Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

14 January 2015

U. L. A. R.

Ular atau nama saintifiknya,, err banyak sangat lha jenis ular dalam dunia ni.. Okeh, habis situ..

Semua orang pernah tengok, dengar, tahu apa tu ular.. Ada banyak jenis-jenis ular dalam dunia.. Ular paling besar, ular paling kecil, ular sederhana, ular gemok, kurus, tinggi, pendek, kontot.. bla.. bla.. bla..

Aku, antara manusia yang takut, fobia, ngeri dengan ular. Ada lha sejarah aku dengan haiwan bernama ular ni sampaikan aku yg pada asalnya tak takut ular terus jadi takut..

Kesian kau ular, dah kena benci dengan aku.. Tu lha, siapa suruh masuk dalam mimpi aku.. Memang aku kick kau teruslah dari list haiwan yang aku suka *padahal aku mmg tak suka haiwan*

Adalah dalam setahun dua ni, kekadang tiga hari berturut-turut, kekadang seminggu dua tiga kali, aku mimpi ular.. Macam-macam jenis ular yang masuk dalam mimpi aku..

Antaranya ; ular yang kulit dye macam-macam jenis warna. Ada warna biru, hitam and hijau dicampur adukkan.. Ada gak aku mimpi ular kat bawah katil aku tengah tidur.. Dan ada gak aku mimpi ular duk belit kat kaki  dengan tangan aku.. Dan macam-macam lagi lha.. Ngeri lak nak cerita.. heh!

Bila cerita kat orang, dorang cakap ada orang nak masuk meminang! Hahaaa.. aku gelak aje lepas dengar.  Adalah juga aku tunggu, dari start aku mimpi pasal haiwan badan licin tu sampailah sekarang, tak ada pun putera raja yang aku idamkan datang meminang!

So,  memang tidaklah apa yang dorang omongkan itu..

Bila tanya mama aku, my mom say, mungkin ada orang nak sihir, pedajal aku.. Mungkin ada orang nak buat tak elok kat aku.. That time, aku dah rasa lain macam bila mama sendiri yang cakap macam tu.. Bila fikir-fikir balik, siapalah yang jahat sangat tu nak pedajal aku? Aku selalu buat baik woo kat hampa semua.. Keji punya olang!

Dan ada gak orang cakap yang, mimpi tu cuma mainan tidur. Dan aku terpanggil untuk percayakan statement tu.. Mimpi tu mainan tidurlah, sebab sampai sekarang, Alhamdulillah Allah masih lindungi aku dari apa yang tak elok..

Sekiann ~~

P/s: Allah itu Maha Adil. Takkan pernah Dia sia-siakan hambaNya..


[Klik sini jikalau korang baik hati.. Thanks]

1 comment:

  1. perbanyakkan berdoa dan berzikir...insyaallah

    ReplyDelete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...