Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

4 December 2015

Cikgu Tersayang

Assalamualaikum heya,



Aku ada seorang cikgu, Err, macam aku seorang je ada cikgu. Heh!

Okaylah, aku ada seorang cikgu yang garang giler nak mampus. Ayat dia tak pedas, tapi kalau dia nak menyindir, fuh ayat, menusuk kalbu weh. Dan ayat dia tersangatlah bombastik. Dia pernah ajar aku subjek Bahasa Melayu masa tingkatan empat dan lima, pernah ajar aku subjek Kesusasteraan Melayu masa tingkatan lima, dan pernah jadi guru tingkatan kedua aku masa tingkatan empat.

Masa memula dia ajar, memang aku takut gila. Sebab kerja dia nak marah orang je. Datang bulan mungkin, *sedang cuba bersangka baik*. Dan, lama-lama menjadi anak muridnya, aku mula serasi dengan dia. Dan barulah aku rasa senang dan bahagia bila dia ajar.

Itulah orang kata, tak kenal maka tak cinta.

Dan aku pernah di'tegur' classmate aku sebab aku terlalu eksaited kalau cikgu tu masuk. Tambah-tambah masa tingkatan empat, aku jadi Penolong Ketua Tingkatan, dan bila cikgu tu tak masuk kelas walaupun hanya lambat dua minit, aku mesti akan pergi bilik dia panggil dia masuk kelas.

Dan apa yang aku buat tuh, tersangatlah bertentang dengan perangai classmate aku yang lain. Sampai mereka marah aku weh sebab panggil cikgu tu masuk kelas.

Tapi aku peduli apa. Dah aku suka dengan cikgu tu.

Lagi aku bertambah serasi dengan cikgu tu, oh ya, dia cikgu perempuan. Nama diberi, Puan Salimah. Lagi aku bertambah serasi, bila cikgu tu pernah juga mengajar abang aku subjek Kesusasteraan Melayu disekolah yang sama. Dan ohh, umur cikgu tu, kiranya aku dah macam anak dia. Umur dia dah enam puluh lebih.

Aku suka dia sebab, dia selalu berikan kami 'sesuatu' untuk dibuat pedoman di hari muka. Serius. Dia kelakar sebenarnya, dan aku rasa semua classmate aku boleh 'masuk' dengan dia, bermula kitaorang tingkatan lima.

Antara salah satu ayat yang dia pernah kasi pada kitaorang, "Tarik perhatian seseorang dengan sesuatu yang positif!" - Really bear in my mind, this quote.

Dan beberapa hari yang lepas, sekaligus membuatkan aku terpanggil nak buat entri ni adalah, bila buka Whatsapp, okay sebenarnya aku tak tidur lagi masa tu, malam dalam pukul 2.20 am, Puan Salimah hantar di Whatsapp Group, "Maaf zahir batin. Saya di Mekah."

Dan entah kenapa, hanya dengan ayat yang simple tu saja, mampu buatkan aku hampir mengalirkan air mata tetengah pagi buta tu. Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak describe apa yang aku rasa waktu tu. Speechless, mungkin.

Aku hanya mampu senyum.

Dan teringat semula momen-momen di mana, awal-awal aku dapat berita yang aku diterima belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur, course yang aku dapat sangat bertentang dengan aliran yang aku belajar masa sekolah. Semestinya, ramai yang mempertikai dan menghalang aku, sebab takut aku tak boleh bawa dengan course tuh.

Bayangkan, dari aliran Kesusasteraan Melayu, melangkah ke aliran Accounting and Finance. Sangat gila.

Masa tu, mood aku memang dah down gila. Sebab tak dapat course yang aku nak, satu hal. Dengan penerimaan kawan dan cikgu-cikgu yang lain yang tak menyokong aku, lagi satu hal.

Tapi Puan Salimah hantar sesuatu pada aku yang buatkan aku, bangkit.


Entahlah, walaupun ayat cikgu tak ada kata-kata jangan berputus asa, bila cikgu sent yang doa restu dari dia sentiasa ada pun dah buat aku rasa, bersyukur.

Dan yeah, aku pernah buat dia kecewa dengan aku. Haih, nak menangis aku waktu tu. Aku buat dia kecewa dengan keputusan SPM aku bagi subjek Bahasa Melayu yang dia ajar. Beberapa bulan sebelum SPM, dia pernah beritahu pada aku, pada satu kelas aku, aku ingat lagi masa tu. Cikgu tepuk bahu aku sambil cakap, "Saya percaya yang   (Nama aku)  akan dapat A+ masa SPM nanti." Bersama senyuman yang menghiasi bibirnya.

Dan masa tu aku takut, sangat takut bila cikgu expect too much pada aku. Takut kalau aku tak boleh bawa harapan cikgu. Dan, that fear kill me. Kill me. Aku hanya mampu dapat B+ untuk Bahasa Melayu.

Sedih. Nak menangis, semua ada. Sebab aku tanpa sedar, yang aku biarkan rasa takut tu menghantui aku. Aku patutnya menjadi leader pada rasa takut tu. Tapi,

Entahlah..

Ohkay, hahaa.. Terlalu panjang aku membebel. It just, sebenarnya, aku dedicated this entry for my beloved teacher, Puan Salimah. If you see and read my entry, this entry, just so you know, I love you so much. From the bottom of my heart. *Smile*

Dan,

Semoga, cikgu mendapat umrah yang mabrur. Amiinn.

4 comments:

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...