Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

24 June 2015

Bermulalah Sebuah Perjalanan

Assalamualaikum hai..

Selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Hehee

Yeah, macam yang tertulis di tajuk atas nun.. Mulai 20-June-2015, Sabtu minggu lepas, Maka bermulalah sebuah perjalanan aku sebagai seorang pelajar kembali. Semestinya, zaman pelajar kali ni tak seperti zaman sekolah sebelum ni. Terlalu banyak perbezaan. Sampai aku susah nak adapt semuanya sekaligus.

Zaman sekolah, sekolah mesti berhampiran dengan rumah. Tapi sekarang, nun jauh di ibu negara Malaysia. Sebenarnya, aku tak sangka langsung yang aku boleh merantau 'sejauh' ni.

Kuala Lumpur, tempat aku sekarang. Tempat aku menuntut ilmu. Tempat aku merealisasikan impian Mama-Ayah. Tempat untuk aku majukan diri sendiri. Dan tempat aku mengenal makna hidup, semestinya.

Kat mana aku belajar? Tak payah tahulah. Kalau tahu pun bukannya hangpa kenal ceqq.. Hahaa.. Aku ambil course Diploma In Accounting and Finance. Tiga tahun aku akan belajar di sana. Itupun kalau aku tak nak ambil degree kat sanalah. Huhuu~

Masa orientasi yang baru saja habis semalam, senior-senior aku cakap, course aku bukan susah dan bukan juga senang. Ayat tipikal yang selalu dibilang MPP setiap course. CEO kolej aku pula cakap, course akulah antara course yang paling banyak orang failed!

Gulp!

Dan oh ya, course akulah antara course yang paling ramai student. Sampai kadang-kadang aku fikir, mampu ke aku? Bersaing dengan beratus-ratus orang tu? Sudahlah aku tak ada basic account. 

Tapi Mama pesan, tak semuanya mustahil. Tak ada yang mustahil dalam dunia bila Allah sebut, kun fayakun. Cuma tetapkan dalam diri, yang kau boleh berjaya macam orang lain!

Semoga Allah permudahkan segalanya. Insya-Allah

2 comments:

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...