Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

3 December 2015

Bowling

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Fuh, kemain panjang salam aku.

Teringat masa mula-mula aku dengan abang aku hasut Ayah main bowling dekat Angsana. Masa tuh, masa hari Kemahkotaan Sultan Johor masa bulan March yang lalu, tak silap aku lah.




Masa tu memang Ayah cuti, lepas jenjalan makan tengahari, aku dengan Abang kemain bagi ayat semanis gula-gula getah kat Ayah sebab nak ajak Ayah main bowling. Dan akhirnya, Ayah setuju.

Jadi kitaorang satu famili pergi Angsana dan bermulalah sesi pertama bowling dengan famili. Yeah, walaupun tak pandai melempar bola bowling tuh lagi. Dan kebanyakkannya akan menjadi makanan longkang.

Tapi peduli apa, asalkan kami bahagia.

Kitaorang main satu game je. Cukuplah tu.

Dan aku pernah cakap dengan Ayah dan dipersetujui abang aku, which is, "Dah main sekali, mesti gian lepas ni."

And guess what, jadi kenyataan sampailah sekarang ni, saat ni, ketika ni dan masa ni.

Lepas saja habis main tuh, adalah dalam dua tiga hari selepasnya, Ayah sent kat Group Whatsapp Family, ajak main bowling. Dan tak sangka, ramai yang nak join sama. Dan lagi aku tak sangka, yang ada dua orang kakak saudara aku dengan husband diaorang memang sangat meminati bowling sejak dulu. Malah, diaorang dah ada bola sendiri dan kasut sendiri.

Amaze giler aku masa tuh.

Dan, sekarang, nak tergelak bila ingat semua. Ternyata, dengan bowling ni menyatukan seluruh kaum kerabat aku. Memasing minat bowling. Pantang ada masa lapang, pantang hujung minggu, mesti bowling saja tempat melepak dan beriadah kitorang.

Okay, yang nak buat aku kagum sebenarnya sekarang, kitaorang siap ada baju untuk bowling sendiri. Serius amaze. Huhuhuu

Thanks kepada bowling sebab mengeratkan silaturahim kami semua. Mana yang sebelum ni bila jumpa asyik tak bertegur, sekarang dah tak dah. Alhamdulillah for it.

Ekhem, so nampak tak dari siapa yang memula mengeratkan silaturahim kami ni? Ehehee,,


Ps: Pehal ayat aku sedikit skema ni?

No comments:

Post a Comment

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...