Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

22 March 2024

Pengalaman Kerja di Site

 Assalamualaikum hai,


Selepas setahun menjadi seorang accountant, kini aku beralih arah/bidang bekerja ke tapak pembinaan sebagai seorang Site Project Executive.

Kenapa tukar kerja? Sukatilah! Sibuk je!

Alhamdulillah, dah 17 bulan aku bekerja di tapak pembinaan. Jadi, jujur aku cakap, ia 50:50; nak kata best tu tak adalah best, nak kata tak best pun tak adalah tak best. hahahaha

Cumanya, sebagai seorang perempuan yang bekerja di site ia sangatlah mencabar. Lagi-lagi bila dikelilingi ramaiiii sangat lelaki. Tambah, di site ni hanya aku seorang saja perempuan dan yang lainnya lelaki. Dekat sini aku jumpa bermacam perangai.

Kalau korang ingat politik di Malaysia dah teruk, politik dalam site lagilah teruk. Sangat. Sampai kau rasa macam, kadang tu tak boleh nak adapt dengan suasana permainan dalam site.

Sebagai main contractor ni memang kena kuat fizikal dan mental, sebab kau akan selalu kena sidai. Hati pun kena kental tau sebab dalam site episode maki-memaki itu seperti makanan seharian. Lagi-lagi kalau kau perempuan. 

Apa yang best di site adalah, kau belajar banyak benda. Kalau masa study dulu kau kena belajar macam-macam teori yang susah, tapi bila masuk site ni benda tu senang aje sebenarnya. Kacang! Di site akan lagi advance lah dari apa yang kau belajar. Nama method atau material-on-site pun sangat lain dengan apa yang kau belajar. Bahasa mudahnya, kau lagi senang belajar dari duduk dalam kelas.

Dan yang paling bestnya bila di site ni, kau tiada clockout and clock in. Macam aku waktu bekerja 8-4.30pm, tapi 9am baru sampai site, balik pulak jam 4pm. Nampak macam best kan? Tapi, tak pun.

Orang sekitar selalu cakap pekerjaan aku best, sebab tengok life status yang aku update di media sosial. Tapi yala, kita ni selalunya akan tunjuk benda yang best je buat tatapan orang. Benda tak best, kita simpan kemas-kemas. Mereka cakap, "bestnya kau masuk kerja lambat sikit pun tak apa. Bestnya kau boleh balik awal. Bestnya kau boleh lari kejap kalau ada urgent di rumah."

Best memang best, macam aku cakap tadi, aku hanya tunjuk apa yang best saja. Episod kena marah, kena maki depan subcon takkan lah aku nak tunjuk kat orang, bukan. Episod kena balik lambat tengah-tengah malam dan esoknya kena ada di site sharp 8am, takkan nak beritahu orang jugak kan?

Dan episode kena berpanas buat inspection berjam-jam sambil berpuasa pun takda aku nak beritahu orang. Malas. Jadi, kita tunjuk apa yang best sajala. Umpama jika mereka nak tahu apa yang tak seronoknya menjadi orang site ni, kena apply kerja tu dulu.

Tengok je sebagai main con ni asyik tengok subcon buat kerja ja. Tapi, sebenarnya fikiran kami dah sepuluh batu ke hadapan. Nak kena plan baik-baik. Planned management sangat penting!

Masa jadi accountant, aku rasa macam best pulak bila tengah waktu kerja kena ke tempat lain, kena keluar ofis lah. Dalam fikiran mesti bestnya dapat berjalan keluar. Tapi, bila dah di site ni bila kau dibolehkan untuk keluar, masa awal-awal dulu rasa best betul. Tapi, bila dah lama-lama, dia punya malas tuu. Allahu.. sekarang ni kan nak pergi kedai depan pun aku dah malas walaupun naik kereta. Rasa macam duduk dalam site lagi best, walaupun panas dia masyaAllah.

Cuma yang tak bestnya, kulit cepat gelap dan tiada overtime hour. Kalau balik lepas jam 4.30pm tu memang redha ajela takda OT.

Sesiapa yang nak gaji banyak tapi takut gelap, sayang kulit, tak payah nak kerja site yaa.

Tapi, dari sudut lain. Alhamdulillah, aku sebagai orang yang baru masuk dalam site ni diberikan manager, site supervisor dan site safety yang baik-baik ja. Mereka aku panggil 'Abang-abang di site." Manusia-manusia yang tak pernah penat ajar aku banyak kali macam mana roof construction- yang sangat aku benci masa degree tu menjadi antara architect work yang paling aku suka- sampai aku faham kini. Yang selalu cover aku kalau aku nak cuti sebab dorang tahu staff baru masuk ni annual leave tak banyak mana. Mereka yang tak pernah lokek belanja aku sarapan dan makan tengahari setiap hari. Kadang-kadang selalu bagi aku duit walaupun aku tak minta.

Ohh aku pernah accident langgar kereta tahun lepas, dan mereka-mereka juga yang tong-tong duit bagi aku buat bayar kos kerosakan.

Sewaktu menghampiri setahun aku bekerja di sini, perasaan nak resign dari kerja panas ni sangat-sangat menghantui aku. Sangat kuat, sampaikan aku betul-betul rasa ingin berhenti hinggakan surat berhenti sudah aku tulis tinggal submit saja. Tapi, bila mengenangkan baiknya abang-abang site saya tiga orang ni, betapa senangnya pekerjaan aku bila dengan mereka, aku tangguhkan nak berhenti tu sehingga Raya Cina bulan Februari 2024.

eh ehh, know know already Ramadhan 2024.


p/s: Selamat Berpuasa Ramadhan.

