Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

25 June 2015

Jerawat

Assalamualaikum,

Tadi masa tengah bosan, aku duk lah pegang dahi. Saje nak tengok dahi licin atau tak, tapi lepas pemerhatian aku tadi, hmmm.. macam nak menangis weh.



Entah macam mana tetiba dahi aku yang licin ni boleh tumbuh jerawat. Kalau sejibik  sebijik tak apalah juga, ni hah kau. Sampai tak terhitung aku. Haih.

Aku rasa jerawat aku tumbuh mesti sebab berpanasan masa dekat Pahang awal bulan ni. Gila panas weh kat sana. Mungkin sebab itulah kot yang tumbuh jerawat. Ingat lagi masa tu, aku punya teriak sebab jerawat tetiba muncul. Rasa macam hidup aku dah musnah aje weh masa tu. Hahakkk.. Tapi lepas kena hempuk dengan Mama, aku terus rasa, ha iyalah. Nak tak nak aje aku teruskan hidup.

Dalam dunia ni, bermacam-macam jenis jerawat yang ada. Jerawat batu, komedo, jerawat juvenil, jerawat vulgaris, jerawat rosacea, jerawat nitrosica, jerawat biasa and etc.

Tapi kalini aku tak nak cerita pasai jerawat tu semua, aku nak cerita pasal macam mana cara mengatasi jerawat ataupun cara menghilangkan jerawat. Bebenda ni semua, aku ambil dari mak kawan aku. Huihuii,,

1) Sapukan tempat jerawat ataupun semua bahagian muka dengan asam jawa. Biar setengah jam dan basuh muka sehingga berkilat.

2) - Tumbuk seulas bawang putih dan sedikit lobak merah.
    - Pukul putih telur sampai berbuih. Masukkan satu sudu kecil madu. Kacau.
    - Masukkan lumatan bawang putih dengan carrot ke dalam putih telur tadi. Kacau dengan penuh kasih sayang.
    - Sapukan pada muka. Tunggu 30 minit dan basuh.

3) Tumbuk bawang putih. Sapukan pada wajah. Biar 5 minit dah basuh muka.

4) Makan bawang putih.

Tapi kalau cara keempat tu kauorang tak suka, bukan korang aje, aku pun sama, baik guna cara yang lain. Kang tak memasal, ada aje yang kena hempuk sebab mulut dan badan berbau. Elok-elok tujuan nak hilangkan jerawat, nanti boleh terhilang kawan pula sebab bawang putih aje. Fuh~

Ohkay bye. Assalam,

1 comment:

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...