Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

4 January 2016

Nenek Tiri

Assalamualaikum heya,



Siapa ada nenek tiri?

Aku ingatkan, sepanjang aku hidup, aku takkan ada sesiapa yang bergelar Tiri-Tiri ni. Tapi aku salah. Hahaa, boleh pula aku ada nenek tiri.

Sebelah Mama aku, nenek dengan atuk dah tak ada. Sebelah Ayah pula, nenek dah meninggal tapi atuk aku yang aku panggil Tok Wan masih hidup lagi. Dia sekarang tinggal sendiri dekat rumah dia di Kedah-kampung aku lah kiranya.

Mungkin dia nak bebas, itu yang duduk sensorang dekat kampung. Mana taknya, dah kalau duduk rumah anak-anak dia, asyik kena jaga cucu-cucu je. Hahaa, tu yang sanggup duduk sendiri tu. Aku rasalah,

Dalam tahun 2011, masa tu aku baru Tingkatan 2. Dalam bulan tiga macam tu, aku dikejutkan dengan Tok Wan nak kahwin lagi. Serius, satu kerabat terkejut pasal berita ni. Tapi kitaorang terima je lah. Dah Tok Wan berkenan, nak buat macam mana. Dia pun ada life, awak!

Dan selepas dah siap semua benda, maka bersatulah dua hati. Tak jauh pun Tok Wan cari, jiran sebelah rumah je pun. Aku rasa mereka fall in love sebab hari-hari bersua muka kot. Tak payah nak dating sampai ke Jitra Mall. Cukup dengan dating bawah pokok kepala belakang rumah je. Kah!

Dan raya puasa tahun tu pun, kami semua beraya dengan nenek baru. Suka? Sukalah juga. Iyalah, dah bertahun tak merasa beraya dengan nenek kan? Tapi nenek yang baru tu, mulut bising sikit. Tapi bestlah cakap dengan dia. Ada je dia nak tanya and nak beritahu kitaorang. Ohh aku sempat belajar buat ketupat dengan dia!

Tapi, hubungan dia tak bertahan lama dengan kitaorang. Dalam hujung tahun tu, dia meninggal. Yang sempat balik menziarah buat kali terakhir pun Ayah aku dengan Mak Cik aku je. Sebab dan-dan hujung tahun tu tengah peperiksaan akhir tahun.

Semenjak tu, sampailah sekarang, kami tiada nenek buat kali kedua.

Dan sekarang, aku dengar yang Tok Wan aku nak kahwin buat kali ketiga. Ohh, aku akan ada nenek tiri barukah?

Hebat Tok Wan! Chaoiyok. Gambatte!

4 comments:

  1. ada! tp nenek tiri sya dah meninggal. nenek belah ayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh samalah.. kita punya nenek tiri pun dah meninggal.

      Delete
  2. Pokok kepala ke pokok kelapa ? Haha .. tokwan sunyi laa tuu ddk sensorang ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol bhahaaa.. serius lah tak perasan langsung ada typo. haih haih,, kepala pon boleyh.

      Delete

Everyone growing up by making a mistake.