4 December 2022

Pengalaman Jadi Seorang Accountant

 Assalamualaikum hai,


Dia macam tiber je topik ni keluar. Tapi, nak ceritalah sikit.

Aku merupakan seorang graduan lulusan Diploma in Accounting and Finance. Masa SPM, aku memang tiada langsung basic in accounting dan merupakan pelajar aliran sastera. Memang masa sekolah dulu suka bersastera dengan bahasa. ceh!

Lepas UPU menolak aku untuk belajar di pengajian tinggi awam, aku beranikan diri masuk ke swasta di bawah tajaan MARA.

Masa mula bekerja sebagai seorang accountant, memang sangat noob. Sebab di kolej kebanyakkannya hanya menggunakan software Sage UBS yang dah ketinggalan zaman. Bila masa kerja, mereka menggunakan Autocount Accounting. Aku belajar dari bawah. Dan suprisingly, Autocount lagi menyenangkan.

Mungkin.. mungkin sebab aku fast learner yang buatkan aku senang catch-up apa yang diajar.

Aku bekerja di bahagian Account, di team Account Receivable sebagai Account Executive. Di company aku bekerja ni, ada 4 orang saja dalam team AR. Selebihnya, di AP.

Aku tak tahulah macam mana di company lain, tapi bagi aku, di company yang aku bekerja ni, berada di AR ni sangat seronok, sangat senang dibandingkan di AP.

AP = client/supplier kejar kau. Which mean, perkara yang aku sangat tak suka. Sebab rasa macam kita hidup ni tak tenang. Nak buat kerja kena tergesa-gesa.

AR = Kau yang kejar client/supplier/ third party.

Cumanya, AR ada deadline yang nak kena kejar setiap 7hb setiap bulan. So memang nak kena rushinglah bila dah hujung-hujung tu nak kena siapkan semua report/transaction/record etc.

Tapi, best. Mungkin sebab tempat kerja aku ni, sangat tenang. Bos tak ada nak bising-bising, asalkan kau buat kerja. Bos tak ada nak kacau itu ini. Ada fellow staff and manager yang tersangat baik. They are very very very kind and helpful.

Tapi, cons-nya adalah.. gaji tak best. Walaupun kau beli kereta Axia sekali pun, kau mesti akan semput bila hujung bulan. Semput yang tunggu masa nak mati centuuuu.. huhuhu

So, to sum up: menjadi seorang accountant ni tak adalah kejam seperti yang digembar-gemburkan melainkan kau bekerja di company Big Four/Five, atau company Have-Have lah.

Percayalah, apa yang kau belajar masa diloma/degree tu, hanya 10% aje yang kau akan jumpa masa bekerja. Yang lain, semua dah ada dalam sistem. Kau hanya perlu masukkan angka, click, click, click.. and tadaaaa... Dah jadi satu transaction.

Senang!

Dia susah masa belajar diploma dulu jela.


Cuma satu je nak pesan, jangan malu untuk bertanya benda yang kau tak tahu. Kau tanya je. Setakat ni, tak ada lagi aku jumpa orang makan orang sebab bertanya. Mereka makan nasi juga. Jangan malu, ok? Kalau malu, memang sampai mampuslah kau masih di situ, masih tak tahu apa-apa.

28 August 2022

Pentingkah Sekufu?

 


Hai,

Bagi kalian kan, sekufu ni penting tak? Tak kisahlah sekufu dalam perkahwinan, percintaan, persahabatan, pembelajaran, perkhidmatan atau apa per-sekalipun. Penting tak?

Bagi aku, penting. Sangat penting.

Sebab apa? Kerana bila kita sekufu ni kan, kita dalam level pemikiran yang sama. Circle hidup kita pun sama. Jadi senang nak adapt, senang nak faham dan senang semualah.

Bila sekufu kita faham macam mana nak selesaikan masalah tanpa perlu bergaduh atau ambik masa yang lama; bergaduh sebab berbeza sudut pandangan.

Tapi, aku tak kata orang yang tak sekufu ni tak bertahan lama yaa. Sebab ada je lagi orang yang tidak sekufu boleh bahagia sehingga jannah. Cumanya, zaman millenial ni sekufu tu bagi aku pentinglah untuk mental health.

Entahlah.. setiap orang ada pandangan sendiri.

25 August 2022

Cara Jadi Extrovert


Macam mana nak jadi orang yang banyak cakap @ extrovert?

Jawapan aku, pergi merantau.

Sebab apa.. dengan merantau ni kau akan cuba untuk blend dengan kehidupan kau. Bila kau merantau kau seorang diri di tempat orang, tiada peneman, tiada kawan, hanya kau dan diri kau. Bila kau merantau kau akan jumpa dengan pelbagai jenis orang yang bermacam ragam. Yang baik, yang jahat, yang biol, yang bangang, semuaaaaa. Dan ia bergantung pada diri kau untuk ambil/ikut benda yang baik atau buruk.

Serius.

Merantaulah. Walaupun hanya merantau ke daerah sebelah je.

Sebab kita manusia, hidup saling membantu dan tolong-menolong.

Aku sangat tak suka bila orang cakap; “Aku sorang pun boleh hidup.” Tak, kau salah.

Kau hidup perlukan orang lain. Kau mati nanti pun perlukan bantuan orang sekeliling kau. Kau takkan boleh mati tanam sendiri.

