Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

25 December 2015

Follow Instagram

Assalamualaikum,



Aku tak berapa suka dengan manusia yang banyak cakap. Serius, sangat tak suka. Nak cakap tu boleh, tapi jangan selalu.

Dan aku rasa macam nak pelempang je dengan manusia yang terlalu banyak bercakap ni. Bingit telinga doh.

Kalau sekali tanya, aku boleh lagi jawab. Cuba kalau dah sekali tu, dia tanya lagi dan lagi dan lagi dan lagi, serius rasa macam nak stapler je mulut manusia tu.

Heh.

Dan nak dijadikan cerita, aku pun ada juga adik yang banyak gila bercakap dan bertanya pada aku. Ada je benda yang dia nak cakap dengan aku atau sesuatu yang dia nak tanya dengan aku.

Kalau soalan yang aku dapat jawab tak apalah juga, ni soalan yang serius tak masuk akal. Geram gila kot.

Malam tadi, masa aku tengah fokus siapkan sesuatu benda, dan tiba-tiba fokus aku terganggu sebab dengar suara dia dok tanya sesuatu kat aku, dan terjadilah perbualan macam ni,

Aku : Kau minat siapa?
Adik : TOP Big Bang.
Aku : Haa, tunggu TOP dah follow kau balik dekat Insta, baru cakap dengan aku. Masa tu, kau nak tanya apa-apa pun, kau tanyalah. Aku sudi jawab.

Dan seriously, perbualan tu terhenti dekat situ. Muka adik aku pun dah kelat semacam je.

Tapi,

Heh, tak berjalan lama pun. Dalam lima minit lepastu, dia kembali kacau aku.

Dan aku mula fedup.

Rasa macam, aku nak sumbat dia masuk perut Mama balik.

Heh,

4 comments:

  1. hahahahha kesian adik miss oren...
    ^_^!

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik kita cakap terima kasih sebab kesiankan dia.. huhuhuu

      Delete
  2. Hahahah, sy tak pernah pun dpt adik macam adik miss oren :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh nak adik macam tuh ke? kita boleh bagi

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...