Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

11 January 2015

Novel

'Perempuan dgan novel mmg tak boleh dipisahkan..'

Salah statement tu.. Ada juga apa lelaki dengan novel.. so kene tambah lelaki lha dalam ayat atas tu..

Tahun lepas (2014).. macam lama sangat aje tahun lepas tu.. Tahun lepas, aku salah seorang calon SPM.. Tu tahun lepas lha, tahun ni mmg tak bercalon dah SPM tu,, calon penunggu result SPM lha kot!

Aku, salah seorang yng minat gegiler babeng dgan novel.. Sebut lha novel ape.. Tajuk apa, penulisnya siapa, penerbitnye, tahun terbit, semuanya aku tak tahu kecuali tajuk novel tu! erk? Lupakann..

Kalau aku rajin, dalam mase satu hari aje aku boleh habiskan sebuah novel 400 muka surat depan belakang. Heh! Tu kalau aku rajin lha.. Kalau datang penyakit malas aku, ambil masa tiga hari juga lha nak habiskan. Tapi mmg sllunya aku akan cuba habiskan even novel tu agakk.. Kureng.

Dalam masa seminggu tu, adalah dua novel aku habiskan.. Tapi kebanyakkannya aku pinjam kat libry skolah lha! Nak beli, tak ada sen lha.. hehee

Aku selalu gak bawa novel pi skolah. Sampai kekadang tu, tengah serabut buat kerja Math pun sempat lagi baca novel.. hehee. And, aku lha kot yg jadi punca dak perempuan kelas aku semuanya suka baca novel.. Keyh, tak dinafikan. Memang aku puncanya. And start from that, kitorang sllu tukar-tukar novel..


Okeh, ni baru nak masuk cerita sebenarnya.. hehee.. Disebabkan aku ni minat sesangat dengan novel, dan sllu dahulukan novel dari homework, jadi Mama aku pun jatuhkan printah arahan yang memang aku tak boleh nak langgar langsung! Huh..



My Mom say;
Nak SPM ni, dari awal tahun sampai lepas SPM, jangan baca, pegang, sentuh, jeling langsung novel tu.. Ada faham?!
Nada ayat tu, macam my mom tngah marah aku.. Dah macam hakim dah aku tengok time tu.. Elak pegang penukul aje kan nak jatuhkan hukuman mandatori tu.. aih!

Sampaikan semua lambakkan novel dalam bilik aku, mama aku keluarkan.. Sekali dengan almari aku letak novel tu okeh dia bawa keluar! Geram? Ofcourse lah! Giler tak..

Tapi apa ajelah aku boleh buat kalau adik-beradik aku, ayah aku semua sokong mama? Memang terkontang-kanting lha aku kat situ.. Tapi yang best, mama aku tak ambil telefon aku.. hahaa..

Tapi yang tak bestnya, mama aku tutup WIFI kalau aku ada kat rumah! Nak beli mobile data, giler lha.. Kredit pun sikit nak beli internet mende..

Pastu bila pi sekolah, aku selalu mkan hati sbb kengkawan aku semuanya kelek novel dorang kehulu-kehilir.. Memang rasa macam nak pindah kelas ajelah duduk luar! Aih.

Tapi adalah dalam pertengahan bulan sembilan macam tu.. Aku beli novel online. Tanpa pengetahuan mama aku.. Tapi aku silap, aku ingatkan novel tu sampai rumah masa hari mama dengan ayah tak ada kat rumah.. Sekali, satu hari tu masa balik sekolah tengok-tengok ada novel atas meja.. Memang giler! Baru nak ambil, tapi mama dah capai dulu.. Terus dia cakap;

Mama simpan dulu novel ni.. Lepas SPM mama kasi balik!
Bayangkan macam mana perasaan aku time tu.. Baru ingat nak baca senyap-senyap buat penghilang stress belajar.. tapi.. huh!

Dan keadaan tu berterusan sampailah.. Habis SPM. Tamat aje last paper hari tu, aku terus keluar dgan kawan-kawan aku pi Popular! Hahaa.. Dengan tak tukar baju, keluar sekolah terus cari bas. Memang giler!

Tapi aku tahu, mama buat semua tu untuk aku juga.. Mak mana yang tak sayang anak? Kucing pun sayang anak dia..

No comments:

Post a Comment

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...