Ia ambil masa. Cepat atau lambat, kau nanti akan adapt dengan persekitaran.

Ok tu jela..

22 May 2022

The Zodiac Signs Traits

 Tiber lagi..








Disclaimer: bukan untuk dipercayai, hanya sekadar suka-suka dan hiburan.

18 May 2022

Astrology Zodiac Signs

 Tiber..








Disclaimer: bukan untuk dipercayai, hanya sekadar suka-suka dan hiburan.

25 April 2022

Positive COVID-19

 Assalamualaikum, hai.


Apa orang kata, dah kalau nak kena. Elaklah macam mana pun, mesti akan kena juga.

Kun fayakun.

Sekarang ni dalam rumah tinggal 4 orang aje. Abang dah kahwin, and lagi sorang study di UM. Jadinya bulan lepas, masa mama dengan ayah(aku dengan lil bro tak ikut, sebab malas) hantar sistur balik UM, rasanya kalau ikut yang ayah cakaplah, dapat covid ni waktu berhenti di RnR. RnR mana, aku pun tak tahu.

Ayah yang demam dulu selang beberapa jam tiba di rumah. Laju dan cepat betul virus tu buat kerja yaa..

Ni ayah punya.


Next two day pulak, my lil bro pula yang demam tak kebah-kebah. Try check, memang confirm positive.



Lepastu mama pulak yang kena.



Dan aku.. *flip hair*.. Walaupun sebelum-sebelum tu aku makan, melepak bersama mereka bertiga. Aku masih negative.



Jadinya, disebabkan aku saja yang negative. Makanya, akulah yang kena kuarantin.

Ohh, tahun lepas aku kontak rapat, aku sorang aje yang positive RTK. Tapi, bila buat PCR di KKM, resutnya negative di kedua-dua swab test. Kena kuarantin sepuluh hari.


Eh eh, tahun ni aku negatif pun aku kena kuarantin juga. Sedih siot. Makan pun kena oder bungkus. Penat betul.


Tapi, bila dah hujung-hujung tu aku malas dan penat. Aku makan aje apa yang mama masak. Bila dia orang dah hari terakhir, aku pun check takut kalau-kalau sangkut ke apa.. and here the miracle happen.. still negative.


Jadi, ambillah booster, everyone.


p/s: Lagi beberapa hari aje ni nak raya. Jangan melancong tempat tak penting ya.. Kang masa raya kena COVID, habislah. Beraya dalam bilik ajela awak tuu.

20 April 2022

Syukur Selalu


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

21 March 2022

Doa Diberi Rezeki

Assalamualaikum hai,


Aku habis internship tahun lepas bulan 9. Sebulan aku job hunting sebelum diterima bekerja. Kiranya sebulan jugalah aku tanam anggur yang tidak berbuah.

Dalam masa sebulan tu kan, aku ada amalkan satu doa ni tau. Aku baca setiap kali selepas solat atau bila aku terjaga waktu tengah malam.

Oh, waktu tengah malam kalau korang terjaga.. kalau dah malas sangat nak buat tahajud boleh je sekadar baca doa. Doa apa-apa pun tak kesah tau. Itupun sudah dikira beribadah 2 per tiga malam.

Aku amalkan doa ni.


- Surah Sad, ayat 54.

Ada jugalah aku tambah doa: "Ya Allah, berikan aku rezeki yang tak disangka-sangka, rezeki yang tak pernah habis, rezeki yang sentiasa mengalir untuk aku berbakti pada diriku, keluargaku, agamaku dan dunia akhiratku."

Cuma satu aje, doa dengan yakin. Yakin yang Allah akan tunaikan tepat pada waktunya. Jangan expect malam ni doa, esok termakbul ya. no no no.

Surprisingly, it‘s work like magic.

Cubalah.


24 January 2022

Doa Senjata Orang Mukmin

 





Nak sihat? Berdoa.

Nak Kaya? Berdoa.

Nak pandai? Berdoalah.

Nak jodoh? Pergilah berdoa.


Jangan sombong nak berdoa.

Orang yang tak berdoa ni, sombong tau. Sebab, dia seolah tak memerlukan bantuan sesiapa pun. Seolah hidup hanya untuk diri sendiri.


Kita hidup sentiasa diiringi dengan doa.


Tak percaya?


Sebelum tidur, berdoa.

Bangun tidur, berdoa.

Masuk-keluar toilet, berdoa.

Keluar-masuk rumah, berdoa.

Musafir, berdoa.

Nak makan kita berdoa. Walau dah kenyang pun kita berdoa.

Bersin pun kita berdoa juga tau.

Nak mulakan sesuatu juga kita mulakan dengan doa.


Tak perlu panjang-panjang. Baca Bismillah pun dah cukup.

Semoga Allah lindung.

Semoga Allah jaga.


Jadi, jangan lupa berdoa ye.

15 December 2021

We are in this Together

 Assalamualaikum hai,


Mungkin kisah hidup kita tak sama dengan orang lain.

Mungkin apa yang kita punya, yang kita rasa, yang kita miliki tak pernah menjadi milik manusia lain.

Mungkin apa yang mereka rasa juga tak pernah sekali pun kita rasai.

Mungkin apa yang mereka doakan setiap hari, tak pernah terlintas pun untuk menjadi doa kita.

Kita membesar dengan adab dan persekitaran yang berbeza.


Mereka yang jahat tidak akan selamanya jahat.

Mereka yang baik takkan selamanya begitu.

Kita adalah diri kita.

