Seorang lelaki datang ke rumah mengetuk pintu tepat jam
empat dua puluh lima minit pagi. Dalam berpuluh orang dalam rumah itu, hanya
seorang sahaja yang mendengar bunyi ketukan pintu itu. Hanya seorang.
Dan si
tetamu itu masuk meskipun tuan rumah tidak membukakan pintu. Masuk tanpa
tersentuh sedikit pun tubuhnya mengena pintu kayu itu. Dia berjalan masuk ke
sebuah bilik yang dihuni oleh seseorang. Seseorang yang berumur lapan puluh dua
tahun. Seorang wanita yang sudah uzur dan hanya menunggu masa untuk dijemput
Illahi.
Lelaki
tadi masuk lalu memberi salam, “Assalamualaikum,”
Wanita
yang semenjak setengah jam tadi sudah terjaga dari lenanya pantas menoleh ke
pintu. Matanya bertentang dengan mata si lelaki itu dan pantas menelan liur.
Masanya sudah tiba. Masanya untuk meninggalkan dunia telah tiba.
“La illaha
illallah,” Kalimah itu diucapnya beberapa kali. Lagi dan lagi. Matanya masih
lagi memandang lelaki itu. Semakin lama, langkah lelaki itu semakin mendekat.
Dekat dan dekat.
Lelaki
itu berdiri di sebelah wanita itu. Memandang dari hujung rambut sehingga ke
hujung kaki. Lelaki itu mengangkat tangannya dan...
*****
“Kring.. Kring..”
Manusia
yang masih lagi lena tidur itu terpisat-pisat bangun. Matanya digosok sebelum
mencapai telefon di atas meja. Sekilas pandangannya memandang jarum jam. Empat
empat puluh pagi. Skrin telefon dislide sebelum meletakkan telefon di telinga
kiri. “Hello?”
“Assalamualaikum..
Mak aku dah meninggal kul empat setengah tadi,” Nada sedih kedengaran di hujung
talian.
Terkaku
lelaki itu di tempat duduknya. Hanya, “Innalillahiwainailahirajiun.” yang kedengaran.
Al-Fatihah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Haih,, Tetiba pula intro entry tertulis cerita.. Bhahaa..
Sebenarnya cerita kat atas ni adalah cerita benar. Aku tak tahulah macam mana cara kematiannya tapi ini berdasarkan imaginasi aku ajelah. Tapi part yang kedua, yang seorang lelaki jawab call tu, cerita betul. Dan lelaki itu, is My Dad.. Hehee.. Say hello to My Dad~~
Dan waktu dalam cerita atas tu pun betul jugak. Lebih kurang jam 4.30 pagi tadi dia meninggal. Dia? Aku pun tak tahu nak describe 'dia' tu macam mana. 'Dia' tu, ayah aku punya abang, punya bini, punya emak. Kira macam nenek saudara juga lah kan?
Haih.
Aku tahu pun dalam pukul tujuh pagi tadi. My Dad kasitahu lepas dia hantar adik-adik aku pi sekolah. Balik rumah baru cakap ada orang meninggal. Then sebab nak cepat, aku sarung aje baju kurung entah berapa tahun lepas punya. Dengan tak ironnya. Nasib baik corak dia abstrak. Memang pakai sarung ajelah. Nasib baik baju dengan kain sama, kalau dua dua lain, memang aku buat selamba derk ajelah tadi. Haih.
Dan inilah kali pertama aku dapat tengok orang kafankan jenazah. Kesian bukan? Hahaa.. biarlah. Masa dia dikebumikan pun aku sempat tengok. Cuma so sad, masa dia dimandikan aje aku tak sempat tengok. Atau lebih tepat, aku tak nak tengok. Takut punya pasal,
Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, walaupun ada seorang dari anak arwah nenek saudara aku dari Negeri Sembilan tak silap, yang tak sempat tengok. So saddd..
Lagi sedih masa part anak cucu cicit dia datang nak cium jenazah buat kali terakhir. Sampai meleleh-leleh ayaq mata.
Sobs sobs..
Tapi itulah, mati itu pasti. Itu janji Allah. Semua yang hidup pasti akan merasa mati.
Sekian~
P/s : Based on cerita atas tadi tu.. Ada gaya macam seorang penulis novel tak, agak-agak?
sedihkann, sebenarnya itu mengingatkan kita yang mati itu pasti. emm.
ReplyDeletehmm, betul tu, betul!
Delete