Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

12 January 2016

Tagged Questions

Assalamualaikum, annyeong.



I would like to thanks Sabrina sebab tag aku dalam entri ini. Haritu ada dia bagi link dekat cbox aku, tapi dia terbagi link yang salah. Dan terpaksalah aku korek-korek blog dia nak cari benda apa yang dia tag aku. Rupanya pasal ni.


Okay, harap tak marah aku kalau aku bagi jawapan merapu. Heh,



1) Kenalkan diri awak kepada dunia (Buat ayat meletup bombastik)
    Hai dunia! Aku tak suka belajar jejauh dari famili. Sebab aku cepat sangat dapat homesick. Tapi dah rezeki aku tertulis memang aku kena belajar jejauh dari famili, nak buat macam mana. Memang sentiasa homesick lah kalau tengok Mama hantar aku pergi stesen bas. (Cukup bombastik tak ayat?)


2) Perkara pertama yang terlintas masa first time datang blog Sab.
    Wow! Pinky!


3) Perkara yang awak takutkan hal itu terjadi dalam hidup awak.
    Takut kalau Mama dapat tahu yang aku pernah terpecahkan frame kaca masa mula-mula pindah rumah about last seven years, dan aku langsung tak beritahu dia sampai sekarang sebab takut, dan aku buang benda tu belakang TNB punya peti besi (whatever that’s name) yang selalu ada kat area perumahan tuh.


4) Pernah rasa jealous dengan kehidupan orang lain? Jika ya, kenapa.
    Lol, bohonglah kalau cakap tak pernah jeles. Kekadang, bila tengok orang pakai heels lelawa pun bibit jeles tuh dah tumbuh. ==’




5) Pernah meminati seseorang dalam diam? Kenapa minat dia eh?
    Hahaa! Pernah. Minat dia sebab dia sangatlah tinggi, mungkin. Dan orang tu macam ada aura tersendiri yang aku sorang je boleh nampak. Ceh!


6) Diberi pilihan masak atau makan luar, mana awak pilih? Kenapa?
    Hmm hmmm, makan luar rasanya. Sebab aku suka buang duit. Hahaa!


7) Perkara yang paling awak trauma kan until now and why?
    Naik motor! Sebab pernah accident dan ada parut dekat siku. Dan bila setiap kali terpandangkan parut tu mesti teringat saat-saat accident tu. Serius ngeri sebab hampir-hampir nak kena langgar dengan lori. Masa tu just ingat hidup dengan mati je.

8) Macam mana awak boleh terjebak dalam dunia blogging ni? 
    Entahlah. Tapi sebab paling dominan, suka gila tengok orang lain ada blog, then I just followed it. Nah, jadilah blog.


9) Awak bangga dilahirkan sebagai diri awak sekarang? Alasan.
    Sangat bangga. Sebab, kalau aku dilahirkan jadi manusia yang jahat dan kejam, mesti perut Mama panas je lahirkan aku. Heh,


10) Pernah menginginkan something tapi sampai sekarang tak dapat.
      Pernah! Aku dah lama nak adik baru, tapi Mama cakap, “Nanti awak kahwin, buatlah anak banyak-banyak.” Kah!

Tamat sesi menjawab soalan. Harap dapat full marks. Hahaa =D

8 comments:

  1. Replies
    1. hahaa terima kasih.. spontaneous

      Delete
  2. Hahah .. ayat mama ein yg last skali tuhhh ..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu, my mom memang macam tuh

      Delete
  3. Ngerinya ada pengalaman accident macam tu. Semoga Allah sentiasa melindungi miss Oren. In shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh, sangat ngeri. tak nak ingat dah

      Delete
  4. Haha..lawak kau punya jawapan. Nak2 yg last tu..serius ke mak kau ckp camtu? Sportingnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh? hahaa serius ahh.. setiap kali aku tanye, mesti jawapan dia macam tuh.. hehee

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...