Takkan pernah menjadi yang lain.


Takdir hidup kita berbeza.

Perjalanan hidup kita berlainan.

Air laut yang tenang juga kadangkala pasti ada pasang surutnya.


Ada orang diberi nasib yang baik

Ada juga sebaliknya

Justeru, kita sebagai manusia perlulah berdoa dan terus berusaha untuk mencapai impian yang diinginkan.

Jangan mudah mengeluh dan mengalah.

Jangan secepatnya.

Siapa tahu wishlist itu sudah dihujung mata, cuma saja jika kita bersabar sedikit saja lagi

Ia pasti akan muncul dan terus kekal merubah diri.


Aku pernah terbaca satu ayat ni; "Jika Allah ada di hati kita, laut yang berkocak pun kita pasti mampu jinakkan."


Semoga Allah memudahkan urusan kita, dan orang yang berurusan dengan kita.





7 November 2021

Degree year, HBP life

 Assalamualaikum dan hai everibadi.



Jadi... dengan ini dengan rasminya saya telah menamatkan pengajian saya di Universiti Sains Malaysia setelah tiga tahun menjadi warga USM. *pat my head*

Mana ada benda yang mudah masa menjadi seorang pelajar, bukan?

Tapi, alhamdulilah aku berjumpa dengan manusia-manusia yang baik budi pekerti. Masa diploma pun aku tak jumpa dengan manusia sebaik mereka.

Aku dijangka akan convo tahun hadapan. Semoga waktu itu covid sudah berambus. Tak perlu PKP lagi eh. Aku penatlah.

Aku ada nak cerita pasal kisah waktu aku menjadi seorang pelajar praktikal, sebab aku rasa macam nak mengata sikit supervisor aku tu. HAHAGAHHAHAHA, tapi nantilah aku citer.

Aku tak tahulah, tapi aku rasakan perjalanan aku menjadi seorang pelajar ni, dari sekolah, sambung diploma dan degree.. aku rasa sangatlah smooth aje. Mungkin doa seorang ibu, rasanya.

Aku habis internship bulan September haritu. Kemudian menjadi seorang petani anggur moden yang berjaya selama sebulan sebelum aku diterima bekerja. Oh yeah, aku dah jadi wanita bekerjaya sekarang ok. *pat my shoulder* Ini pun aku rasa doa ibu jugak kot.

Sebab keluarga aku tak percaya pun bila aku cakap aku diterima kerja haritu. Sedih saya. Sebab katanya mereka, kenapa cepat sangat? Orang sekarang susah dapat kerja, kau senang-senang aje dapat kerja. 

Dia orang tak tahu ke aku pressure betul duduk rumah ni?

Hmm.. aku nak cerita pasal degree life aku sebenarnya.

Aku tak sangka, aku boleh habiskan degree. Masa awal-awal masuk USM, ramai tanya kenapa aku tak sambung je course yang sama dengan diploma. Masuk degree aku memang lari bidang teruk kot. Tapi, diaorang tak tahu ke yang AKU TAK DAPAT BIDANG YANG AKU NAK? TAHU TAK MASUK USM NI MERUPAKAN PILIHAN AKU KETUJUH?

Masuk USM, dapat School of HBP. Masa orientasi selalu dengar HBP ni busy nak mati. Selalu dengar orang cakap HBP: Hantu Balik Pagi.

Lepastu masa orientasi jugak ada kenal dengan sorang senior dari school communication kot, tak ingat. Dia duk bagi nasihat: masuk HBP nanti pandai-pandailah budget masa. Tak perlu pun sampai kena tidur studio. Carilah life selain dari kelas dan studio.. bla bla bla..

Aku pun ya kan jela. Sebab aku masa tu sorang aje. Jumpa dalam masjid pulak tu. Last-last tahu tak, rupanya dia dekat dengan aku sebab ajak join kelab usrah dia. hmmmmmmmmmm..

Bila masuk kelas, kenal studio apa semua. Dan ia betul ya. HBP itu hantu balik pagi. *shake my head*. teruk betullah life. Tapi, best sebab ada studiomate yang sama-sama heloklah perangai. Mereka sangat baik ok. Friends that I couldn't ask for more.

Life kami hanya di studio. School of arts pun busy jugak aku rasa. Tapi, mereka takada sampai kena tidur studio buat projek untuk submission.

Kalau ada kelas yang U-code kan, mesti akan jumpa ramai yang bertanya "kauorang mesti busy kan?" Sampai kadang, nak join kelab mana-mana pun, aktiviti U ke, mesti soalan diaorang: "HBP kan busy. Kauorang boleh bagi komitmen ke?"

Kadang marah jugak. DAH TU? Kalaulah Ko-k tu tak wajib, tak adanya kami bersusah-payah join mana-mana kelab ok.

Kami sebenarnya busy sebab studio ajelah. Kalau subjek lain hanya 3 kredit, tapi studio kami 7 kredit.  Sepanjang hari Isnin dan Jumaat.

Oklah, aku nak bagi gambaran macam mana sibuknya kami.

Katakanlah, hari Isnin kami dapat Projek 1. Dan submission pada minggu ketiga.

Selalunya kalau assignment biasa, dapat assignment hari ini, minggu nak dekat submission baru kita ada kesedaran nak buat. Betul tak?

