Aku entahlah.. Aku memang susah nak marah. Serius, susah gila nak nampak aku marah. Jiwa aku sentiasa cool aku rasa. Hahak
Tapi bila aku dah marah, jangan tanya kenapalah kalau telefon aku tetiba pecah. Huhuu. Kawan aku yang pernah nampak aku marah pun dah gerun. Katanya, aku kalau marah memang suara habis meninggi gila. Itu pun dia nampak aku marah masa aku tengah marah adik aku.
kredit |
Dan aku pun senang sangat nak cepat turun rasa marah. Kiranya, aku cepat marah dan cepat sejuk. Tak tahu macam mana, memang sifat aku macam tu.
Tapi kalau aku memang marah gila khinzir, aku akan diamkan diri. Tapi dalam hati dah caci-maki orang tu. Benda yang aku tak pernah cakap pun akan keluar gak dalam hati masa tuu. Saje buat tambah dosa.
Dan kalau aku marah sesangat, aku akan menangis! Hahaa, kalau aku dah menangis tu memang aku marah sesangat-sangatlah tu. Rasa nak lempar orang pun ada gak.
Pernah sekali, masa tu aku kena marah dengan someone. Gila betul dia punya marah dekat aku. Padahal aku buat salah sikit aje pun. Tak menjejaskan reputasi dia pun, apalagi maruahnya. Tapi dia marah aku, macam aku dah rampas suami dia aje!
Then apa yang aku buat, aku masuk kereta. Aku memandu macam orang gila lajunya. Nasiblah tempat yang aku memandu tu tak banyak sangat kereta lalu-lalang. Dan end up, aku berhenti kat taman, dan aku menangis. Siap menjerit nak merancakkan suasana. Hiks.
Tapi sekejap ajelah, tak sampai lima minit aku dah berhenti menangis dan pergi tengok wayang. Habis rasa marah aku macam tu aje.
See! Kan dah cakap yang aku cepat sejuk dari marah.
Hiks..
Moral story : Jangan ikut apa yang aku buat tu. Lagi-lagi kalau kau baru dapat lesen P. Habis kau boleh dapat merit nanti. Huhuu
kredit |
takmo marah ye, cheer ! ;)
ReplyDeletep/s : Jemput join segmen bloglist Julai-Ogos CN ye di sini : http://www.cekgunorazimah.com/2015/06/Segmen-Bloglist-Julai-Ogos-2015.html