Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

5 June 2015

Segmen "ALL ABOUT THE SONGS" by BAJUWARNACOKLAT

Assalamualaikum,

Dah lama senanye aku perapkan(perap or peram senanye?) entry ni dalam draft, dan baru perasan senanye hari ni. Haih. Jadi, sebab aku macam memang tengah dalam mood pemalas ni, aku publish terus.





*klik banner untuk join.

1. Lagu yang membuatkan uollss teringat masa zaman-zaman sekolah duluuu. Yang ada memori bila mana uollss dengar jee mesti ada teringat kawan-kawan masa sekolah tu dan semua benda nakal benda baik yang uollss buat masa tu. Kalau uollss tengah sekolah skrg ni, apa lagu yang paling uollss akan kenang bila dah tamat persekolahan nanti?

Lagu, Tetap Menanti Mu – Nomad.Hahaa.. Aku selalu tergelak bila dengar lagu ni. Ingat zaman sekolah tahun lepas. Huhuu.. Lagu ni aku pernah nyanyi dengan classmate aku masa minggu Ko-Akademik. Satu kelas nyanyi ramai-ramai kat pentas untuk pertandingan tu. Kitorang memang tak sedia untuk pertandingan tu senanye, tapi menggedik pi tulis kelas kitorang nak joined pertandingan tu. Guess what, lagi dua jam pertandingan tu start baru kitorang bertungkus-lumuslah sangat nak prepared semua benda. Tapi yang buat kitorang tergamam jap is, kitorang dapat nombor dua untuk pertandingan tu. Serius macam tak percaya. Sebab kitorang rasa kitorang punya nyanyianlah yang paling teruks sekali. Tempat kedua weh,, Spechless!

2. Lagu yang bila uollss dengar mesti teringat masa patah hati duluuu. Dan betapa suweyyynyaa pada ketika itu. Kalau tak pernah patah hati, sakit hati. Hahaaa. Pernah tak? Mana tahu kecewa sbb Mak taknak belikan jajan ke.

Lagu, Patah Seribu by Shila Amzah.Aku tak pernah patah hati mahupun sakit hati. Tapi ada kecewa sebab my Mom and Dad tak nak belikan patung Spongebob! Bhahaa.. Elok elok duk teriaq dalam kereta, tetiba keluar lagu ni. Sangat sesuai dengan keadaan. Heh!

3. Lagu yang boleh buat uollss bangkit dan move on!

Lagu, Ya Sudahlah – Bondan feat 2 Black.Aku sebenarnya tak pernah tahupun kewujudan lagu ni. Tapi one of my friend ada terbagi lagu ni bebetul masa aku tengah kuciwa sebab result exam sastera aku jatuh giler. And entah pasai pa, lagu tu buat aku sedar yang tak semua yang kita nak kita akan dapat. Dan habis aje lagu tu, aku rasa semangat giler nak belajar lagi and yeahhh, SPM Sastera aku A+! ~Ketika mimpi mu, tak begitu indah, ya sudahlah!Saat kau berlari, mengejar anganmu, dan tak pernah sampai, ya sudahlah!~

4. Lagu yang buat uollss teringat kat mak/ayah kalau dengar ni. Boleh meleleh-leleh air mata lagi-lagi kalau duduk asramaa tu.

Banyak senanya tapi lagu yang paling mantap lagu, Buatmu Ibu – Aeman.Akan berteriaq dan meleleh-leleh ayaq mata bila dengar lagu ni. Sodeh~

5. Lagu yang mengisahkan pasal kehidupan uollss sekarang, apa yg uollss rasa dan alami.

Lagu, Leaving On The Jet Plain – John Denver. Lagu yang sangat sesuai dengan keadaan aku sekarang. Sedih nak tinggalkan rumah nak pi sambung belajar. Huarghhhh! Even aku pegi sana tak naik kapal terbang! Eheh!

6. Lagu yang uollss nak sangat nyanyi kat someone. Macam laki sendiri ke, kawan baik ke or sesapa lah. Crush pon bisaa dong. Hahahh

Lagu, Bengang – Akim!Hahaaa.. Aku nak sangat nyanyi lagu ni kat hangpa semua yang aku sayang.
 ~Aku bosan dengan cintamu, aku rasa buang masa.. lalalalaaa~

7. Lagu yang kau nak nyanyi kat aku. Hehewww. Ada tak? Mohon ada lah mana tahu ada sesapa nak nyanyikan lagu What Makes You Beautiful by One D ke kat gue. Nombor tujuh ni kalau takde takpe. Nak jawab lagi bagusss. Hehe. Jangan nyanyi lagu Lelaki by Yuna dahlah. Gue bukan lelaki tak gunaaaa.


Nah! Aku sedekahkan lagu ni kat kau.. Mohon terharu~~

Psst : Kenapa tak ada soalan pasal lagu yang buatkan kau rasa berbunga je hati bila dengar? Eheh!

8 comments:

  1. Nice answers. Thankyouuu sbb join yaaa!

    ReplyDelete
  2. Singgah jenjalan pagi. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah (: amin aminn

      Delete
  3. dri segmen yg sama... done follow
    http://muslimahsejati96.blogspot.com/2015/06/segmen-all-about-songs-by.html

    ReplyDelete
  4. Ade singgah....sambil menanti masa berbuka
    Best song...

    http://bimbinganbelajar29.blogspot.com/2015/07/segmen-all-about-songs-by.html

    ReplyDelete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...