Tapi, studio ni.. selalunya satu sem paling banyak kami akan ada 4 projek. Dan kami akan ada crit (critic and discussion session) Dapat Projek 1 hari Isnin, hari Jumaat akan ada crit, dan akan berlangsung sesi crit tu setiap Isnin dan Jumaat sampailah submission date. Jadi, nak tak nak, hari Isnin tu projek nak kena start dah. Itu belum lagi kena rombak balik perjalanan progress projek kami kalau kena hentam masa crit session tu. Jadi, kalau setiap kali crit kena hentam, faham-fahamlah maksudnya. Kena buat semula dari awal atau dari mana yang lecturer tak berkenan tu.

And in the mean time, kauorang kena buat juga assignment, quiz, test, presentation untuk subjek lain.

Itu ok lagi tau. Dapat studio master yang macam harem.. dapat Projek 1 minggu pertama dan kena submit minggu ke-empat (Hari Ismin). Lepastu dapat lagi Projek 2 minggu kedua, dan kena submit juga pada minggu ke-empat (hari Jumaat). Memang macam siot.

Ini yang aku rasa masa first and second year. 

Lepastukan, sesi crit itu.. crit itu sesi di mana kami akan kena hentam, kena maki, kena debik. Sesi crit itu akan berlangsung juga pada submission day.

Lagi satu.. Kalau aku cakap aku busy submission kan, mesti orang akan cakap, "submitlah awal-awal." Kepala hotak dialah. Kau ingat submission studio ni macam submit assignment ke? Lain gila kot.

Submission kami, kami kena present. Kena beritahu detail dari awal sehinggalah hari submission tu. Kalau buat design lagilah teruk kena hentam masa submission.

Paling worst perjalanan aku tak tidur kan, waktu first year. Siang tu ada kelas dari 8am-5pm. Habis kelas pukul 5pm terus pergi studio siapkan projek wakaf. Dengan tak mandi sampailah pukul 6am esoknya aku balik bilik untuk mandi sebelum bersiap ke kelas pukul 7am tunggu bas untuk kelas jam 8am. Dah lah kelas 8am tu ada kuiz, aku tawakal ajelah tak baca satu apa dengan menahan mengantuk.

Habis submission pukul 5pm. Balik bilik tak sempat salin baju, melangkah aje masuk bilik tak sempat landing atas katil aku dah tertidur atas lantai. Punyalah penat.

Nasib baiklah roommate aku pun satu school jugak. Jadi, kami memahami kalau tak balik bilik tu maknanya adalah di studio masing-masing.

Jadinya, saya sangat memahami bila orang cakap budak design ni tak tidur dan studio merupakan rumah pertama kami. Bilik hostel tu rumah kedua aje.

Lepastu aku selalu gelak bila school lain cakap school kami seram sebab hujung dunia. Banyak jumpa hantulah kat sana. Sebab kami tak pernah jumpa pun. Dia orang tak tahuke kamilah hantu itu.

Bila school lain akan bergelap dan sunyi waktu malam, kauorang boleh ke school kami yang tak pernah tidur ye. Marilah datang melihat bagaimana kehidupan kami di studio.

Oklah, aku dah penat nak type. Byelah.




11 July 2021

Gastrik

Assalammualaikum,

Aku mula ada gastrik waktu diploma. Waktu tu memang makan tak menentu, makan bila lapar je, waktu makan memang out. Maka, hinggaplah gastrik ini sampai sekarang.

Tapi start degree ni makin teruk pulak gastrik aku. Bulan puasa tu hari aku boleh kira dengan jari aje berapa hari yang aku tak kena gastrik. heh

Tahap teruk gastrik aku ni kan, aku jaga makan gastrik datang, aku tak jaga makan lagilah dia datang. Sampai rasa nak tukar perut baru.

Sebelum ni aku tak suka nak makan ubat gastrik yang pil, jadi aku cuma letak minyak angin yang panas sangat tu lepastu baring sekejap, dan biar dia hilang sendiri. Lama jugaklah nak hilang tu. Ada sampai berjam-jam.

Bertahun jugak aku guna cara ni, punya tak nak makan ubat pil. Pernah try Gaviscon, pun lambat jugak nak hilang. Sampai ayah aku tanya, macam mana awak boleh tahan setiap hari kena gastrik ni.

Lepastu bila dah fedup dengan minyak angin yang ambik masa nak hilang, aku cuba pulak makan ubat gastrik pil. Yang kena kunyah. Rasa mint, sedap. Tapi, sama jugak ambik masa nak hilang. Ubat gastrik pil yang telan terus pun sama jugak lambat nak hilang.

Orang yang ada gastrik je faham macam mana sengsaranya bila gastrik ni. Nak buat kerja semua tak senang. Tengok orang bernafas pun kita rasa annoying tau.

Sampailah baru-baru ni ayah aku ke farmasi beli ubat gastrik untuk mama, yang jenis cecair macam gambar ni. Aku pun cubalah sebab mama cakap effect dia cepat.

Surprisingly, cepat betul tindak-balasnya. Satu sudu je, gastrik aku hilang dalam masa setengah jam. Woah. Penyelamat saya tiba lambat betul eh.

Ok tu je nak cerita. Oklah bye.

26 June 2021

My First Dose AstraZeneca Covid Vaccine is Done! dan after effect

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan rasa berbesar hati dan berbangga, saya ingin beritahu bahawasanya saya telah menerima dos pertama vaksin covid-19 AstraZeneca pada 23 Jun 2021 yang lalu. Pendaftaran di buat pada bulan lepas. Setelah berebut dengan penduduk bumi di Malaysia, akhirnya cuma 23 Jun saja yang kosong.

