Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

13 December 2015

Sobs Sobs

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh!

Heya gais,

Bermula semalam, malam semalam lah, kecoh satu kolej, universiti dan mana-mana pusat pengajian tinggi pasal MARA - bagi mana-mana institusi pengajian tinggi yang ambil MARA saja ohk?

Dan bermulalah semua orang berebut-rebut nak apply MARA online setelah hampir satu sem eduloan MARA tak buka. Sedih kot,

Dan, setelah selesai aku mengisinya. Dihujung muka surat dan bahagian bawah permohonan tu, tertera ayat berbunyi begini,

..bersama 4 set surat perjanjian.

Aku baru ingat nak hantar by pos laju je sebab memang tak lah kan, aku yang duduk kat Johor ni nak kena pi KL semata-mata nak hantar segala borang tu.

Dan, yang buat aku tetiba rasa geram kat diri sendiri bila,

Baru aku ingat yang segala macam mak nenek borang untuk apply MARA yang awal-awal sem aku dah siapkan tinggal nak hantar je, tertinggal dekat hostel. Fuh! Rasa bengang jangan cakap lah.

Macam nak hentak je diri ni kat dinding biar berkecai.

Dan baru dapat info dari kolej siang tadi, yang segala borang tu kena hantar sebelum atau pada 21 hb Disember ni, which mean lagi seminggu lebih je.

Weh! Huarghhhhh! *tear are flowing*

Jadi nak tak nak, terpaksalah aku kena menapak balik naik KL. Buang duit betullah aku ni.

So moral of the story, kalau ada apa-apa barang penting, pastikan dibawa bersama dan jangan tinggal! Nanti jadi macam aku, haa padanlah muka sendiri.

Sobs sobs,

Mohon simpati kalian,

2 comments:

  1. hahaha Huda pon tengah kalut isi borang pinjaman mara. nasib baik la borang sume still simpan leklok lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa,, memang tengah hot isu mara ni..

      Delete

Everyone growing up by making a mistake.