Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

18 January 2016

Orang Kurang Upaya

Assalamualaikum annyeong.

Manusia takkan lari daripada diuji Sang Pencipta. Diuji dengan ujian yang bagaimana dan macam mana itu, hanya Penguji dan Di uji saja yang tahu.

Peh peh tazkirah opening entri aku. Kah!

Sebenarnya aku nak cerita pasal orang cacat. Tak kisahlah cacat penglihatan ke, cacat pendengaran ke atau apa-apa cacat pun lah. Janji yang namanya cacat.

Dekat kolej aku pun ada juga manusia cacat. Tapi tak adalah ramai. Bolehlah kira dengan jari.

Dan aku respect dengan mereka sebab, walaupun diaorang cacat, diaorang masih diberi ilham untuk terus belajar. Dari sesetengah manusia yang sempurna sifat, tapi nak menuntut ilmunya ya ampun.

Dan tadi juga, aku menyaksikan detik-detik di mana, manusia cacat itu 'dibuli' oleh seseorang yang sempurna sifat. Dibuli dengan,

"Mintak duit kau."

"Eh buatkan kerja aku ni."

"Nah!" Sambil lempar beg sandang. "Bawakan sampai asrama."

Serius dowh, rasa kesian giler dengan manusia kurang upaya tu. Apa dosa dia sampai diperlakukan sedemikian rupa? Dia juga manusia. Yang ada hati dan perasaan.

Tak boleh ke kau bayangkan kalau, apa yang kau buat tu terjadi balik pada anak cucu cicit kau? Tuh pun kalau sempat ada anaklah.

Heh.



Sent from Samsung Mobile

2 comments:

  1. Kesiannya, semoga mereka berubah Dan sedar

    ReplyDelete
  2. Ada jugak ke org macam ni. Kurang ajar betul.. Dia x sedar ke semua yg dia ada pun pinjaman je, sekali kena tarik semua dan diperlakukan mcm tu nanti..baru dia sedar agaknya.. Harap2 mamt tu boleh berubah n oku tu pun dipermudahkan segala urusan dia...

    ReplyDelete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...