Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

16 June 2015

Bila Marah

Assalamualaikum,

Aku entahlah.. Aku memang susah nak marah. Serius, susah gila nak nampak aku marah. Jiwa aku sentiasa cool aku rasa. Hahak

Tapi bila aku dah marah, jangan tanya kenapalah kalau telefon aku tetiba pecah. Huhuu. Kawan aku yang pernah nampak aku marah pun dah gerun. Katanya, aku kalau marah memang suara habis meninggi gila. Itu pun dia nampak aku marah masa aku tengah marah adik aku.
 kredit
kredit

Dan aku pun senang sangat nak cepat turun rasa marah. Kiranya, aku cepat marah dan cepat sejuk. Tak tahu macam mana, memang sifat aku macam tu.

Tapi kalau aku memang marah gila khinzir, aku akan diamkan diri. Tapi dalam hati dah caci-maki orang tu. Benda yang aku tak pernah cakap pun akan keluar gak dalam hati masa tuu. Saje buat tambah dosa.

Dan kalau aku marah sesangat, aku akan menangis! Hahaa, kalau aku dah menangis tu memang aku marah sesangat-sangatlah tu. Rasa nak lempar orang pun ada gak.

Pernah sekali, masa tu aku kena marah dengan someone. Gila betul dia punya marah dekat aku. Padahal aku buat salah sikit aje pun. Tak menjejaskan reputasi dia pun, apalagi maruahnya. Tapi dia marah aku, macam aku dah rampas suami dia aje!

Then apa yang aku buat, aku masuk kereta. Aku memandu macam orang gila lajunya. Nasiblah tempat yang aku memandu tu tak banyak sangat kereta lalu-lalang. Dan end up, aku berhenti kat taman, dan aku menangis. Siap menjerit nak merancakkan suasana. Hiks.

Tapi sekejap ajelah, tak sampai lima minit aku dah berhenti menangis dan pergi tengok wayang. Habis rasa marah aku macam tu aje.

See! Kan dah cakap yang aku cepat sejuk dari marah.

Hiks..

Moral story : Jangan ikut apa yang aku buat tu. Lagi-lagi kalau kau baru dapat lesen P. Habis kau boleh dapat merit nanti. Huhuu

kredit

11 June 2015

Inai

Assalamualaikum hai,

Credit


Aku datang dari famili yang suka pakai inai. Bukan inai yang lukis satu tangan sampai tak tahu mana jari telunjuk dengan jari hantu tu. Bukan. Inai biasa yang kat kuku je. Macam semak tau ea pakai inai lukis.

Lagi prefer inai daun. Semula jadi punya inai. Baru aku tak rasa was-was bila nak guna. Hmm hmm..

Tapi dalam famili aku yang gegirls ni, aku seorang aje kot yang fanatik giler dengan inai. Hilang aje inai kat jari, dah pi cari daun inai kat rumah orang. Kalau tak malu, aku terus je pi rumah kawan aku and mintak inai dengan muka selamba aku tu.

Bayangkan, selalunya orang datang rumah kawan nak beramah-mesra, nak gosip, tapi aku datang rumah orang nak mintak inai. Buat muka tak ada perasaan lagi satu hal. Pernah sekali aku nampak, muka kawan aku macam nak tampar aku bila aku mintak inai dari dia.

Nasib kaulah dapat kawan macam aku ni~~

Aku suka pakai inai sebab aku rasa jari aku akan nampak, cantik? Ha, mungkin betul. Sebab kalau tak pakai inai, aku rasa kosong giler jari aku ni tanpa sebarang aksesori. Sudahlah aku jenis yang tak suka pakai cincin. Lagilah kosong.

Eh, tu aje nak story.

P/s : Eh, aku dengar inai lukis tu tak boleh pakai. Sebab nanti jati tatoo. Betul ke?

Couple Satu Kelas

Assalamualaikum,

Sekadar Gambar Hiasan
Hui hui..

Tak kisahlah samada couple satu kelas, satu pejabat, satu company atau sewaktu dengannya. Jangan kau fikir pi couple dengan satu kelas sudah ler~~ Pang nak pang?

Okay, ni nak cerita. Idea entry ni datang masa tengah syok menghayati lagu Maher Zain tadi. Entah apa kaitannya pun aku tak tahu. Hahakks

Jadi, teringatlah masa zaman-zaman aku form 4 & 5.. Form  4 & 5 kan kelas aku sama aje. Tak bertukar sebabnya sama aliran. Dan kalau ada yang naik atau turun kelas pun, kelas aku takkan masuk dalam list. Sebab kelas aku memang satu aliran aje yang takkan ada kat memana kelas. Faham sendirik lah. Malas nak terang. -_-

Diteruskan cerita. . .

Masa form 4 ada satu and masa form 5 pun ada juga kelas aku couple. Couple satu kelas,

Masa form 4.. Aku memang tak tahu menahu langsung pasal diorang ni tengah hangat bercinta. Serius. Setiap hari aku duk tengok muka diaorang, tapi aku langsung tak sedar, tak perasan yang mereka bercinta. Yang peliknya, hanya aku seorang aje tau yang tak tahu. Aku seorang. Diulangi, seorang!

Aku dapat tahu diaorang couple pun sebulan selepas diaorang clash! Ulang, sebulan selepas, okay! Macam dungu siakk..

Then, form 5. Yang ni memang satu kelas tak tahu yang diorang couple. Dapat tahu pun selepas lima bulan diaorang declare. Punyalah pandai mereka sembunyikan hubungan mereka berdua.

Dan Alhamdulillah, kedua-dua pasangan tu dah clash. Eh! Aku tak tahu senanya untuk apa Alhamdulillah tu. Mungkin sebab diaorang dah ingat dosa, itu yang mereka break kan? Hiks


So, korang pernah couple satu kelas????

