Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

31 August 2015

Respond Mak-Mak Sedara

Hai Assalamualaikum,

Hari tu, sehari selepas aku balik rumah, malamnya ada mak cik aku buat makan-makan sikit sempena Tok Wan aku baru sampai JB dari Kedah. Ohkaylah walaupun aku terkadang tertanya, kenapa bila aku balik JB tak dak siapa pun nak buat memakan.

Heh!

'Sesi Menjamu Selera' itu diadakan di Kulai. Pi search Google lah kalau tak tahu Kulai tu kat pedalaman belah mana. Lepas saja aku masuk rumah, terus aku diterjah dengan soalan-soalan dari Mak-Mak Sedara aku.

Antara soalan yang paling fames,

"Aik, kurusnya?"

Aku sendiri pun tak tahu itu soalan atau pernyataan, jadi aku consider as a question lah.

Ohkay, itu bukan orang pertama yang kata aku kurus. Dah banyakkkkk sangat orang cakap macam tu. Sampaikan ada kawan aku cakap,

"Kau pergi KL belajar ke sedut lemak?"

Hamboi. Nasiblah tak kena terajang dengan aku masa tu. Sedut lemak? Sedut hingus pun aku tak pernah!

K. Aku tipu. Sedut hingus selalu kalau tak bawa tisu bersama.

Heh.

Serius ah. Macam mana aku tak kurus, makan kat sana pun tak menentu. Makan bila lapar. Lepastu, kalau tak ada teksi, kenalah berjalan kaki ke kolej. Lepastu dah sampai kolej, kalau orang tak ramai naik lif tak apalah. Cuba kalau ramai, dah kena menapak naik tangga. Kalau kat tingkat satu atau dua boleh lagi. Ni, kena menapak sampai tingkat empat! Empat weh.. Mahu berpuluh-puluh anak tangga aku pijak.

Lepastu balik hostel pula. Kalau teksi tak ada, kena lagi jalan kaki yang mengambil masa 20 minit tu. Lepastu dah sampai hostel kena naik tangga lagi sebab kat hostel memang tak ada kemudahan lif atau tali!

Lepas dah sampai hostel, tetiba teringat pula terlupa nak beli makanan, dah kena menapak turun bawah balik.

Cuba cakap, macam mana aku tak kurus?

4 comments:

Everyone growing up by making a mistake.