu aku dapat rasa suasana meriah macam tu. Suasana tunggu turn nak mandi. Tunggu turn nak tengok cermin. Suasana nak tunggu turn tengok TV, cas phone. Dan suasana bising yang penuh dengan budak-budak.
Tambah, kitaorang punya rumah tu tingkat bawah. Dan bebetul depan beranda rumah ada kolam renang. So bangun-bangun tak pandang dah bilik air. Terus terjun masuk kolam renang.
Harga pun boleh tahan. Sebab ada salah seorang pak cik aku kerja under kerajaan, jadi dapatlah murah sikit. Murah banyak kot aku rasa.
Sebab kitaorang kena checkout sebelum pukul 12 tengahari, jadi dapat mandi pun tak sampailah empat jam. Siap-siap terus gerak balik JB. Dan dah sampai tengah jalan baru ingat yang kitaorang tak breakfast dekat situ sebab terlupa. Sebab setiap pagi, breakfast dia free. Sangatlah rugi.
Sampai JB terus tangkap lentuk sebab aku drive sepanjang tu. Huhuhuu, macam nak tidur je weh sepanjang hari.
K, tu je nak story. Pengalaman pertama jelajah Pantai Timur kot. Lepasni, entah bila lagi dapat macam ni. Huhuhuu
P/s : Lusa aku dah kena balik KL, huarghhhhhh. Homesick pun bermula kembali.

Wuu, jauhnya perjalanan. tapi, best kan? sedak sengoti aiskrim tu XD
ReplyDeleteerr, apakah maksudnya tuh?? hahaa
DeleteHehheee maksudnya sedap betul aiskrim tu :)
Delete