5 June 2015

Segmen "ALL ABOUT THE SONGS" by BAJUWARNACOKLAT

Assalamualaikum,

Dah lama senanye aku perapkan(perap or peram senanye?) entry ni dalam draft, dan baru perasan senanye hari ni. Haih. Jadi, sebab aku macam memang tengah dalam mood pemalas ni, aku publish terus.





*klik banner untuk join.

1. Lagu yang membuatkan uollss teringat masa zaman-zaman sekolah duluuu. Yang ada memori bila mana uollss dengar jee mesti ada teringat kawan-kawan masa sekolah tu dan semua benda nakal benda baik yang uollss buat masa tu. Kalau uollss tengah sekolah skrg ni, apa lagu yang paling uollss akan kenang bila dah tamat persekolahan nanti?

Lagu, Tetap Menanti Mu – Nomad.Hahaa.. Aku selalu tergelak bila dengar lagu ni. Ingat zaman sekolah tahun lepas. Huhuu.. Lagu ni aku pernah nyanyi dengan classmate aku masa minggu Ko-Akademik. Satu kelas nyanyi ramai-ramai kat pentas untuk pertandingan tu. Kitorang memang tak sedia untuk pertandingan tu senanye, tapi menggedik pi tulis kelas kitorang nak joined pertandingan tu. Guess what, lagi dua jam pertandingan tu start baru kitorang bertungkus-lumuslah sangat nak prepared semua benda. Tapi yang buat kitorang tergamam jap is, kitorang dapat nombor dua untuk pertandingan tu. Serius macam tak percaya. Sebab kitorang rasa kitorang punya nyanyianlah yang paling teruks sekali. Tempat kedua weh,, Spechless!

2. Lagu yang bila uollss dengar mesti teringat masa patah hati duluuu. Dan betapa suweyyynyaa pada ketika itu. Kalau tak pernah patah hati, sakit hati. Hahaaa. Pernah tak? Mana tahu kecewa sbb Mak taknak belikan jajan ke.

Lagu, Patah Seribu by Shila Amzah.Aku tak pernah patah hati mahupun sakit hati. Tapi ada kecewa sebab my Mom and Dad tak nak belikan patung Spongebob! Bhahaa.. Elok elok duk teriaq dalam kereta, tetiba keluar lagu ni. Sangat sesuai dengan keadaan. Heh!

3. Lagu yang boleh buat uollss bangkit dan move on!

Lagu, Ya Sudahlah – Bondan feat 2 Black.Aku sebenarnya tak pernah tahupun kewujudan lagu ni. Tapi one of my friend ada terbagi lagu ni bebetul masa aku tengah kuciwa sebab result exam sastera aku jatuh giler. And entah pasai pa, lagu tu buat aku sedar yang tak semua yang kita nak kita akan dapat. Dan habis aje lagu tu, aku rasa semangat giler nak belajar lagi and yeahhh, SPM Sastera aku A+! ~Ketika mimpi mu, tak begitu indah, ya sudahlah!Saat kau berlari, mengejar anganmu, dan tak pernah sampai, ya sudahlah!~

4. Lagu yang buat uollss teringat kat mak/ayah kalau dengar ni. Boleh meleleh-leleh air mata lagi-lagi kalau duduk asramaa tu.

Banyak senanya tapi lagu yang paling mantap lagu, Buatmu Ibu – Aeman.Akan berteriaq dan meleleh-leleh ayaq mata bila dengar lagu ni. Sodeh~

5. Lagu yang mengisahkan pasal kehidupan uollss sekarang, apa yg uollss rasa dan alami.

Lagu, Leaving On The Jet Plain – John Denver. Lagu yang sangat sesuai dengan keadaan aku sekarang. Sedih nak tinggalkan rumah nak pi sambung belajar. Huarghhhh! Even aku pegi sana tak naik kapal terbang! Eheh!

6. Lagu yang uollss nak sangat nyanyi kat someone. Macam laki sendiri ke, kawan baik ke or sesapa lah. Crush pon bisaa dong. Hahahh

Lagu, Bengang – Akim!Hahaaa.. Aku nak sangat nyanyi lagu ni kat hangpa semua yang aku sayang.
 ~Aku bosan dengan cintamu, aku rasa buang masa.. lalalalaaa~

7. Lagu yang kau nak nyanyi kat aku. Hehewww. Ada tak? Mohon ada lah mana tahu ada sesapa nak nyanyikan lagu What Makes You Beautiful by One D ke kat gue. Nombor tujuh ni kalau takde takpe. Nak jawab lagi bagusss. Hehe. Jangan nyanyi lagu Lelaki by Yuna dahlah. Gue bukan lelaki tak gunaaaa.


Nah! Aku sedekahkan lagu ni kat kau.. Mohon terharu~~

Psst : Kenapa tak ada soalan pasal lagu yang buatkan kau rasa berbunga je hati bila dengar? Eheh!

1 June 2015

Dengar Lagu

Hai gaisss, Assalamualaikum,

Pernah tengok keadaan yang macam ni,?

Credit

Mesti pernah, bukan? Atau kauorang yang buat? Hahaa.. Eh kalau macam tu, sama lorh dengan aku.

Selalu aku buat. Nak buat omwork (cerita tahun lepas), layan laptop, tengok tv, tidur and etc.

And selalu juga aku kena baling dengan surat khabar, dengan pen, buku, majalah, ada yang sampai aku kena cuit sampai TERmelatah, kena maki pun ada gak, bila orang panggil saat-saat aku buat macam tu, tapi aku tak dengar.

Mana tak nye, dah kalau buka volume super high, mana nak dengar. Iya dakk?