Disebabkan aku di Johor, jadi Pusat Pemberian Vaksin adalah di Persada Johor Bahru. Nuuunnn jauh nau dari Pasir Gudang ke JB, geng. Nasib takde road block.

Waktu temujanji aku pada 4.30pm. Boleh dikatakan layanan di PPV Persada sangatlah first-class! Ramai orang di situ memang ramai, tapi sangatlah cepat. Boleh dikatakan dari mula aku masuk dari kaunter ke kaunter, cucuk vaksin dan pemerhatian 15 minit cuma ambil masa dalam 20 minit aje.

Serius, tak tipu. Sampai tulisan aku carca-marba nak isi borang persetujuan sebab sangatlah laju proses dia.


Jadi, kita pergi kepada simptom selepas cucuk vaksin.

Mula tengah malam tu, kepala aku dah mula rasa dingin dan meremang dan berangin. Badan mula nak panas. Cepat-cepat pergi cari panadol sepapan, air sebotol, sweater dan stokin. Selepas tu sempat layan Vincenzo satu episode sebelum kepala dah mula pening.

Sebelum tidur aku makan sebiji panadol dulu. Sebab memang tak boleh nak makan dua biji panadol dalam satu waktu yang sama. Nanti salah satu panadol akan terluak semula. harey

Sedar jam 4.30 pagi, badan memang dah panas gila. Tiba-tiba datang batuk pulak. Makan lagi panadol sebiji. Tidur.

Esoknya 24/6 aku memang betul-betul collapsed. Terbaring satu hari atas katil dan hanya makan panadol dan minum air. Tak larat langsung weh. Malamnya, demam dah mula kebah. Mama aku buat maggie malam tu pun boleh makan berapa sudu je sebab mulut pula mula rasa pahit.

25/6 Alhamdulillah dah membaik. Cuma satu hari mulut rasa pahit dan banyak minum air masak. Tahap aku dah elok ni sampai boleh layan Vincenzo 4 episode satu malam. hehehe



Aku punya simptom begini. Mama dengan ayah aku pula takde simptom. Jadi, lain orang lain after effectnya. Jadi jangan takut nak vaksin. 

Tak nak vaksin? Kau nak mampus? Mampus sorang-sorang. Jangan menyusahkan orang~ ~

21 April 2021

GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

Hai assalamualaikum, aku tak ingat bila kali terakhir join giveaway ni. 5 tahun lepas kot.. Jom, join.

*klik banner untuk join.


Impian raya saya tahun ni:
NAKK BALIK RAYA DI JOHOR!!!! Walaupun baru 7 minggu di Penang kerana tuntutan menuntut ilmu, sesungguhnya saya sudah homesick ye. Lagi bertambah homesick bila USM cakap peratus untuk beraya bersama keluarga adalah tipis.
Sekian dari saya.


Tarikh berlangsung: 20 April 2021 hingga 30 April 2021 (10 hari)
Hadiahnya benda yang saya dah lama ushar tapi, belum sempat nak grab. mana tahu kannn...

3 November 2020

Orang Islam takkan dapat tengok kiamat.

 Assalamualaikum. Kemain panjang tajuk aku. Cerita aku harini sangat panjang ye. If you didn't like the loongg story, you can skip it.


Mengikut apa yang aku baca, dikatakan kiamat tu hanya akan dilihat oleh orang yang bukan islam. Jadi, kita yang Islam ni tak payah mimpi nak tengok kiamat tu macam mana.

Kenapa dikatakan begitu?

Ia berbalik pada tanda berlakunya kiamat.

1. Imam Mahdi

2. Al Masih Dajjal

3. Nabi Isa

4. Yajuj Majuj

5. Tiga serangkai ( Dukhan, angin, matahari terbit di barat)

6. Tiupan sangkakala

7. Keluar api


So basically, Imam Mahdi akan lahir dulu. Dia akan kembalikan zaman kegemilangan Islam. Lepastu, ada perang yang berlaku antara orang Islam dengan bukan Islam. Imam Mahdi menang.

Kemudian, barulah keluarnya Dajjal. Yang aku Ingat masa Al Masih Dajjal ni keluar nanti bila ada beberapa orang yang belayar ni dia didatangi ombak yang kuat sampai mereka terdampar di satu tempat. Mereka dibawa ke tempat Dajjal di 'kunci' dan masa tu Dajjal tanya tiga soalan. Aku lupa soalan dia apa.

Dajjal ni kuat gila sampai Imam Mahdi tak boleh lawan dia. Dajjal ni manusia biasa yang ada kuasa sihir yang kuat. Hari pertama Dajjal keluar air dekat bumi takde. Kering kontang. Tugas Dajjal ialah nak hilangkan iman dalam diri manusia. Setiap ceruk dalam dunia Dajjal akan singgah untuk hilangkan iman dalam diri kecuali Mekah dengan Madinah. Dua tempat ni Dajjal takkan dapat masuk kerana dijaga oleh malaikat.

Dajjal akan kuasai bumi selama 40 hari. Tapi, sehari rasa macam seminggu. Dua hari macam sebulan. Tiga hari macam setahun and so on. Kalau dia jumpa manusia yang masih beriman dia akan ikut sampai manusia tu dah tak percaya Allah dah. Dan tahu tak, satu hari akan ada 70 ribu pengikut dia. Setiap hari akan bertambah.

Kalau Dajjal ni jumpa manusia yang percayakan dia, dia akan bagi makanan dan kemewahan yang banyak gilaaaaa. Masa tu takde makanan pun, manusia yang sentiasa ingat Allah dan berzikir takkan lapar walaupun dia tak makan beberapa hari.

