Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

14 December 2015

Instinct Seorang Mama

Heya assalamualaikum,




Cerita dia macam ni,


Aku ada adik lelaki berumur sepuluh tahun. Dan mula minggu lepas, masa tengok Piala Malaysia antara Kedah dengan Felda dekat rumah mak cik aku di Kulai, adik aku stay sana. Sebab anak mak cik aku ramai dan ramai sebaya dengan dia. Jadi dia staylah sana.


Plus, kalau duduk rumah pun dengan siapa je dia nak ajak main PSP dia? Dengan aku? Sorry, malas. Dan kalau dia duduk dekat rumah, aku selalu malas nak layan dia sebab dia lah antara adik yang bermulut bising gila. Ada je benda dia nak tanya.


Pernah dia tanya aku, Segi Tiga Bermuda tu macam mana? Siap ajak aku tengok Youtube sekali weh nak tahunya. Heh.


Dan semalam, masa tengok Final Piala Malaysia dekat rumah mak cik aku tu, Mama aku ajak adik aku balik. Sebab dah seminggu dia stay kat sana. Mestilah Mama rindu kan?


Heh, bukan Mama je. Aku pun rindu jugak. Heh. Bangun je tidur, mesti tanya, "Mana Zair, Ma?"


LOL.


Dan dia tak nak balik rumah.


Then tadi siang, dia ikut mak cik aku dengan mak cik-mak cik aku yang lain pergi Pahang sebab ada kenduri kahwin. Famili aku tak pergi sebab my Dad kerja. Sedih.


Tak pe, janji kami bahagia bersama. Cehwah,


Dan tadi, lepas solat Isyak, My Dad cakap dengan Mama, cakap sesuatu seperti,


"Ada berita yang tak best ni,"


Walaupun masa tu aku hanya pasang telinga, tapi hati aku pun dah dupdapdupdap. Muka giler tertanya-tanya weh.


Dan Ayah ceritalah apa yang berlaku sepanjang mereka dalam perjalanan ke Pahang siang tadi.


Katanya Ayah,


Masa Ayah tengah kerja, ada seseorang telefon dia dan beritahu yang adik aku ada dengan dia. Something sound like, "Anak encik nama Uzair Hakimy ke?" ... "Ohh, dia ada dengan saya dekat Petronas ni,"


And on the spot, Ayah aku terus telefon mak cik aku.


"Zair ada dengan hang tak?" Ask My Dad.


"Ada. Nak cakap dengan dia ke?" Then lepastu, ada anak mak cik aku cakap, "Mama, Zair tak ada!"


Dan suasana dalam kereta terus senyap sepi sunyi.


"Ada orang telefon aku ni cakap Zair ada kat Petronas."


Nak diringkaskan cerita, masa tu mereka berhenti kat Petronas Labis. Dan adik aku bagitahu mak cik aku, "Mak Cik, Zair nak pergi tandas sekejap tau."


Lepastu bila semua dah masuk kereta, mak cik aku pun sambunglah perjalanan, sebab dia ingat semua dah masuk. Tapi dia tak sedar yang adik aku tak naik lagi. Dan yang buat pelik dan hairan, kenapa anak-anak mak cik aku yang sebaya, yang selalu main dengan dia, tak bagitahu langsung yang adik aku tak ada.


Terkilan jugaklah tau.


Dan mak cik aku cakap, jarak Petronas dengan tempat yang dia baru perasan adik aku tak ade tu tak adalah jauh sangat. Dan Mak Ngah aku pula beritahu, hampir separuh perjalanan baru sedar yang Zair tak ada. *Heh, tuh pun Ayah aku beritahu*


Dan aku tak tahu nak percaya yang mana, sampailah, bila Mama aku telefon akak yang kat Petronas tu, tujuan nak ucap Terima kasih dan dia beritahu hampir satu jam jugak nak tunggu mak cik ambil Zair.

Heh? Apakah ini?

Dan Mama aku pun bagitahulah, "Patutlah masa tengah solat Asar tadi, tiba-tiba Zair ada dalam solat."


Dan you know, instinct seorang ibu. Mesti dia rasa bebenda macam ni. Dan dia pun pelik. And on the spot, Mama ingat yang Mama nak telefon mak cik, tapi tak jadi. Cuba positifkan diri, jangan fikir sangat.


Sampailah Ayah beritahu berita tu, dan keadaan mula berubah.


Mama giler geram dengan kecuaian mereka. That is why, Mama berkeras giler nak suruh adik aku balik semalam, tapi adik aku berkeras tak nak.


Dan Mama rasa, macam nak ambil adik aku balik rumah sekarang jugak! Tak kisahlah jam pukul berapa sekarang.


Gila, aku pon rasa macam tuh weh.


Mama setiap saat tanya, diaorang dah sampai rumah ke belum? Bila nakk ambil adik aku? Heh,


Dan, Ayah aku pun try to tenangkan Mama. Cakap, esoklah kita ambil.


Tak pe, Ma. Ayah tak nak, anak Mama ni nak. Jom, anak Mama jadi driver ambil adik!


K.


Naluri seorang perempuan, sememangnya betul tau! Jangan memain!


6 comments:

  1. hmm kan. kaum ibu ni dia macam ada sixth sense, umi huda pon slalu dapat tau rahsia yg huda cuba sembunyikan. btw nasib baik adik selamat xde pape. bahaya sangat. ibu mana tak risau kalo jadi macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. setiap ibu mesti ada naluri macam tuh..

      Delete
  2. betul tu, mak memang cepat rasa sesuatu pada anak dia kalau ada perkara yang berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, hanya mak je yang boleh rasa.

      Delete
  3. ibu,...tak pernah hilang naluri..
    kesian zair...kalau saya kat tempat zair, tobat tak nak keluar dah dengan dorang...terkilan kot....sob6

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm betul.. ibu memang sentiasa ada dengan nalurinya

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...