Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

6 December 2015

Gurau

Assalamualaikum,



well, manusia ni ramai dalam dunia. Dan pelbagai aneka ragam masing-masing. Cara percakapan, gaya perjalanan, lenggok badan, bahasa tubuh dan semestinya cara bergurau juga berlainan.

Ohh, hati manusia juga lain-lain.

Lembut dan kentalnya hati setiap manusia juga berlainan.

Ada yang gangster, muka macam nak cari gaduh, tapi hati selembut tisu senipis kulit bawang.

Dan ada juga yang muka hodoh, buruk dan kurang lawa, tapi hatinya kental.

And some goes with us. Lain manusia, lain akhlaknya.

Sebenarnya aku nak cerita pasal, gurauan seseorang yang buatkan kita terasa.

Mungkin si A hanya bergurau. Niatnya hanya mahu bergurau, tapi tanpa dia sedar, dalam gurauan dia tu, membuatkan si B terasa. Dan bermulalah adegan bermasam muka antara satu sama lain.

Bro, it's about heart. Hati bukannya barang mainan. Hati di mana letaknya seribu satu rasa.

K, aku pun pernah juga terasa dengan seorang hamba Allah ni. Bukan pernah, selalu. Sampai meleleh lah juga air mata aku ni sebab kata-kata manusia tu sangat mencucuk jiwa raga aku.

Yeah, aku boleh terima cara dia bergurau dengan aku. Tapi ayat dia tu. Ayat yang dia tuturkan tanpa dia sedar boleh buatkan segala mak nenek gempa bumi melanda diri aku.

Dan tipulah kalau kamu-kamu-kamu tak pernah rasa apa yang aku rasa ni.

Moral; nak bergurau ada had batasnya. Jaga percakapan. Soal hati, sekali dia sakit terhiris, selamanya tiada maaf.

K.

2 comments:

Everyone growing up by making a mistake.