Macam yang aku cerita tadi, Al Masih Dajjal ni kuat gila. Kuat yang sampaikan Imam Mahdi tak boleh lawan dia. Masatu baru Allah turunkan Nabi Isa. Nabi Isa turun dekat masjid mana entah, waktu subuh. Dajjal sampai lari bila dia jumpa Nabi Isa.

Nabi Isa yg hancurkan dajjal. Kisah Nabi Isa ni tak banyak sangat aku boleh cerita. Huhuhu

Lepastu baru munculnya Yajuj Majuj.

Yajuj majuj muncul lepas Nabi Isa dah bunuh Dajjal. Yajuj majuj buat kerosakan di bumi macam manusia buat kerosakan kat bumi jugak, macam sekarang ni. Dan masa tu, Nabi Isa dengan bala tentera dia naik ke Bukit Thur lama gilaaaaa sampai bekalan makanan mereka dah habis.

Bila dah habis makanan baru Nabi Isa doa kat Allah minta beri bantuan, barulah Allah turunkan semacam ulat untuk hancurkan yajuj majuj ni.

Bila Yajuj Majuj dah tak ada dari bumi, Allah turunkan pula hujan yang sangat lebat biar bangkai yajuj majuj hilang. Lespas tu manusia hidup dengan keberkatan. Tapi, masih ada manusia yg Islam dengan bukan Islam jugak.

Dan sebelum ni dari kecik aku ingatkan Yajuj Majuj ni binatang. Rupanya tidak ya. Mereka adalah satu kaum. Dan bilangan mereka 1:10. 1 manusia bersamaan 10 Yajuj Majuj.

Selepas berlalunya Yajuj Majuj, bumi mengalami waktu di mana manusia hidup dengan keberkatan. Keberkatan yang Allah bagi masa tu, umpama kulit buah delima boleh dijadikan payung masa hujan lebat; Baby boleh main dengan ular yang berbisa yang dah tak ada bisa masa tu; Sebiji buah delima boleh dinikmati lebih dari 10 orang sehingga mereka kenyang. Tiada kemungkaran dan tiada orang miskin langsung.

Cerita lepas ni akan masuk ke tiga serangkai. Tapi, aku tak tahu mana satu yang datang dulu. Sebab apa yang aku baca dan dengar, contohnya kalau Dabbah keluar pagi tu, petang akan ada Dukhan dan esoknya matahari keluar sebelah barat.

So, nak cerita pasal Dabbah dulu lah.

Dabbah tu binatang akhir zaman nanti. Dia keluar lepas dajal dengan yajuj majuj dah dihapuskan. Binatang tu besar gila. Tapi, dia tak cederakan orang. Dia akan jumpa setiap orang yang hidup masa zaman tu dan label kan orang tu samada kafir atau mukmin. Setiap ceruk bumi dia akan datang dan labelkan manusia. Tak silap aku, dia bawa dua benda. Tongkat dan cincin.

Aku tahulah yang nanti dekat dahi kita akan tulis kafir atau mukmin, tapi aku ingatkan tulisan tu akan keluar sendiri. Rupanya, Dabbah ni yang labelkan kita.

Selepas itu, akan datang pula satu angin sejuk yang matikan orang yang beriman, walaupun orang tu hanya ada secebis iman dalam diri pun dia akan mati bila terkena angin ni. Yang tinggal hanyalah orang yang tiada iman, bukan Islam.

Kalau orang Islam kena asap tu kita just selesema dengan demam je. Tapi, kalau orang bukan Islam yang kena asap tu, mereka akan rasa sakit sesakit sakitnya.

Masa ni baru sedar, betapa sayangnya Allah pada orang Islam. Dia tak nak hamba Dia rasa macam mana seksanya waktu kiamat nanti. Bila bumi bergoncang.

Kemudian tiupan sangkakala pertama yang matikan semua makhluk.

Lastly, syurga dan neraka.

Perkara ini akan berlaku satu hari nanti tak kiralah kita bersedia atau tidak. Yang kita sebagai orang Islam wajib untuk percaya. Remember, Percaya pada Hari Akhirat?


Okeylah, aku dah penat type panjang-panjang. Semoga perkongsian ini menjadi asbab untuk menambah point pahala.

18 October 2020

Coffee

 Siapa suka coffee?


Ada orang tak boleh minum coffee sebab nanti migrain. Ada orang suka gila coffee sampai jadi coffee addicted.

Tapi, aku kalau minum coffee aku akan automatik mengantuk. Dan ia hanya applicable bila aku minum coffee saja. Aku takkan mengantuk kalau ambil kafien, tapi kalau coffee aku akan cepat betul mengantuknya.

Orang lain bila minum akan celik segar-bugar aje mata. Aku pulak akan terus cepat-cepat cari bantal untuk tidur.

Aku adalah tanya yang pakar, mereka cakap kalau mengantuk bila ambil coffee tiada masalah ye. Ada 1:100 orang macam tu. Dan salah satunya akuu..

Jadi bila nak stay up buat kerja, aku diharamkan untuk ambil coffee ni. Aku akan tengok ajelah orang lain yang mata segar lepas minum kopi. Selalunya aku akan tidur dulu setengah jam baru boleh stay up lama-lama.

Aku rasa aku jadi macam tu sebab masa diploma dulu, aku coffee addicted. Aku akan mulakan hari aku dengan secawa kopi baru pergi kelas. Bila dah hari-hari melayan, dia jadi imun.

