Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

3 December 2015

Alahan

Assalamualaikum gais,

Huhuhuu.. Petang bertemankan sendu mungkin.

Aku antara salah satu manusia yang menggemarkan coffee. Tersangat-sangat-sangatlah suka dengan minuman yang bernama coffee ni. Kalau boleh dalam masa sehari, dua tiga cawan aku minum. Serius weh, tak tipu.



Pesan orang lain yang cakap minum coffee ni tak bagus, aku hiraukan. Peduli apa. Janji aku suka. K.

Teruk.

Dan sekarang, haih. Padanlah dengan diri sendiri. Dapat alahan kesan dari minum minuman bernama coffee.

Alahannya, cepat mengantuk! K. Macam kelakar. Tapi itulah kebenarannya.

Orang minum coffee nak hilangkan mengantuk, boleh stay up malam-malam. Tapi aku, minum coffee, cepat giler rasa mengantuk tuh datang. 

Dan lagi satu, migrain.

Aku tak tahu sejauh mana kesahihan migran ni hidup dalam kepala aku. Sebab, asyik sakit kepala yang berdenyut-denyut je beberapa jam selepas minum. Dan Mama aku cakap, that it. Migrain.

Aku malas nak cek dengan doktor, takut doktor bagi satu ayat yang akan meruntuhkan semangat aku. Ceh!

Huh.

Sedih betul hidup.

6 comments:

  1. pernah terbaca dalam novel, pengarang tu ada senaraikan kebaikan minum kopi ni, tapi tak de lah pulak dia tulis keburukan kopi. sy pun suka minum air kopi yang penuh lemak berkrim! hahha.. tapi, tak boleh minum sebab ada gastrik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh, ada gastrik pun tak boleh minum ke? Pelik.

      Delete
  2. yes betul tu Miss Oren. I dulu masa sekolah, nak stay up memang minum coffee, kalau boleh setiap masa pergi dewan makan mesti buat coffee. haha. last-last, coffee tu buat kita cepat mengantuk dalam kelas, malam pun tidur awal hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa betul tuh.. addicted giler dengan coffee.. tapi yang kita suka tu lah yang selalu ada kesan sampingan.. cehwah

      Delete
  3. sy suka minum kopi, kopi bagus sebenarnya hehe tp myb ada yg tak sesuai minum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, mungkin tak sesuai. huhuhuu

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...