Ya ke?

15 August 2020

Pakai stokin masa tidur

 Assalamualaikum hai.

Korang pakai stokin tak waktu tidur?


Aku mula pakai stokin waktu tidur masa 2016. Mula-mula pakai sebab masa tu ada housemate masa diploma aku tidur pakai stokin. Jadi, aku pun cubalah.

Suprisingly, it was a good idea. Entahlah.

Pakai stokin waktu tidur buatkan tidur aku lagi nyenyak dibanding tak pakai stokin. Nyenyak yang sangat-sangat nyenyak. Nyenyak yang aku hanya tersedar bila jam loceng bunyi. Deep sleep.

Aku akan sapu losyen dulu baru sarung stokin.

Oh, aku guna stokin yang aku beli di Mr DIY. Bukan stokin yang kita guna untuk pakai kasut tu tau. Stokin yang berbulu. Lembut je. Tapi, kalau nak guna stokin biasa tu pun boleh jugak.

Cubalah. Anda pasti berpuas hati.

11 August 2020

Tamat Tempoh Lesen Memandu

Hai assalamualaikum.

Memandangkan kalian semua terlalu banyak sangat soalan mengenai tarikh tamat lesen memandu ni, jadi aku buatkan satu informasi khas.

Dan perlu diingatkan sekali lagi, aku bukanlah pegawai JPJ. Jadi, mana-mana soalan yang aku biarkan tidak berjawab itu adalah kerana aku tak tahu. Atau soalan itu annoying sampai aku malas nak jawab.

Ingat tak aku pernah explain mengenai tarikh tamat tempoh ni:

Macam ni, katalah tempoh valid lesen PDL 03/09/2019 - 02/09/2021. Jadi, mula tarikh 03/09/2021 sehingga 04/09/2022 adalah tempoh di mana kau kena renew lesen PDL ke CDL. Selepas saja tarikh 02/09/2022 baru kau nak renew, lesen kau akan terbatal. Ini adalah valid untuk lesen P saja tau.

--Ini apa yang aku dapat melalui JPJ sendiri.--

 

Mengikut seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:

  1. Lesen PDL tamat tempoh melebihi 1 tahun.
  2. Lesen CDL tamat tempoh melebihi 3 tahun.
  3. Lesen Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun.
Bila dah terbatal ni dan nak perbaharui, kau kena buat apa?

Yes! Pandai. Buat rayuan.

Macam mana pula nak buat rayuan?

Rayuan boleh dibuat melalui online di sini, bersurat atau terus ke pejabat JPJ sendiri. Selain dari tiga ni, TAK BOLEH!

Seingat aku, tempoh keputusan rayuan diterima atau ditolak boleh diketahui selepas 14 hari dari tarikh memohon.

And here the best part..

Kalau permohonan berjaya, kau akan dikecualikan dari ambil ujian komputer; kpp eh? aku tak ingat dan wajib ambil ujian praktikal II dan III; ujian litar dan jalan raya.

Dan jika permohonan ditolak, maka.. kau kena ambil dari awal lesen memandu; cari pusat memandu berhampiran, masuk kelas, dengar ceramah, ujian kpp, qti, lesen L, lesen P. Mula dari awal.

Jadi, macam mana nak elakkan perkara seperti ini dari berlaku?

Aku selalu doa, "Ya Allah, jauhkan aku dari sifat lupa" setiap kali lepas solat. Dan aku selalu letak reminder di telefon. Atau tulis di mana-mana.

Manusia mudah lupa, remember?


INFO TAMBAHAN: Mulai 16 Julai 2013, bagi permohonan PDL dan CDL di pejabat JPJ, pemohon diberi pilihan sama ada membawa gambar warna sendiri (ukuran 25mm x 32mm) berlatar putih, mengambil gambar di kaunter atau menggunakan gambar daripada MyKad.

4 June 2020

Rasa

Assalamualaikum hai,




Nak cerita mengenai rasa, perasaan..

Berbulan duduk rumah ni, dari sebelum puasa, puasa dan sekarang hari raya. Aku dapat rasakan perbezaannya.

Jika sebelum ini, aku selalu akan berpuasa bersama kawan-kawan di universiti, tapi tahun ini, aku berpuasa dan menyambut syawal dengan keluarga sendiri. Rasa itu lain-sangat lain. Rasa berjauhan dari keluarga itu lain. Rasa duduk disamping keluarga juga lain.

Dan,

Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku akan khatam al-Quran di bulan Ramadhan. Tapi, tahun ini aku gagal. Gagal khatam al-Quran di bulan yang mulia. Sedih? Sangat. Sebab pahalanya berbeza.

Dan harini, bila kembali menyambung apa yang tertangguh, aku rasa lain. Rasa itu sangat sangat lain. Berbeza amat. Rasa tenang itu tiada. Perasaan sayu itu tiada.

Mungkin, inilah apa yang dicanang orang, rasa tenang bila beribadah di bulan Ramadhan yang orang nanti-nantikan setiap tahun.

Serious guys, bila bukan bulan puasa ni, tengah dalami ayat Quran pun boleh termelayang ke laut china selatan. Dia punya fokus tu lain macam hilangnya.

Semoga kita bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang

dan

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Aku minta maaf jika selama aku di sini, ada bahasa aku yang mengguris hati. Ada perasaan yang aku calarkan. Ada hati yang aku lukakan. Susun sepuluh jari, aku minta kemaafan.

Tulus Ikhlas.
Miss Oren